Salam semua.. aku Alya berumur 34 dan ibu kepada 2 orang anak2 sepasang..
Actually aku sangat sakit hati kat segelintir melayu islam yang pandang rendah kepada golongan mualaf.. ya aku asal beragama hindu dan bekas suami juga agama sama…
Aku selamat mengucap syahadah pada 2/12/2021… lepas bercerai baru aku memeluk agama islam alhamdulilah Allah SWT hadirkan jodoh untukku dan selamat bernikah..
Ujian demi ujian terpaksa aku lalui… masyarakat agama asal memandang rendah dan ejek… kebanyakkan orang melayu islam pon memandang rendah dan kata buat apa masuk islam nak kahwin ke… nak bantuan ke hahaha…
Nak tanya nie saya hanya dapat saguhati memeluk agama islam sekali sahaja… tak pernah terima apa apa bantuan sekalipon dari pihak zakat or kerajaan…
So tak da point kata memeluk agama islam kerana nak duit… nak kata untuk nikah pon tak masuk akal juga sebab bukan masyarakat India tak da golongan lelaki hahaha…
Ingat senang ke tukar cara hidup.. pakaian semua?? Sebelum nie memang pakai seluar short pant… tshirt lengan pendek almost seksi…
Warna rambut pakai cantik2 tiba2 kena pakai tudung tutup rambut tutup aurat semua… payah gila….
Mula2 pakai tudung habis basah kepala semua sampai sakit kepala dan hampir demam sebab tak tahan panas… rambut gugur banyak tau haha…
Sorry la aku hanya memeluk agama islam sebab aku sayang Allah SWT dan aku rasa cukup sedih dan kagum dengar kehidupan Nabi Muhammad… kekasih Allah SWT… tu saja…
Sebab apa dan macam mana aku sayang Allah SWT??
Sebab Allah menolong aku waktu aku memanggilNYA dan meminta pertolongan saat benar2 ketakutan diganggu makhluk halus…
Siapa kata Allah SWT tidak mendengar rintihan makhlukNYA walaupon bukan islam?? ALLAH MAHA PENDENGAR!!
Aku memang minat baca buku tentang islam dan ramai kawan2 islam dari kecil lagi walaupon family tak suka aku berkawan dengan orang islam sebab takut masuk islam.. hahaha masin sungguh mulut family kan…
Dan paling aku happy bila dapat tau arwah ibuku juga dapat hidayah Allah SWT dan hanya kami berdua saja dalam family kami beragama islam…
Please la jangan pandang rendah pada golongan mualaf dan kata akan murtad balik la anti islam la padahal banyak ja orang asal islam dan lahir2 dah islam pon ramai ja murtad…
Ingat keimanan tak boleh diwarisi dari ibubapa kan, hahaha.
– Alya (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit