Salam semua, aku Cindai, pekerja kerajaan. Tidak tahu sama ada luahan ini akan disiarkan atau tidak, tapi aku cuba sekadar ingin meluahkan agar perasaan yang membuak dalam diri ini menjadi reda.
Sudahku mengadu padaNya, tapi hati ini ingin membaca jika ada sekelumit nasihat yang boleh menenangkan kesedihan hati. Kami berdua pekerja kerajaan, gaji kami sama.
Tapi seperti dalam tajuk, kebanyakan gaji suamiku bukan untuk kami, hanya 30% dihabiskan untuk diri suamiku dan keluarga kecil kami, mungkin 25% untuk aku dan anak2, 15% untuk dirinya atau mungkin tak cukup untuk dirinya. Kemana hilangnya 80%.
Ye, untuk keluarga mertua hilang dalam bentuk pinjaman yang terpaksa suamiku bayar kerana ibu mertua minta tolong bagi suntikan modal pada perniagaan adiknya,
Perniagaan yang tidak mendapat apa2 pulangan kepada kami selaku rakan kongsi modal kerana perniagaannya masih tidak stabil.
Baik, jadi perbelanjaan harian rumah jika tidak cukup banyak ditampung olehku barang2 dapur kali pertama suamiku beli, tapi biasanya sebulan 2,3 tak kami berbelanja kerana kami berbelanja ikut keperluan barang yang habis sahaja.
Persekolahan anak juga begitu, jika duit suamiku dah habis, maka aku akan hulur sewa rumah, bil utiliti masih lagi suamiku bayarkan pembelian peribadiku, memang aku sendiri kalau ke klinik, ubat demam, memang diriku juga yang keluarkan.
Duit makan kat luar, cuti, pun aku yang keluarkan pada mulanya aku tak kisah tapi lama kelamaan hatiku pelik kerana gaji kami sama, kenapa cepat benar gajinya habis.
Rupanya baru ku tahu kisah di atas bukan aku berkira tentang gaji aku yang dikeluarkan.
Aku ikhlas dan memang niat sedekah tapi hati aku musykil dan berasa sedikit kecewa dan tidak adil kerana suamiku seolah2 mengutamakan keluarganya berbanding keluarga kecil kami..
Mungkin bagi dirinya tidak mengapa dia tolong ibu mertua kerana kalau tak cukup duit, aku akan menampungnya.
Aku tak kisah kalau dia nak tolong keluarganya, setidak2 nya berpada2 lah..
Oh ye, keluarganya bukan keluarga susah, ayah mertua ada pencen, lembu kambing lebih 10 ekor dan tanah yang banyak tapi aku tak faham juga kenapa tidak dijual je tanah yang banyak tu, suamiku juga yang diminta untuk buat pinjaman huhuhu.
Dan sekarang ni suamiku sedih n kecewa denganku kerana aku mengutarakan isu ini seharian aku tak bercakap dengan dia semalam hari ni dia minta maaf kerana aku kahwin dengan orang yang tiada duit aku hairan, gaji sama, keje kerajaan.
Tapi gajinya bukan untuk kami hati yang sedih dan kecewa yang sedang keliru, aku kah yang salah.
– Cindai (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Kenapa suami nak kecewa dgn awak. Betul la apa yg awak luahkn. Suami awak tu yg tidak tahu hukum agama berumahtangga. Dia ketua keluarga .kena tah siapa yg patut diutamakan dalam nafkah. Bukan ibu bapa dia. Mereka jatuh ditangga ke 4. Awak kena tegas dlm bab nafkah wlupun awak bekerja. Pulangkn balik tgjwb dia yg patut diutamakn spt bayaran bil2 dan perbelanjaan anak2 dan rumah. Tu syarat utk dia mampu berumahtangga. Ayah dia hidup lg jd tgjwb ayah dia adalah pd isteri iaitu mak suami awak. Kenapa perlu suami kecewa sedangkn itu punca dr keluarganya bukan salah awak.