Frontliner Dan COVID 19

Dengan kerenah masyarakat sekeliling yang degil tidak mendengar kata, apabila diperintah untuk kuarantin, tapi masih berlegar-legar seolah-olah tiada apa

Assalamualaikum, jutaan terima kasih diucapkan kepada admin jika menyiarkan sedikit perkongsian ini.

Frontliner, is the term used to describe people who work on the front lines of a business operation, primarily in customer service roles. They represent the face or voice of the business, are the first to interact with customers and are expected to be ambassadors of the business.

Aku bukanlah dalam kalangan frontliner, sebab aku kerja dalam wad, kiranya secondliner. Sukar. Itu yang mampu aku luahkan mengenai isu wabak sekarang ini. Tapi tidaklah sesukar bagi mereka yang berada di frontliner.

Kegelisahan sudah pasti, hati mana nak tenteram jika hari demi hari bertambahnya bilangan pesakit covid-19. Mereka yang tidak berada dalam bidang kesihatan dan perubatan mungkin sedikit rasa kebimbangan mereka.

Setiap kali turun dari rumah, hati rasa berdebar, takut, memikirkan segala jenis bakteria yang bakal dibawa pulang ke rumah, apatah lagi virus yang mungkin sedang mengikuti jejak langkah ini.

Jika kes alert organism yang berada di wad sudah mampu membuatkan anak-anakku demam, apatah lagi tindakan virus yang lebih besar itu yang mampu meragut nyawa kita. Nauzubillahiminzalik.

Bukanlah aku balik kerja terus pergi ambik anak, aku rela pergi balik mandi bersihkan diri, lepas tu baru ambik anak. Letih memang letih.

Sudahlah penat berjalan ke sana ke mari, tidak duduk berjam-jam, CPR pesakit yang sangat memenatkan, angkat pesakit besar-besar lagi berat, hantar pesakit pergi prosedur dan macam-macam lagi kerenah pesakit dan waris yang sangat memeningkan kepala.

Tak sempat makan, tak sempat minum, apatah lagi nak berak kencing.

Kerja aku bukan hendak merungut, tapi bebanan kerja yang semakin hari semakin bertambah, kami semakin tertekan, dengan tindakan pengurusan pihak atasan yang membebankan, maka kami sebagai ‘rakyat bawahan’ hanya menurut perintah. Hati membara.

Dengan kerenah masyarakat sekeliling yang degil tidak mendengar kata, apabila diperintah untuk kuarantin, tapi masih berlegar-legar seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Kerana apa? Musuh yang dikirim Allah ini tidak kelihatan, tahu-tahu sudah berjangkit, dan akhirnya memudaratkan keseluruhan manusia sejagat. Belum lagi musuh yang kelihatan iaitu Dajjal.

Apabila perintah tidak dikeluarkan, dikatakan kita tidak memberi peringatan, tiada sekatan, tapi bila perintah dikeluarkan, dilanggar pula perintah itu. Salah siapa?

Mudah sungguh mengucapkan untuk kita bertawakal, sudah takdir. Tapi, tanpa usaha? Peliknya ilmu yang disampaikan. Sedangkan semuanya perlu bergerak seiring.

Kami yang di hospital hari-hari memikirkan bilakah akan berkurangnya bilangan pesakit covid-19.

Kalau suami sendiri pergi keluar untuk membeli barang keperluan rumah, hati isteri tak senang duduk, siap tunggu depan pintu, rasa bagaikan nak sembur je sanitizer seluruh badan, pesan suruh mandi terus, pesan kat anak jangan datang dekat lagi. Allahu.

Kadang, balik kerja dah penat, ingat nak tidur awal, tapi tak boleh tidur, jadi 2,3 jam sahaja.

Sebab apa? Sebab dah jadi macam paranoid gila. Selalu fikir, kalau virus tu hinggap masuk dalam badan ni, apa akan jadi kat keluarga aku yang close contact? Ibarat nyawa di hujung tanduk. Sekarang ni pun hati masih tidak tenteram.

Jika kita berikan maklumat sulit kepada orang luar, sudah pasti akan menimbulkan kekecohan yang luar biasa pada rakyat kita.

Tapi kita tak bocorkan, bahkan aku sendiri tak tahu bilangan sebenar, berapa kes dan lain-lain, kerana apa? Memikirkan kesannya ke atas rakyat yang mungkin menjadi separuh gila. Yang sekarang ini pun sudah nampak kesannya bila dikenakan perintah.

Cuma aku harap, pada mereka yang menghadiri perkumpulan, travel ke luar, close contact, ada simptom-simptom, please tampilkan diri, dan berkata benar dan jujur. We really beg you!

Hari-hari aku berdoa, semoga kita semua dilindungi. Jangan pernah tinggalkan doa, zikir, solat sunat dan wajib, bacaan Quran, berbuat baik, sampaikanlah yang benar, kerana ini yang akan menjadi bekalan kita kelak.

Kalau dipaksa perintah berkurung, please follow the rules, you can break the rules, but you will make the world is getting worst. Ini bukan masa untuk lepak-lepak sambil minum kopi ibarat sedang menyaksikan piala dunia. Tidak sama sekali!

Fikirlah tentang keluarga anda. Tolonglah. Jangan cari penyakit yang semakin parah. Be beauty and handsome with brain.

Semoga Allah melindungi kita semua. Doa, senjata mukmin.

– Take Care Everyone (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit