Aku ni selalu layan pseudoscience..page tu byk cerite info2 perubatan ni..salah satu yg popular sekarang cerite anti vaccine ni..disebabkan aku pon ade sedare yg purdah2 janggut2 ni..so x heran la kalau sedare aku ni termasuk dalam kalangan org2 yg menolak vaccine ni..aku x paham betul sebna nye sedang last 2 years dh ade sepupu aku yg meninggal sbb x vaccine..oh lupe nak bg tau bukan vaccine je drg tgl..perubatan moden pon drg x kasi kt anak drg..time baby tu meninggal kesian sgt..mule2 demam..mak budak tu x nak anak dye pg klinik..dah x sedar baby u bru nak pg klinik..pg klinik Dr. Suruh refer hospital…pergi hospital Dr. nak buat pembedahan x bg..akhir anak dye meninggal sbb masalah paru2..weyh x rse mcm membunuh k? Tuhan bg akal suruh pakai..sbb tu kne belajar ilmu2 lain yg ade kt dunia ni..bkan belajar ilmu agama je..mostly aku perasan sedare aku ni x bagi anak drg sekolah..home school org kate kot…tp sains matematik tu aku rse sentuh sikit2 je atau mungkin x sentuh pon sbb mak dye skolah smpai spm je..bukan pndg rndh ye..mak dye bce quran elok dr aku..n lebih pntg kn ilmu agama…tp kesian la kt anak tu..nak bersosial pon x reti..kalau kami sedare ni tegur diam je..malu agak nye…eh melalut dh cerite aku..so ape aku nak cakap sebenar nye..tlg la vaccine anak korg…nt srg2 ade penyakit kn kesian kt budak tu…mmg la Allah tu suruh tawakal..tp kne ade usaha sme..aku mls nk share kt wall aku sbb nanti sedare aku bce lain pulak cerite dye nanti
– kags
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Dorg dah join mkt ke belum haha
Ko share je status2 page pseudoscience, KKM etc tu… Ada kawan aku antivaxx pon dah unfriend aku Hahaha
Bukan golongan antivaxx je, yg golongan MLM pun sama. Lol
Hahahahahaha share post sekutu dia, Say No To MLM pun best gak hahahahahahah
Anak dia mati berpenyakit tu satu hal, satu hal lg abis berjangkit kt anak org lain. Hamlau betui
Kat area aku ni pun ramai nurse dh bgtau. Majority org yg berpakaian mcmtu yg taknak vaksin. Hmm..
Dlu kan zaman dlu ada penyakit berjangkit smpai boleh bwk maut, and skrg dah ada vaccine, so boleh kurgkan n population manusia pon meningkat. X blaja dari situ ke org anti vaccine ni. Ape daaa.
Zaman dulu, wabak tak banyak macam zaman sekarang ni .
Dlm fl sy blambak prochoice n antivax… Sy juga ad dlm grup MKT… Alhamdulillah anak saya full vaxx dua2,sy masih bsalin di hospital,kalau saya sakit pun saya msih pergi klinik, saya masih amik ubat hosp jika perlu.. Walaupun ada perkara yg xstuju tp sy msh blh tahan diri utk tambah dosa dgn berckp sebarangan pasal org. Alhamdulillah. Yg tlalu extrim sy abaikan.. Sy walaupun friend sy blh unfollow kalau xsuka post dorang atau scroll laju2 ala2 drag 100m.. Yg tgok sempoi tuu… Sy byk mnta pndpt tntg tips cara dorang jaga anak unvax dorang.. Alhamdulillah bkesan utk ank2 sy. Yg buruk campak jauh2, sebab dorang dah buat keputusan n pilihan dorang..kita dgn pilihan kita..nk mndesak pun da xguna.. Sdgkan berhujah dan berbincang pun xdapat membawa apa2 kesepakatan atau kesedaran…okey hilang kata2 daaa
Dalam isu ni saya mmg x boleh respect pilihan mereka. Sbb pilihan tu menzalimi org lain.
Tetapi kita kena ingat sama… Ada di antara mereka yg terpaksa memilih keputusan tu..bukan semua.. Tapi ada diantara mereka.
Kenapa sampai terpaksa?
Ada diantara mereka, anaknya alergik pd kandungan vaksin.. Jd ada parent yg ambil keputusan utk tgguh dan jalani ujian alahan dulu,bila da kua result klu ok bru dorang proceed .. Tp sy xpasti pasal ni dgn lbih lnjut.
penyokong kuat Ayu tu..
Perangilah gejala Pseudoscience!
Perosak negara. Orang mati. Ditipu sebab golongan yang bukan ahlinya terlebih bijak macam dia ahli bidang tersebut.
Kenapa perlu tolak pendirian seorang antivacc? Awak sendiri memilih vacc, awak yakin awak selamat? Isu vacc ni besar, jangan kait seluruh perubatan dengan vacc y kecil ni.. ada y tolak ubat2 an, ada y tolak vacc, itu xsalah.. itu hak mereka..
Hormat pandangan masing2, ada sebab kenapa ada y pilih dan ada y tolak..
Tak semestinya org y tolak vacc mereka tolak sepenuhnya bidang perubatan, madu adalah penawar, salah satu cara mereka berubat juga kan..
Cerita ni bukan mengenai antivacc semata, tapi lebih kepada gaya kehidupan seseorang y tolak sepenuhnya bidang perubatan dan lain2, tumpu agama semata untuk hidup.. itu y dikatakan salah dan saya setuju..
Ramai y taksub n marah2 dengan antivacc dan mereka bergantung n berpendapat vacc adalah penyelesaian nya, ini y salah.. ini hakikat, buka la mana2 isu ni, boleh nampak dari kata2 mereka..
vacc @ xvacc itu pilihan y tepat selagi bergantung pada Allah..
Maaf kalau pendapat saya ni menguris hati akak. Tapi isu antivacc ni tak patut dianggap sebagai menghormati perbezaan pendapat. Tidak vaksin bukan hanya compromising nyawa budak yang terlibat, tapi juga anak2 lain, orang yang low immune etc.
Apa yang @nur shafinaz merepek nie… prgi study dlu bru merepek kat sini…
Akak sebelum melalut sila study dulu kesan tak vacc kepada org sekeliling ye kakkk. Kalau kesan dekat budak tu je takpe, tp ia melibatkan org lain hmm.
Maaf, Kena pandai bezakan pendapat sendiri dgn pendapat yg melibatkan maslahat masyarakat. Isu vacc ni isu yg melibatkan masyarakat, herd immunity, tak boleh selfish. Kalau pendapat sendiri tu contohnya, si A suka makan nasi, si B tak suka makan nasi, dan dua2 pendapat tak memudharatkan masyarakat. Tolong, jgn set fikiran kata vaksin ni hak masing2, penyakit yg divaksinkan tu kalau berjangkit, bukan yg x vaksin pun boleh bjangkit, yg vaksin pun boleh berjangkit kalau herd immunity lemah. Tawakal pd Allah, usaha kena cukup. Samalah contoh; Mana boleh jawab exam, kalau study pun x habis, pastu tawakal pd Allah. Salah tu..Allah tgk kadar usaha kita, hamba.
setuju Laila Abdul..mereka yg tak belajar tak tahu perkara ni..herd immunity itu penting..kalau mereka yang tak divaksin tanggung risiko sorang2 tak apa, ni pentingkn diri sndiri namanya..
Well prevention is better than cure. If u can prevent the desease in earlier stage, why bother to find the cure? N it’s maybe too late to fine the right cure n cause death. Same case with the insurance/takaful here.
KENYATAAN MEDIA PERSATUAN PERUBATAN ISLAM MALAYSIA / ISLAMIC MEDICAL ASSOCIATION OF MALAYSIA (IMAM) BERKENAAN VAKSINASI
1. Persatuan Perubatan Islam Malaysia (IMAM) memandang serius penularan kembali penyakit berjangkit seperti Difteria yang telah lenyap sejak sekian lama. Terbaharu terdapat 11 kes Difteria yang baru (3 kes disahkan & 8 kes disyaki) yang melibatkan 2 kematian.
2. Penyakit ini timbul kembali akibat keengganan sebilangan ibu bapa mematuhi polisi dan nasihat Kementerian Kesihatan untuk menvaksinkan anak mereka mengikut jadual yang ditetapkan.
3. Faktor keengganan ini dikenalpasti berpunca dari salah faham masyarakat yang mendapat maklumat salah dari sumber terbuka seperti media sosial yang tidak diketahui kredibiliti dan tahap keilmuannya.
4. Selain itu, pendirian menolak vaksin juga berpunca dari mendengar hujah agama mengenai status vaksin daripada kelompok agamawan yang tiada keahlian dalam ilmu dan perihal perubatan yang rumit.
5. Masyarakat harus sedar bahawa vaksin adalah satu kaedah pencegahan yang telah diiktiraf dan diamalkan ribuan doktor Muslim yang ahli, amanah dan thiqah (dipercayai) di seluruh dunia. Adalah mustahil dan cetek fikiran jika ada yang mengganggap kelompok professional ini terpengaruh dengan konspirasi musuh Islam ataupun tidak maklum status halal haram vaksin semasa memberikannya kepada pesakit mereka.
6. IMAM memandang proses pelalian vaksin adalah amat menepati saranan Syariat Islam yang meletakkan penjagaan nyawa (Hifz an-Nafs) sebagai antara Maqasid yang diberikan prioriti utama.
7. IMAM juga menyokong sepenuhnya Polisi Vaksin Berjadual Kementerian Kesihatan sejak awal 70-an, dan menyeru masyarakat memanfaatkan kemudahan vaksin percuma ini. Usaha ini selaras kaedah Fiqh yang menyatakan “Polisi Pemerintah ke Atas Rakyat Haruslah Bersandarkan Kepada Maslahah”.
8. IMAM menyeru kalangan agamawan yang berwibawa agar menyampaikan fakta yang benar mengenai vaksin dan menghindar prasangka yang tidak benar. Mana-mana pihak agama dan masyarakat yang masih keliru tentang peranan dan kepentingan vaksin disyorkan bertanya kepada mereka yang ahli dalam bidang ini iaitu doktor dan pakar perubatan yg Muslim terutamanya.
“Dan Kami tidak mengutuskan sebelum engkau (Muhammad), melainkan orang laki-laki yang Kami beri wahyu kepada mereka; MAKA BERTANYALAH KEPADA ORANG YANG MEMPUNYAI PENGETAHUAN JIKA KAMU TIDAK MENGETAHUI.” An Nahl:43
9. Kehilangan nyawa oleh penyakit yang seharusnya dapat dicegah vaksin adalah suatu yang amat dikesali. Masyarakat tidak boleh fikir mudah mengatakan zaman Nabi dahulu tiada masalah walaupun tiada vaksin. Hakikatnya dunia hari ini terdapat pelbagai penyakit baru dan juga kemudahan pergerakan diantara negara/benua mendedahkan masyarakat kepada 1001 penyakit dari serata dunia.
10. Sebagai Muslim, dalam kita beriktikad bahawa Allah adalah Maha Menurunkan dan Menyembuhkan segala penyakit, kita juga wajib menerima bahawa manusia sebagai makhluk ciptaan Allah sentiasa tertakluk kepada aturan Sunnatullah Ilahi. Antaranya ialah manusia boleh sakit apabila dihidapi patogen seperti bakteria dan virus, dan didalam tubuh manusia pula terdapat sistem imun yang boleh diaktifkan secara pasif atau aktif bagi melawan patogen ini. Sunnatullah pada jasad inilah yang dikaji para saintis perubatan yang kemudiannya merumuskan vaksin mampu merangsang sistem imun manusia untuk mencegah jangkitan patogen tertentu.
11. Justeru IMAM menyeru agar setiap masyarakat tidak mementingkan diri sehingga membahayakan nyawa keluarga dan jiran tetangga. Galakan pengambilan vaksin sehingga tercapai ‘Herd Immunity’ yang tinggi dalam suatu komuniti adalah tanggungjawab Fardhu Kifayah setiap individu dalam masyarakat tersebut.
12. IMAM yang mempunyai lebih 3000 keahlian dari pengamal perubatan Muslim yang professional sedia menawarkan tenaga pakar kepada pihak institusi, jabatan, NGO dan media yang ingin mendapatkan penerangan tuntas atau menganjurkan program diskusi mengenai vaksinasi.
Sekian.
Islamic Medical Association Malaysia (IMAM)
Diana Nabila terbaik
KENYATAAN RASMI I-MEDIK DALAM ISU VAKSIN
Susulan daripada kematian akibat difteria, suatu penyakit yang boleh dicegah melalui vaksinasi, I-Medik mengajak masyarakat agar memahami prinsip pencegahan dan rawatan dalam Islam.
Difteria adalah penyakit yang disebabkan oleh bakteria Corynebacterium diphteriae. Ia tersebar melalui titisan cecair pernafasan. Bakteria ini menjangkiti tekak (tonsil dan farinks) dan menghasilkan toksin yang menyebabkan keradangan di sekitar tekak dan bengkak leher yang boleh menyebabkan pesakit sukar bernafas. Toksin ini juga boleh menyerap ke dalam darah, melumpuhkan saraf dan menyebabkan keradangan jantung (miokarditis) yang menyebabkan kematian. Jangkitan difteria mempunyai kadar kematian yang tinggi, iaitu antara 25 ke 50%.
Vaksin difteria terkandung dalam vaksin lima (5) serangkai, DTaP-IPV//Hib (Difteria, Pertusis, Tetanus, Polio dan Haemophilus influenzae type b). Ia diberikan pada usia 2, 3, 5 dan 18 bulan. Liputan imunisasi yang melebihi 95% dalam komuniti akan memberi imuniti kelompok (herd immunity) dan melindungi kanak-kanak daripada dijangkiti bakteria ini. Kanak-kanak yang telah menerima imunisasi lengkap hanya akan mengalami gejala ringan apabila dijangkiti dan terlindung dari komplikasi.
Islam amat menggalakkan bagi setiap individu untuk berubat bagi segala penyakit yang dihadapinya. Ini adalah kerana pemeliharaan jiwa termasuk di antara objektif utama syariat (maqasid syariah) dan dengan berubat seorang insan berusaha untuk memelihara jiwa dan raganya. Terdapat banyak hadith yang mana Nabi s.a.w. mendorong umatnya untuk berubat antaranya: Dari Usamah bin Syarik, dia berkata, seorang Arab badawi pernah bertanya kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam:
يا رسول الله ألا نتداوى ؟ قال : ( تداووا ، فإن الله لم يضع داء إلا وضع له شفاء إلا داء واحد ) قالوا : يا رسول الله وما هو ؟ قال : ( الهرم ).
Yang bermaksud: Wahai Rasulullah, apakah kita perlu berubat? Nabi bersabda, Berubatlah, kerana sesungguhnya Allah tidak menurunkan penyakit, kecuali pasti Dia menurunkan penawarnya, kecuali satu penyakit (yang tidak ada ubatnya). Mereka bertanya lagi: Apakah dia? Nabi s.a.w. menjawab: Penyakit tua.
Dr. Yusuf al-Qaradhawi telah ditanyakan di dalam rancangan Fatawa Mubasyirah berkenaan hukum pemberian vaksin kepada anak-anak kecil dengan tujuan mencegah dari penyakit antaranya anggota badan tidak berfungsi. Maka jawab beliau:
Ini (mengambil vaksin) adalah suatu yang fardhu. Kerfadhuan yang bersifat agama bahkan ia suatu kewajipan yang bersifat islami. Jika tidak dilakukan, anaknya akan tertimpa bahaya. Aku pernah melihat seorang kanak-kanak yang sedang solat tarawih bersama kami dan dia berjalan dengan menggunakan tongkat sedangkan dia Masha Allah masih sihat. Bila ditanya dia menjawab: Tanyalah kepada si ayah. Lalu kata si ayah: Kami abaikan memberi vaksin kepadanya semasa kecil lalu dia ditimpa dengan anggota badan yang tidak berfungsi.
#PerangMelawanKejahilan
#TentangiAntiVaksin
#LindungiOrangTersayang
Dah agak ini akan jadi isu.. terpulang la nak cakap apa.. saya menghormati pendapat semua orang.. kami sekeluarga pun ada vacc dalam tubuh.. suami, isteri dan anak kami..
Anda tetap perlu hormat orang lain, berpeganglah pada vacc tu, xde apa y perlu dirisaukan bukan..
Dan saya juga hormat orang y tak nak vacc, tiada apa y saya perlu marah dan takutkan..
Terima kasih.. :-) :-)
susah kalau cakap dengan orang jahil ni
Hormat boleh nak minta.. Pergi duduk pulau , jgn join orang atau budak lain.. Sbb yg mana dh vaksin tp low immune pun kdg2 kena.. Tak sampai meninggal tapi still menyusahkan mak bapak dia.. So hormat dlu hak org lain yg dh usaha sebelum demand org hormat kita
bukan masalah hormat, ini masalah nyawa. bila dah bnrjangkit dan mnyusahkan kanak2 lain, sape nak tanggung.
Hmmmm..org2 dlm ni sume bg hujah yg opt For vaccine..but just for your info,there are some doctors who are also have the same opinion as antivac..some of the antivac,Dorg bukan saje2 nak anti..tp sbb dorg dh tnye sendiri sebetul2 nya,sedalam2 nya kpd saudara mara dorg yg pakar dlm bab perubatan berkenaan vaksin..sy x kisah org nak opt For vaccine or antivac..
Habis tu, jika kita tahu kawan2 kita xvaksinkan anak mereka n diri mereka, kita nak pulaukan mereka? Kita nak menentang mereka? Kawan y dari kecil kita duduk main sama2 dah besar kita tahu dia xpernah ambil vaksin, awak nak pulaukan?
Saya hormat keputusan semua y reply komen ni xsuka antivaxx, tapi semua y terdekat saya antivaxx, hak saya juga untuk hormat semua orang..
Pilihan d tangan masing2, saya juga sayangkan keluarga saya n kawan2 saya.. ini bukan penyebab saya perlu jauhi mereka..
Memang la awak x kisah. Awak x kena lagi. Anis Afiqah Sukri
Saya tidak bercakap soal kisah dan tak.. saya y perlu lebih takut jika apa2 jadi pada kandungan saya.. lagi banyak kes y masuk ke kandungan berbanding kita y memang d luar ni.. keluarga saya ramai y kerja perubatan, lagi banyak terdedah dengan penyakit.. saya tak takut kena penyakit kalau itu dah tertulis, tapi saya lebih takut dengab fitnah y kalian lemparkan..
I am pro-choice..cuz I have a friend yg antivac..and yet,anak dorg Alhamdulillah sihat walafiat sampai skrg..and some in my family are doctors..and I have seen both..that’s why I am pro-choice
So kalau salah sorg kwn/sedara mara terdekat awak kena difteria, awak nak dok dkt2 dgn dia ke Nur Shafinaz, anis afiqah?
#curious
Apa2 pun… Sila la jaga bahasa masing2.. Sila beradab.
Nur Shafinaz, awk kena faham kenapa org mrh dgn antivax. Sbb it compromise the health status of our community. Faham x bile ramai org tak vax, lebih ramai yg akn dpt jangkitan? Ini bkn saje melibatkn org antivax, tp libatkn anak org lain jugak. Can u imagine bdk sekecik sebulan dua yg x sempat nk amek vax, terkena jangkitan dr bdk yg x vax? Bayi yg msh x kukuh lg imune system mereka. Kesian kn. If i were to have friends or relatives yg mmg antivax, jujur sy ckp sy xkn bg dkat dgn anak sy. Tunggu laa smpai skolah menengah br sy bg dkat.
Heeee..indeed Nur syafinaz..well said
Awak xberjumpa dengan orang y sama setiap masa.. dah kalau awak tahu dia sakit, awak nak cari penyakit kenapa?
Kecuali la antibodi awak tgh kuat nak pergi melawat, pasti awak tetap akan berjumpa mereka..
Sila baca penjelasan dari ustaz dr. Zulkifli (mufti wp). Kes ni sama mcm kes ‘guna inhaler time puasa’. Ada juga yang tak puas hati dgn hujah beliau. Asjawa.
Haha..saje nak express my opinion..bukan nak gaduh pun..thank u for the discussion..i love this kind of discussion..it helps me a lot..ikhtiar and usaha tu wajib..tp,pegang kemas2 yg ikhtiar dan usaha tu hanya lah asbab..hakikat,Allah blake..org yg antivac pun usaha Dan ikhtiar tp cara dorg..cuma mgkin some of them yg antivac,doesnt know the exact method on how to take care of their kids using specific ingredient..and some of us that opt for vac,I believe u have you own argument too..I believe in both..peace no war ok..^^
Saya sangat risau kata2 orang dalam ni.. ni bulan puasa, saya bertegas dengan cara saya hormat mereka..
Saya ada ilmu itu, saya tahu keburukan semua tu..
Kita semua manusia, mencegah lebih baik dari merawat bukan.. anak saya juga masih mengecil n saya juga mengandung.. sudah semestinya saya ambil langkah mencegah..
Tindakan memulaukan, memarahi mereka bukanlah tindakan y tepat.. beri ilmu pada mereka, itu y sebaiknya.. jika mereka enggan, kita la belajar sedikit cara untuk selamat seperti jauhkan anak dan sebagainya..
Saya berhenti reply orang2 d sini, saya tak nak bangkitkan marah sesiapa dan maaf atas komen y menyakitkan hati anda..
Apalah guna da vaksin kecik2 tp x ambil bosster time besar2 sbb serupa juga mcm x vaksin. Doctor saya sendiri ckp kena ambil booster.
Kalau tak faham psal prevalence .. Tinggi rendah risiko jangkitan boleh la ckp.. Doktor tu doktor ni sokong.. Bagi fakta bg nama..Ckp bab pulau tau marah.. Yg x bersalah kne jngkitan smp meninggal boleh buat tak tau.. Hipokrit mcm ni pun ada.. Minta org hormat lg.. Terbaik..
Tak kene kat ahli keluarga sndiri bolehla sembang. Hak masing2 la, pro choice la, kalo xkene kat keluarga sndiri xpela. Kesian kat org lain sbb golongan antivaxx ni carrier disease. Kuman lebih senang berjangkit kat dia and mudah spread kat org lain even org tu dah vaksin.
Satu je la nmpk org antivaxx ni, seriously selfish! Ni berkaitan masyarakat, bukan personal opinion. Amik contoh, rumah A kene rompak. Abistu jiran2 nak lepak je la ek, pndg sebelah mata. Rumah B ckp, Alah rumah A je kene rompak, bukan rumah aku. Sape suh xkunci gril. Umah aku ni siap pasang cctv, lock pintu je ade 5, sendal je ade 10. You know what, lps tu rumah B pulak kene rompak. Sbb ape? Sbb punca masalah ni dsbbkan perompak. Tak kesahla bape kunci or sendal ko ade, kalo nk kene tu kene jugak. Cara nk atasi dia, tangkap perompak ni. Bila dah xde perompak, baru jiran tetangga hidup aman damai.
Isu vaccine ni lebih kurg mcm tu la. Yg xde vaksin ni mudah kene jangkit. Xpasal2 jd carrier dan sebarkan org lain, even yg kene vaksin pun. Sbb yg vaksin ni bukan kebal dr dijangkiti, cuma mengurangkan risiko jangkitan tu jadi lebih teruk n sekaligus menular dlm msyrakat. Sy bg analogi sbb nak kasi org paham dr sudut berbeza kalo masih x paham apa itu herd immunity dan hal2 berkaitan. Jgn la pulak nk kondem, hey kita ckp psl vaksin ni yg ko pi kona smpai isu rompak rumah ni kenapa. Again as I said, this is just an example, an analogy.
Biarlah, mereka nak jadi lebih Islam dari kita bila tak terima vaksin. Dia lepaskan tanggung jawab masyarakat, biarlah dia jawab di sana kelak. Geng-geng pro choice ni semua tak dengar cakap, cakap pulak berdegar degar. Instead of educating them, we educate others yang nak belajar supaya jangan terima dakyah mereka.
Dan mohon bagi nama doktor-doktor yang pro choice tu, bukan apa, ramai sangat mengaku kenal doktor-doktor ni.. Ntah2 kenal doktor yang sijil beli je
Nur Shafinaz x menjawab isu awk ni. Klu debate or argue kne pinpoint masalah secara tepat.
maslahah ummah tu lebih utama dari sendiri.
Khairunnisa Nadiah Aku copy & paste je la yer –> “Ya, vaksin diphteria tidak menawarkan lifelong immunity. Immunity hanya 10 tahun. Sebab itu kita fokus kepada bayi/kanak-kanak, kerana mortality rate mereka lebih tinggi (mencecah 20%). Kalau orang dewasa, cuma 3 ke 5.5% sahaja. Kita galakkan orang dewasa untuk ambil booster shot.”
Senang cerita vaksin ni berguna nak lindungi bayi/kanak2/budak2 yang immunity mereka tak sekuat org dewasa. in certain cases beneficial utk org dewasa/warga emas (macam yg ada penyakit kegagalan/kurang imun).
tah. maslahah ummah xnak pikir.
Aah kan..Aznan Hamim betul tu..sampai skg xpna kua nama2 doc yg kata x vaxccine tu bgus or digalakkan x vaxccine..mcm dorg je ada sedara kje spital..kita xde..kenapa sedara kita soh vaxccine n sedara dy yg kje spital kata xyah? Pening sey..
Jap yg dok bangkang vaksin ni.. Korg tau tak yg Ilmuan Islam yg pertama cipta vaksin. Tokoh Islam dedulu dok laa perah otak nak cipta vaksin utk masyarakat. Tapi org Islam laa ni dok anti vaksin buat spekulasi itu ini, cakap agenda yahudi laa bagai. Nampak x cerdik nye kat mana?
https://en.m.wikipedia.org/wiki/Muhammad_ibn_Zakariya_al-Razi
Just curious. pro choice, antivaxx bg apa ye utk imune baby? Kalau dah besar tu saya faham boleh lah bg madu, olive oil, habatusauda, jntan hitam etc etc..for babies what did u give? So if happen your baby kena infection mmg tak dptkan suntikan hospital ke? Mmg fully home remedy? Again im asking out of curiousity.i dont have kid/s yet..
Haha please delete je la comment ni.
Kalo ank awk hantar dkt nursery tolong bg tau ye nursery mn. Sy x nk sama tmpt dgn ank awk tu
Kalau ade anak nnti x di vaksin pehtu terjangkit and meninggal ape awk rasa? Lagi kesian kalau baby yg blum cukup umur utk di vaksin dah terjangkit and baby tu plak anak org lain yg x bersalah… lagi2 lah kesian… tak tau la apa perasaan awk kalau benda ni terjadi…. tak rasa bersalah ke?
Maaf saya terpaksa menulis n biarkan orang membaca seketika mesej ni.. dan saya akan padamkannya kemudian..
Saya kasihankan orang2 dalam ni y dari tadi menabur fitnah dan bercakap bukan kepada saya.. saya sedikit tidak terkesan dengan perbincangan ni.. cuma saya sangat kasihankan kalian d bulan puasa ni..
Bacalah dari awal saya reply mesej ni.. kami sekeluarga ada vaksin, saya cuma menghormati pandangan mereka y menolak vaksin.. tahap hormat saya ialah xberlaku kasar dan xmenolak mereka terang2an, saya terima dengan baik y mungkin mereka ada pilihan n pandangan terbaik mereka sendiri..
Kalau anak saya kena apa saya akan buat? Sudah semestinya saya akan bawa kepada doktor sebab saya xpernah menolak perubatan..
Mereka mungkin ada cara mereka mencegah sendiri.. saya bukanlah antivaxx dan saya tak tahu cara hidup mereka..
Saya maafkan tuduhan n fikiran bukan2 kalian..
Tapi pendapat awk tu hentam mereka yg marah dgn anti vaxx dgn fakta sprt madu jg penawar. Awk juga mengatakan vacc bkn penyelesain kpd pnykt berjangkit (Pemahamanya usaha mencegah dgn vaksin dan tawakkal kpd allah)
Kalo awak hormat pandangan pro vaksin, awk x ptt pun ckp mcm tu.
Nur Shafinaz, tiada org yg tuduh awk bkn2. Sy x nmpak pn komen menuduh awk. Kebanyakan lbh kepada penerangan dan ditujukn kpd antivax. Oleh itu, tiada ape yg perlu awk maafkn. Kalau awk blh empathy dgn antivax, sy rs awk pn boleh empathy dgn prochoice. Sekian.
Zodinho Pernambucano..kenapa awak xnak hantar sama tempat dengan saya? sebab menyokong? @ salah faham saya anti vaxx?
Tak menghentam sesiapa langsung.. saya menyatakan salah jika menghentam n terlampau taksub.. bercakap elok2 kan lebih elok.. itu y saya sampaikan, jelas
Ayat ni pn xleh blah..nak kena hentam gk ni..
Ni la org kata penunggang agama.. Wal’iyazubillah. Ada agama, tapi taktahu maqasid syariah. Kesian anak tak bersalah jadi mangsa dapat parents ‘cerdik’ gitu. Cendekiawan islam dulu iman mantap, tak kejar akhirat saja, ilmu dunia pun kejar, balanced and tiptop hidup. Tu islam boleh berkembang maju. Tp bila kat golongan camni. Ntah la.. Tolak hal dunia bulat-bulat. Eh tak payah bernafas la gitu. Nyusahkan masyarakat moga Allah beri hidayah n ampunkan kita.
Jahil.
Konon buat pilihan betul. Entah apa² lah hujah dangkal. Tiba² cakap pasal madu lah, habbatussauda lah. Takkanlah luka kemalangan kau nak apply madu pula.
Padu bro. Hahhaha. Esok2 eksiden muka koyak rabak takpayah call ambulans xyah hantar hospital. Calit je madu kat tempat luka. Then tabur habbatussauda tiga genggam. Tengok boleh sembuh ke tak.
Wallahi. Bukan nak permainkan agama. Tapi setiap perkara tu, haruslah adil dan kena pada tempatnya.
Literalis dalam memahami nas agama.
takutnya manusia akan kematian sampai berputus saudara…
Sedihkan… Semua nak berpuak2…
salah tu. bukan takut pd kematian.
Xfaham knp org bley terpedaya smpai bley jd anti vaksin.
Sbb x berguru
Simple
Sheikh Dr Google al Wikipedia
Diorang kata isi kandungan vaksin tu bahaya..
Dengar je vaksin mengandungi virus yg dicacatkan terus menggelabah. Sebab takde ilmu.
Pastu lagi satu, diorang kata vaksin ni konspirasi yahudi. Haha
Semua ni ciptaan yahudi, pengaruh rockfeller, kosnpirasi najib, nak bgi rosmah kaya..apa entah
Sbb x belajar betul2 biology time form 5. Kalau x amik pun subjek sains tak reti nak rujuk buku. Budaya membaca buku tu tak ada.
Ahmad Husaini
Baru bincang isu ni ngn lecturer..boleh kongsi tak alternative ways yg para anti-vaxx buat utk anak2 mereka? Lebih2 lagi utk baby.i mean kalau budak besar tu kita dah boleh la nk bg madu ke jintan hitam ke dan lain2.kalau baby mcmana? Maaf bertanya saya mmg curious nk tahu.im not judging.just wanted to know.
Kalau rajin baca dekat page MKT ataupun fb prochoice banyak tekankan pemakanan sunnah. Ada jugak yang guna calrsberg utk ubat demam kuning baby. Ada yang tekankan susu ibu sahaja dah cukup takpayah vaccine dan macam macam lagi. Kreatif.
*carlsberg
Ic…lg dasat pakai carlsberg huhuhu baru visit page diatas..mmg extreme ye..huhuhuhu doa anak2 org lain mati..huhu..
Tktau la nk kata…isu anti vaksin plk dh. Ingatkn anti najib je. Hmm
Errkk kenapa kena cakap ada sedara yg ada purdah janggut? So golongan kitorg ni semua ni tolak kemodenan ke?
Jangan nak pukul sama rata.
Dan jangan pukul sama rata org tolak vaksin. Ada yg delay vax shj sbb anak beri reaksi pd vax dos pertama.
Tak dapat point ukhti ni..
Kesian noh doktor2 dkt malaysia. Bila bg ubat dikatanya agenda yahudi. Rockeffeller lah apa lah. Bila pantang sikit nampak takda kerja. Dikatanya makan gaji buta. Belajaq susah payah 5-6 tahun. Dpt kerja lagi on call tak kira masa lg. Tinggal family. Niat nak selamatkan nyawa manusia. Tapi tulah. Ramai org dh graduate MBBS from Google and Wikipedia University
Ntahnye..padahal manusia pertama yg cipta vaksin/perubatan pon org Islam sendiri kot. Dia dok laa membangkang keras2nya..dok tuduh agenda yahudi laa bagai..
https://en.m.wikipedia.org/wiki/Muhammad_ibn_Zakariya_al-Razi
Tp kalo nk tau sumber diorng pun semua yahudi gak wehh copy paste tl sudah2?
Anak saya full vacc tp ade anemia and antibodi lemah.
Pls jgn selfish sangat. Anda tak tahu betapa sedih ibu bapa yg cuba protect and cure anak die bile sakit. Sekali masuk hospital bukan sehari dua tp berminggu.
Semoga anak Puan sentiasa sihat dan kuat. Ameen.
Maaf sis saya rasa bkn sebab vax anak you lemah antibodi kalo dah masuk wad selalu mesti doktor akan buat follow up properly sebab ape tk kann tk tau reason.my kids semua vac ade exzema semput tp bila wat follow.up coz alegic seafood dan habuk dan semput since small lagi masuk wad keluar wad since small tp tk pernah terfikir pun pasal vax..really laa
Kita ini, duduk dekat dunia.memang perlu ada berurusan dengan hal dunia.ya, memang betul, urusan nyawa, itu hal Allah.namun, Allah menyuruh hambanya berusaha.letakkan akhirat di depan, kemudian barulah dunia menyusul.gunakan dunia untuk memudahkan urusan akhirat.bukan tinggalkannya.melakukan amalan kebaikan tanpa menghiraukan keperluan dunia, itu namanya hawa nafsu
buat ja polisi anti vacc ni dok dlm 1 pulau x pn tempat terasing geng2 dia ja….kna jangkitan virus biar mreput sesama depa nnti sedar la tu…..macam pulau jerejak dlu tempat tuk org penyakit kusta
Blh x bgtau aku knp org x nk vaksin.. reply pls.. sbb aku tgk isu ni mkin melarat plk
Boleh baca kat komen2.. Mungkin komen yg sokong anti vax ni ada cakap. Penah baca salah satunye sbb agenda yahudi. Tryla visit page yg confessor tu cakap
Antaranya
– vaxx ada babi (dah disangkal)
– agenda yahudi
– penyebab autism (takde scientific base lansung)
– melemahkan antibodi (saya kira mereka tak faham immune system kita. Google je tak cukup. Tanyalah ahlinya.)
– etc. yg sangat mengarut
Kesian la tak bg vaccine.. Isu ni memang hangat..Tp cop. Home school tu bagus. Ada kwn buat home school gak.. Depends ngan family. Anak dia sgt aktif dan dari segi sosial pun ok. Adoila.. Baca komen kt sini pn dah bertekak pasal isu ni.. ><
So this is how natural selection works.
I don’t believe in Darwinism but…
Tak kurang pon “keislaman” tu kalau ikut kemodenan. Boleh x jangan jadi rigid sangat.
Nik Syamin Amira depa duk gduh psai vaksin lakkk..
sakan lani gaduh pasal vaccine alang ooi hehe
Hohoho..
esok mlm kita jumpa kak syamin story
Dh cita pnjang dh ritu.. huhu..
Ni baru punya ni. Kes ada bdk mati tu
Owhh..ok2.
Menyampah aku org antivaxx yg kononnya prochoice ni. Selfish. Konon nak persenda kenapa nak takut kalau anak dah vaksin? Yela sbb anak kau tu lah herd immunity dah kurang dari 95%. Eh tapi yelah anak korang perfect, organic, makan makanan sunnah, sayur2 semua, mestilah anak korang takkan sakit pun kan.
Vaksin adalah salah satu cara mencegah penyakit tetapi megikut kajian ataupun fakta apabila vaksin ini tidak sesuai utk bayi tersebut ia akan mendapat kesan sampingan yang teruk. Tidak mustahillah dinegara luar yg mengamalkan vaksin ini mempunyai mahkamah vaksin utk pertahankan bayi yg mendapat kesan sampingan selepas divaksinkan. Ibu bapa yang tidak mengamalkan vaksin ini utk bayi mereka bukanlah hanya berdiam diri tanpa sebarang inisiatif lain. Ramai juga yg bertanyakan pada yg pakar tetapi akhirnya keputusan boleh dibuat oleh ibu bapa sendiri. Janganlah mengecam mana2 pihak sekalipun. Masing2 menghormati pandangan masing2.
Nurul IzzatyMuhammad Firdaus Yacob
Bila sesuatu urusan diserahkan kepada bukan ahlinya, maka tunggu sahaja kehancuran .
Hal perubatan, jika diserahkan kepada ahli fitan, pakar konspirasi dan pakar teori akhir zaman(konon-konon laa), maka manusia pakat mati dan pakat sengsara akibat ikot cakap ahli fitan(kononnya) .
Doktor pakar pun kagum dgn kehebatan Ibn sina..awat le mereka ni lupe ke nk kaji tamadun Islam kot.. ape kate suh mereka wat research spe yg berjaya temui vaksin pertama di dunia..sob sob sob..sedeynye
Siapaa sisss ibn sina ke
antivaxx ni menyusahkan orang. memalukan agama plak tu. konon zuhud. zuhud pale hotak
Between hospital and school of medicine.
Kalau anak sakit mana-mana bahagian tubuh, kita tidak hantar anak ke sekolah sains atau fakulti perubatan. Kita hantar ke hospital. Mengapa apabila anak kita sakit akhlaq dan pemikiran, kita hantar dia ke sekolah agama dan fakulti pengajian Islam? Ia bukan pusat rawatan dan pemulihan.
Sekolah sains dan fakulti perubatan adalah tempat melahirkan doktor perawat. Sekolah agama dan fakulti pengajian Islam adalah untuk melahirkan ilmuan perawat. Namun fungsi ini terganggu kerana yang ramai adalah pesakit.
Hospital kepada penyakit akhlaq adalah rumah dan keibubapaan. Perbaiki keibubapaan dan rumah, bantu sekolah dan pusat pengajian menjalankan fungsi asalnya.
-MyKhalifahJourney
#mykhalifahjourney #allaboutlearning #nosarcasm #straighttalk #takkenalmakatakcinta
Hidayah Supni tengok lagi pasal purdah dan bla bla sedihnyee. Semua buruk. Kite pakai cmtu pun kita under kkm jugakkk. Kite tahuu laaa. Haihh. Sedihnyee dayahhh
Sabor jelah,????