Salam sejahtera pembaca semua. Ketika aku menulis confession ni, memang hari ini hari ahad.. dan seperti dijangka, ia berlaku lagi.
Baik aku perkenalkan diri aku dahulu. Aku isteri umur lewat 30an, punya kerjaya yang orang selalu anggap banyak cuti, banyak rehat. Suamiku muda dua tahun dariku, sudah tentu lah bekerja untuk nafkah kami 6 sekeluarga.
Rutin kerja suamiku agak kurang menyelesakan aku dan anak-anak. Bekerja 6 hari seminggu, keluar seawal jam 7.40 pagi dan pulang jam 10 atau kadang-kala 12 tengah malam, dan esoknya rutin hariannya berulang lagi. Dia hanya akan off hari ahad sahaja, iaitu hari yang aku dan anak-anak geruni.
AKu boleh katakan hidupnya hanya kerja semata-mata. Jarang sekali bertanya hal pelajaran anak, apatah lagi bantu aku sama-sama menjaga rumah kami.
Mungkin pembaca akan kata aku tak bersyukur dapat suami rajin bekerja, atau ada yang akan kata dia penat 6 hari bekerja. Bagi aku, itu bukan alasan. Aku juga bekerja. Apa aku tidak ada rasa penatkah?
Bila tiba hari ahad, dia akan tidur semahu nya seolah-olah sudah seminggu dia tidak tidur, sedangkan aku tahu bagaimana kerjanya. Aku dan anak-anak impikan hari ahad sebagai hari keluarga, hari bermesra, hari bergotong-royong, tetapi dia hanya di tempat tidur sahaja. Aku boleh kata hanya beberapa kali sahaja dia bangun solat subuh hari ahad.
Bila aku mula rasa jengkel dengan sikapnya, aku mula menegur. Dan di situ lah akan terjadi bencana. Dia akan mengamuk dan marah-marah. Bila aku minta tolong vakum rumah, mop, lap kipas siling atau kemaskan lalang di laman, dia akan buat dengan muka penuh tak puas hati..
Akhirnya, aku dah malas nak minta tolong. Banyak yang aku buat sendiri, dan aku biarkan sahaja dia tidur hingga ke tengahari, bangun sekejap dan sambung lagi tidur hingga ke maghrib.
Ini bukan life yang aku idamkan. Aku buat segala tugas yang sepatutnya jadi tugas dia, tanpa sikit pun dia simpati. Kadang-kadang aku merajuk dan berjauh hati dan menyebabkan kami bergaduh. Setiap kali ahad kami akan bermasam muka sehinggakan aku mengharapkan yang hari ahad tak pernah wujud.
Dia sering bermasalah dengan anak sulungku (bukan anak kandungnya). Hanya disebabkan rambut berguguran di lantai, dia boleh menjerit tanpa segan silu pada jiran-jiran, dan sering juga nak pukul anakku.
Bagiku, hari ahad adalah hari yang penuh huru hara. Aku benci ahad. Aku selalu mengharapkan yang dia tak pulang, dan tinggallah di tempat kerja yang dia sayang itu.
Aku dah tak harapkan aktiviti keluarga lagi. Aku boleh buat sendiri bersama anak-anak, aku boleh keluar outing dengan anak-anak, aku mampu temankan anak pergi kelas martial art, aku boleh pergi ambil report card anak bersendirian, dan aku boleh segalanya.. Aku rasa aku tak perlukan seorang suami pun.
Aku benci ahad… Aku tak suka ahad…
– Cik flower (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit