Gaji dan Pengalaman: Mana Lebih Bernilai?

Gaji dan Pengalaman: Mana Lebih Bernilai?

Assalamualaikum semua. Aku just nak share sikit cerita tentang aku dan orang sekeliling. Aku rasa nak tulis benda ni sebab aku penat dengan sekeliling aku yang muda muda tak kerja dan mengharapkan duit parents. Alasan tak kerja ialah gaji sikit dan tak kena dengan tahap pendidikan dorang (lebih kurang memilih kerja) kalau semua anak orang kaya aku faham lagi. Ni yang gaji parents cukup cukup makan dan tambah beban nak tanggung kau.

Aku cerita sikit tentang aku. Aku ada 5 beradik kakak aku dah kahwin. Aku anak ke 2 adik aku yang ke 3 pemain bola tapi gaji pun tak tetap. 2 bawah lagi still sekolah. Aku bukan orang senang. Aku duduk flat biasa je. Belajar pun tak berapa sangat. SPM cukup makan je. Lepas SPM aku tak tahu nak buat apa. Parents aku jenis tak bagi anak bekerja sebab dorang rasa dorang still mampu nak tanggung. Then dia suruh aku sambung study.

Sementara tunggu result SPM aku masuk giatmara belajar kemahiran dalam bidang fesyen dan pakaian.(bidang jahitan) aku tak pernah minat pun benda ni. Tapi di sebabkan ayah aku paksa aku teruskan. Time ni umur aku 18 tahun habis je giatmara bulan 6 aku terus feeling nak sambung bidang yang aku minat (konon konon nak jadi chef) tapi parents aku tak bagi. Dorang suruh teruskan dalam bidang yang sama dan dorang nak aku fokus dalam 1 bidang.

Ayah selalu pesan “contohi orang cina kalau nak berjaya. Dorang dari anak kecik lagi dorang akan fokuskan apa yang anak dia boleh buat sampai lah anak dorang berjaya”. Then aku pun macam takpalah ikut jelah apa yang parents nak. Alhamdulillah 4 bulan lepas giatmara aku sambung study di kolej komuniti selama 2 tahun setengah tak silap aku. Pertengahan study tu tetiba kau rasa macam give up sebab bidang aku banyak guna duit and aku rasa better aku kerja dengan orang. Tapi parents aku tak pernah berhenti support aku.

Sampai lah aku berjaya graduate. Parents aku happy sangat walaupun dorang takda time aku naik pentas. Lepas tu aku dapat kerja kat satu butik ni. Kat sini sebenarnya cerita aku bermula…

Aku dapat kerja kat satu butik di ampang dengan gaji rm800 time ni aku umur 21 tahun. Rumah aku jauh di kepong. Aku minta pendapat ayah aku. Okay ke gaji macam ni dengan tempat jauh macam ni. Rm800 wei dengan tol minyak makan rasa cukup ke? Tapi apa jawapan parents aku? Takpa jangan kira gaji cari pengalaman dulu. InsyaaAllah rm800 tu cukup untuk kau yang takda apa apa commitment ni.

Aku dengan rasa was was aku terima kerja ni. Aku pergi interview terus dapat kerja!! Alhamdulillah dalam masa yang sama Allah hantarkan aku bos yang sangat baik. Setiap hari duit makan aku tak berusik pun. Sebab bos aku hari hari masakkan lunch untuk aku. Fyi, kat butik tu ada 2 staff sahaja. So rajin lah bos aku masak. Kat sini aku dah saving banyak. Memang cukup je rm800 tu. 3 bulan lepas tu dia naikkan gaji aku rm1500 as tailor. Tengok Tuhan dah kata jangan takut dengan rezeki.

Alhamdulillah selama 2 tahun banyak sangat pengalaman dan benda baru yang bos aku ajar. Dia sikit pun tak kedekut ilmu. Bab duit pun tak pernah berkira. Aku kerja 2 tahun je sebab bos aku pindah ikut suami dia dan butik dia terpaksa tutup. Time aku berhenti tu aku ambik sikit sikit tempahan baju. Apa apa yang aku tak tahu aku akan contact bos aku. Bila lama lama tempahan semakin banyak alhamdulillah umur aku 23tahun aku buka kedai jahit. Sikit sikit aku beli barang barang kedai. Dan sekarang umur aku 24tahun dan ada sorang staff yang membantu aku.

Untuk anak muda yang aku selalu sangat dengar alasan tak kerja sebab dapat offer gaji kecik tu sebenarnya kau yang malas. Kalau nak kata commitment orang lain-lain. Ya aku faham. Kat sini aku nak bagi contoh. Kau nak gaji rm2500 tapi dapat offer rm1500 je kau tolak sebab tak cukup dengan yang kau minta. Tak ke rasa rugi? At least kau ada rm1500/bulan dari kau duduk rumah membongkang menghabiskan duit parents kau kan?

Ambik je peluang mana yang ada. Jangan sia siakan. Kenalan aku ramai sangat umur dah nak 25tahun tapi tak kerja. Perempuan aku faham lagi kot kalau tak kerja. Ni lelaki ramai sangat! Ada yang dah kahwin pun lebih kurang. Kesian kat isteri and family. Tak memasal kena tanggung suami kadang kadang kena ikat perut!

And kat sini aku nak bagi tahu.

1. Percaya lah pada rezeki Allah.

2. Takda benda yang jatuh dari langit kalau tak usaha.

3. Jangan terlampau memilih. Mungkin apa yang kita dapat akan ada rezeki lain di dalamnya.

4. Jangan bagi alasan sedangkan diri sendiri yang pemalas.

5. Jangan tambah lagi beban parents kita yang semakin tua. Bila lagi nak balas jasa parents kalau bukan sekarang?

6.Dan jangan menyusahkan orang sekeliling dengan sikap pemalas kau tu!

Sekian…

– FM

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit