Fitnah Akan Sentiasa Ada

Baru-baru ni aku asyik terfikir tentang fitnah. Bahaya fitnah ni, bila sekali kau fitnah orang lain, cerita tu akan melekat dekat kau sampai bila-bila walau kau seratus peratus tak salah.

Aku pernah terkena ni kerana membantu seorang kawan, aku panggil A yang selalu dilanda masalah dengan orang. Lari dari rumah yang berada di negeri X, ke negeri Y sebab nak jumpa kekasih. Tidur rumah kawan rapat, bersama dengan lelaki lain. Siap lakukan seks.

Aku tak tuduh, dia yang cerita. Tapi aku padam balik mesej dia sebab aku tak nak baca details. Lepas dia buat dia menangis sebab dia tak suci. Bagi aku kalau dia insaf then it is okay.

Dan A suka bawa imej bertudung labuh, memberi tazkirah, meminta rakan-rakan untuk sentiasa ingat Allah. Tapi dia memang jenis yang suka perhatian orang lain. Dia selalu juga cerita tentang mereka yang cemburu dengan dia. Aku pun tak tahulah apasal dia bercerita dengan aku.

Tapi, aku tak dapat agak sebenarnya punca sebab aku tak berada di situ. Aku hanya simpati. Mungkin dia stress sebab drama-drama hidup dia menyesakkan.

Namun, satu hari. Seorang kenalan lain nak kahwin, aku katalah aku ada calon. Memandangkan A ni beria-ia nak kahwin, aku pun kata okaylah.

Aku kenalkan dorang. Once bila aku kenalkan je, barulah aku tahu perangai perempuan ni sebenar. Disebabkan dia nak lelaki tu, dia reka cerita semua pasal orang sekeliling kami dengan cerita bukan-bukan. Cerita-cerita dia semua siap dengan bukti pula tu.

Tapi bukti dari hasil tulisan orang atau post orang dari fb yang tak tentu lagi sahih. Dia libatkan orang-orang sekeliling aku pula, sedangkan niat asal aku hanya kenalkan dia dengan calon. Dari aman biasa-biasa, jadi drama. Sama macam kisah-kisah hidup dia sebelum ni.

Semua benda jadi kucar-kacir, jadi aku berhenti cakap dengan semua mereka, memandangkan aku dah faham kisah-kisah dia dengan orang lain.

Ada sekali dia dapat panggilan dari seorang teman yang dia selalu tumpang dan tidur (termasuk kisah tidur dengan lelaki lain di rumah itu) yang cakap, “Kau ingat kau ni perempuan baik ke apa? Kau pun sundal juga. Jangan nak tunjuk alim. Aku tahu perangai kau sebenar!”

A kata perempuan seperti itu suka mendatangkan fitnah. Dia perempuan solehah yang cintakan Allah.

Well, nak dijadikan cerita selepas dia berkahwin, banyaklah personaliti buruk dia yang dia tak boleh sembunyi lagi dan dia bergaduh dengan keluarga suami.

Aku tak tahu apa berlaku sebab aku dah putuskan hubungan dengan dia dan orang yang berkaitan dengan dia sebab aku tahu aku takkan boleh nak jawab bagi setiap tuduhan yang lebih kepada cerita rekaan A kelak. Aku rasa drama-drama tu menyesakkan dan masa aku lebih berharga.

Dua tahun selepas aku tak associate diri aku dengan dia, tiba-tiba aku dapat mesej dari adik suami A, yang aku panggil B. Marah aku sebab kenalkan A dengan abang dia.

Dia mula cerita apa yang A buat pada abang dia. Aku kata aku dah bagitahu dah semua pada abang dia. Terpulang lah abang dia nak buat apa.

Lepas tu kami dah tak berhubungan lagi, namun, tahun berikutnya si B contact lagi. Marah aku. Mereka gaduh lagi. Dan dia mula menyebut sesuatu untuk kaitkan aku dalam permasalahan.

Masa ni aku betul-betul rasa berang. Bayangkanlah dalam tiga tahun aku langsung tak hubungi tapi tiba-tiba aku bersalah pula dalam isu mereka.

B menuduh aku macam-macam dengan mengatakan aku menyembunyikan perangai sebenar A. A bukan perempuan baik. Selalu buat salah, dan abang dia seperti diguna-guna sebab A manipulative.

Aku sebut lagi sekali apa yang berlaku dan aku kata aku dah bagitahu semua pada suami A sebelum mereka kahwin.

Jadi apa-apa keputusan itu adalah keputusan lelaki itu. Dia paksa aku cerita apa lagi yang disembunyikan A dan apa aku bagitahu suami A.

Aku bagitahu terus tanpa selindung dah dan aku suruh mereka settle sendiri tanpa melibatkan orang luar. Aku minta mereka jangan contact aku lagi sampai bila-bila sebab aku tak nak terlibat apa-apa.

Namun, lepas dua tahun, si A pula cari sosial media aku, bagitahu aku yang aku fitnah dia macam-macam. Dan dia mula sebut bahawa aku menuduh perempuan suci seperti dia.

Aku masa ni dah begitu geram. Dia bergaduh dengan keluarga suami, dia salahkan orang lain. Sampai aku kena terlibat sekali.

Tiada satu pun dia reflect kesilapan pada diri sendiri. Ayat yang dia guna, “Kerana dia perempuan yang takutkan Allah.” Dia menyatakan aku memfitnah dia. Si A mempunyai bakat dalam memetik ayat Qur’an dan ayat-ayat agama dalam menjustifikasi perbuatan.

Dan kemudian dia tambah lagi ayat. “Pada masa itu, kita semua pernah muda. Orang muda suka buat silap. Takkan lah awak suci sangat masa muda-muda.” Ayat ini saja menunjukkan dia tahu bahawa dia pernah buat benda-benda tu, tapi menyalurkan kesalahan pada orang lain.

Kalau dia buat diam-diam tak kacau orang lain tak pa. Ini pergi dari satu orang ke satu orang lain untuk rosakkan nama orang yang hanya mendengar rintihan dia. Aku memang diserang teruk oleh kawan-kawan tanpa tahu isi sebenar kata-kata A.

Masa ni aku betul betul berdoa semoga Allah panjangkan perkahwinan mereka tanpa perpisahaan, dan Allah lindungi aku dari mulut dan perbuatan si A dan juga orang sekelilingnya.

Aku berdoa agar Allah tunjukkan kebenaran sebenar dan kunci mulut mereka dari berjaya menutup kebenaran itu.

Aku tidak lagi berkawan dengan sesiapa yang related dengan si A, kerana si A suka mengorek cerita aku. Ada sekali aku bertemu dengan salah seornag gang kami,aku hanya tegur-tegur biasa. Tapi aku takkan rapat semula dengan kumpulan ini.

Hidup aku lagi aman dan aku mula berlapang dada jika masih melekat lagi tuduhan fitnah itu.

Fitnah itu memang bahaya. Sekali dia ada, dia takkan padam selama-lamanya. Kau tak tahu arah mana dia akan datang, atau punca sebenar. Dia tiba-tiba ada. Lagi-lagi jika yang membuat fitnah adalah dari orang yang takut dengan bayang-bayang sendiri.

– K (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *