Gay: Allah Masih Sayang

Assalamualaikum semua. Hari ini aku nak share kisah hidup aku yang mana dulu aku pernah terlibat dalam aktiviti seks songsang. Ya, aku dulu seorang gay dan sekarang perasaan tu masih ada, cuma aku berjaya lawan dengan solat dan pertolongan Allah S.W.T.

First of all, aku memang ada perasaan tu sejak aku kecil, aku tak tahu macam mana benda tu boleh muncul, apa yang pasti aku menyukai kaum sejenis. Ada articles yang aku baca mengatakan LGBT terjadi disebabkan oleh pengaruh sekeliling atau pengalaman diraba atau diliwat semasa kecik, atau tinggal dalam asrama lelaki.

Kalau fikir secara logik, takkan la lps kau kena liwat dgn lelaki kau terus jadi suka lelaki, sedangkan benda tu menyakitkan, sepatutnya ia menjadi satu kebencian, kan? It’s quite illogical.

Aku percaya yang perasaan suka sesama jantina itu wujud secara semulajadi, takde kena mengena dengan genetic, hormone, chromosome atau transmission ke apa ke, it’s natural ! Apa yang pasti itu ujian Allah yang besar kepada umat nabi Muhammad di akhir zaman.

Gay ini bukan terjadi secara kebetulan, tapi adalah kecenderungan & ianya adalah semulajadi. Ianya ujian datang daripada Allah. Perasaan tu takkan hilang dengan kau berkahwin, ianya tetap ada sampai hujung hayat kau. Kau kena lawan kerana itulah jihad dalam hidup kau, lain orang lain ujiannya.

Cerita aku, aku berjaya kawal perasaan aku dari kecik sampai lah bila aku tewas jugak selepas aku installed gay apps 2 tahun lepas yang mana aku jumpa macam2 jenis orang dalam tu, berbeza agama, bangsa dan pangkat. Macam2 ada. Dari budak sekolah sampai lah ke yang tua.

Ada banyak gay apps yang available dan aku installed 3 of them. Aku buka each gay apps setiap hari untuk cari pasangan, dan setiap kali tu jugak la aku jumpa tapi aku masih takut untuk buat sebab beberapa faktor.

Pertama aku risau tentang venereal disease aka STDs seperti syphilis, gonorrhea atau lebih teruk HIV, sebab kita tak tahu orang dalam tu punya background dan life style macam mana, dah berapa lama dia amalkan gaya hidup songsang dan bertukar pasangan? Kita tak tahu.

Aku risau untuk buat s*x walaupun ringan2 je, apatah lagi sexual intercourse, walaupun nafsu sentiasa membuak2. Kedua aku takut dengan laknat dan azab Allah, walaupun nafsu hari2 hadir tapi aku masih fikir pasal tu.

Ianya mengambil masa lebih kurang setahun untuk aku betul2 buat benda terkutuk tu. Dalam tempoh setahun tu dah berpuluh atau berbelas kali aku installed dan uninstalled balik apps tu, sebab aku takut. Setiap kali nafsu datang, aku installed untuk cari pasangan.

Lepas 2-3 hari hidayah Allah datang aku buang balik apps tu dalam fon aku, dan dalam tempoh aku buka tutup apps tu banyak kali juga aku jumpa lelaki hasil dari pencarian dalam apps tapi aku reject dan blah dari situ sebab aku takut walaupun dah hampir masuk bilik. Masa tu aku yakin Allah masih nak tolong aku.

Sampai lah kemuncak nya aku dah tak tahan aku buat jugak perbuatan terkutuk tu sebanyak 3 kali dengan orang berbeza dan jugak berbeza etnik (Ya Allah jijik nya aku kalau ingat balik masa ni). Tapi yang pasti ianya langsung tak sedap macam yang kau fikirkan dan harapkan seperti mana yang kau tengok dalam video luc*ah, langsung tak syok dan berbaloi.

Lepas tu aku nekad aku nak berhenti dan tinggalkan dunia ini dan aku slow2 dekatkan diri dengan Allah, aku solat dan bertaubat kepada Allah. Sungguh aku malu dengan Allah. Betapa bodohnya aku.

Kini, walaupun hampir setahun aku tinggalkan dunia songsang, tapi perasaan tu selalu datang dan syaitan tak berhenti menggoda aku untuk buat perkara terkutuk tu. Aku banyak jaga hubungan dengan Allah kerana aku sangat takut kembali ke masa lalu, sungguh aku takut. Dan Allah yang menyelamatkan aku, dia tarik aku kembali.

Sungguh Allah itu Tuhan yang maha pengasih lagi maha penyayang, aku sungguh malu kerana walaupun aku jijk dan kotor, Allah masih berlembut dan tarik aku ke jalan-Nya. Aku tidak cure, perasaan ini tetap ada sampai bila cuma aku telah berjanji yang aku akan berjuang sampai ke hujung nafas terakhir.

Pesanan aku kepada golongan LGBT kat luar sana, berhenti lah buat benda terkutuk ni, kembali kepada Allah, sesungguhnya Allah itu masa pengampun lagi maha mengasihani.

Dan kepada yang belum terlibat dgn sex songsang ni, jangan korang cuba2 nak try sebab ianya tak sesedap yang korang harapkan, sekali korang dah cuba agak susah untuk korang berhenti. Ianya adalah suatu perbuatan yang terkutuk yang mana Allah melaknat dan nabi tidak mengaku Ummat.

Sekian…

– En Sinner (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *