Founder Mulut Manis

Hai semua. Aku peminat tegar page ni dan terkadang aku jadi pembaca atau silent reader dekat sini. Kira baca confession ni adalah salah satu hobi isi masa lapang aku.

Aku jugak banyak kisah untuk aku kongsikan. Harap kalian tak pening lah baca. Selepas ejen tersakiti (https://iiumc.com/ejen-tersakiti/) share confession dia aku jadi terdetik nak share jugak.

Aku dulu bekerja, tapi aku suka meniaga sebab aku suka ilmu ilmu perniagaan dan pemasaran. Taktik pemasaran dan cara nak handle pelanggan. Jadi, sambil tambah side income.

Aku mula termakan dengan posting founder yang konon keibuan dengan anak2 stokis dan ejen, yang menjanjikan bulan bintang seperti nak memberi asuhan tunjuk ajar yang baik bagi mereka yang newbie.

Cara dia buat aku fall in love bagi aku yang sangat dahagakan bimbingan ilmu. Maka memberanikan diri untuk restock produk lipmatte.

Sebelum restock tu ayat tu segala macam, kita kena berani, kita kena keluar dari zon selesa, nanti dia akan guide sampai jadi.

Setelah restock, segalanya sunyi sepi. Aku terkontang kanting membawa diri. Cuba platform itu ini promote itu ini. Sehingga makan tahun.

Akhirnya terkubur, yang mana lebih aku sedekahkan je. Tiba bila ada produk baru ehh baru kembali bertanya khabar. Sekali lagi ayat manis untuk restock, kata motivasi.

Kali ni aku tidak lagi termakan sebab tengok posting socmed dia yang sangatlah bermulut manis.

Kemudian aku teruskan dengan selain bidang kosmetik. Mulanya aku jual sebagai dropship, upgrade ejen sebab Alhamdulillah tudung yang aku jual tu mendapat sambutan lagilaa bersemangat kan.

First time aku dapat reward gift top agent masa tu. Berkobar-kobar semangat untuk aku teruskan.

Tapi masalah dari segi pengurusan yang tak berkesudahan. Mungkin demand lagi laju dari supply.

Kadang kita dah promote, tapi bila nak restock, stock tak cukup. Jadi terpaksa counter balik dengan pelanggan.

Jadi dah tak enak dah disitu. Sebab kita dah buat pelanggan tunggu tapi tiada tetapan tarikh untuk dapat.

Untuk sekali dua mungkin kita boleh terima disebabkan masalah produksi, kain or kilang. Tapi kalau setiap keluaran, kita pun dah jadi fed up.

Kemudian, founder buat sistem baru.

Mula mula cubaan memujuk untuk menjadi stokis dengan MOQ sekian sekian bagi jumlah tertentu katanya lagi mudah stok dah ada dekat tangan takkan ada masalah tak cukup.

Nanti dia akan pass agent untuk order melalui stokis macam ikut hierarchy yang betul jadi semua stokis boleh cari makan.

Termakan janji manis tersebut. Bila dua kali restock, stock dah menggunung.

Tunggu dalam group mungkin ada sebarang kelas atau coaching yang dianjurkan untuk sales tapi takde. Group sunyi. Founder sunyi.  Kalau muncul pun saat ada keluaran baru.

Kedua, agent yang dijanjikan order mengikut hierarchy tinggal janji, agent nak direct HQ. Sebab bila melalui stokis ada stok yang tak cukup.

Ini sebabkan HQ pun pass stock pada stokis kadang cukup kadang tak. Sebab HQ sendiri utamakan staff retails. Kadang terfikir baik ambik staff jee jadi stokis kan.

HQ pulun buat retails. Okay takpee mungkin nak kami usaha lebih dari segi pemasaran. Tapi, tiada sebarang kelas coaching kecuali janji2 setiap kalau keluaran produk baru.

Bila dah lebih banyak kali, fed up. Kita pun decide untuk slowdown, rasa baik jadi dropship lagi.

Lantak lah nak downgrade mentaliti ke zon selesa ke. Founder terus terusan kaya raya, MOQ asyik nak ubah naikkan.

Terkadang support lah sikit kami yang dahaga ilmu ni dengan anjur kelas online ke dari sifu2. Konsisten bagi kami ilmu. Jarang-jarang tanya khabar kami.

Ini tak salahkan kami yang tak berusaha keras katanya. Ya memang mulut kami tidak terlalu manis sebab kami terlalu jujur.

Moga kita semua dimurahkan rezeki. Ingat kita kena buat setakat yang kita mampu. Jangan pulak akhirnya kita sendiri yang terbeban dek stok yang menyepi di sudut dinding.

Buat live, buat promosi dan iklan tapi masih belum rezeki kerana mungkin tidak mengikut perkembangan semasa socmed.

– Tofu Goreng (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *