Fokus Pada Persamaan Bukan Perbezaan

Assalamualaikum wbt. Saya seorang lelaki berumur 35 tahun yang sedang bekerja sebagai juruukur bahan di sebuah firma swasta yang 80% staffnya berbangsa cina.

Setelah beberapa tahun bekerja di firma tersebut saya menyedari bahawa bangsa melayu sangat sukar bergaul dengan bangsa lain.

Dan ketika mana mereka bersama bangsa lain mereka menjadi baik tetapi dibelakang dikutuknya mereka, namun masih menikmati gaji yang diberi oleh seorang majikan berbangsa cina.

Sifat hipokrit ini memang berlaku dan saya tidak mahu pukul rata tetapi membaca rata2 komen di media sosial menunjukkan kebencian kaum adalah sesuatu perkara yang sangat “prevailant” di negara kita.

Namun ironinya, kita duduk dan bekerja berbilang bangsa sejak tetapi sifat perkauman masih utuh dalam diri.

Saya mempunyai prinsip bahawa hidup kita sesama manusia perlu fokus pada persamaan bukan perbezaan. Jika kita fokus pada perbezaan maka lahirlah sifat kebencian terhadap orang yang berbeza dgn kita.

Di malaysia, islam juga dipecahbelahkan pada label2 yang kita cipta sendiri seperti Wahabi, syiah, Sunni, tabligh, dan ramai mengatakan Islam kitalah yang betul dn mereka kafir, pasti ke neraka.

Tugas menghakimi telah diambil alih oleh kita kerana kita diselubungi sifat “better than tou”.

Bangsa melayu juga dipecah2kan lagi, dengan perbezaan dari negeri, tidak perlu disebut tetapi kita mempunyai kecenderungan untuk bergaul orang yang lebih banyak persamaan dengan kita.

Memang itu adalah nature manusia, tetapi tidakkah kita sedar menjadi seorang manusia juga adalah satu persamaan.

Dikaitkan pula dengan bencana Covid-19 yang sedang berlaku, saya melihat kutukan, cacian, kebencian ditunjukkan tanpa rasa bersalah seolah2 itu adalah perkara yang betul untuk dilakukan.

Cina salahkan melayu, melayu salahkan cina, melayu salahkan tabligh, cina salahkan tabligh, terlalu banyak perkataan “salahkan” dalam situasi ini membuatkan saya tidak senang duduk.

Islam mengajar kita untuk menjadi manusia yang sangat merendah diri, kepala diletakkan di lantai untuk sujud sebagai tanda menghina diri kita sebagai hamba kepada Tuhan, kenapa kita merasakan kita lebih baik dari orang lain?

Hanya pengakhiran seseorang akan menentukan kehidupannya selepas mati. Syurga atau neraka bukan milik kita.

Semua manusia sama, tiada yang berbeza. Gunalah akal dalam berbicara bukan emosi, gunalah agama sebagai solusi, bukan teori untuk membenci.

Semoga Allah menyelamatkan kita dari apa jua bentuk malapetaka, dan sentiasa merahmati hidup kita di dunia yang sangat sementara ini. InsyaaAllah.

– Thinking Muslim (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *