Untuk part I, (https://iiumc.com/golongan-muallaf/).
Assalamalaikum aku Alya.. Kali nie aku saja share pengalaman diganggu makhluk halus sebelum memeluk agama islam..
Masa tu aku baru saja kehilangan kerja dan telah berpisah dengan bekas suami.. So saja aku minta tolong dekat adik untuk sewa bilik dekat rumah dia..
Kebetulan adik PJJ dengan suami dia so adik pon ajaklah aku tumpang umah dia tak perlu bayar sewa katanya… hahaha rezeki sungguh kan..
Aku pon pack segala barang2 pergi ke rumah adik masa tuu aku tak fikir apa pon cuma nak tumpang dan cari kerja lain saja…
Bila aku sampai sana baru adik bagitau dia tunggu aku untuk bagi kunci rumah dan pergi ke hostel company dia untuk tidur…
Ahhh macam pelik kan ada rumah sewa condominium mewah lengkap swimming pool dan pelbagai kemudahan lain kenapa kena tidur di hostel pulak… dah la sewa pon mahal beribu ringgit..
Adik aku cuma kata duduk situ ja kalau ada kawan2 ajaklah berteman…
First day kat rumah tu aku tak da sebarang aura negative semua biasa2 ja adik pon selalu call tanya keadaan aku semua fine sampailah satu hari aku masih ingat hari ahad…
Haritu saja aku makan nasi kandar berlaukkan daging lembu pastu balik rumah masuk tidur awal…
Selalu telinga disumbat earphone entah macam mana haritu aku tak pakai tidur macam tu jaa… tengah sedap tidur dalam bilik ber-aircond tiba2 dengar ada orang buka gate rumah…
Ahhhh aku macam pelik la kan sebab kunci rumah dan lift scanner hanya aku seorang saja pegang.. Adik aku pon tak boleh naik lift sendiri kena minta tolong security atau aku kena ambil dia kat bawah..
Nak kata suami adik aku pon susah sebab dia kan PJJ jauh lagipon tak kan datang rumah tengah malam2 buta kot…
Aku dengar jelas tapak kaki orang jalan sampailah bunyi tapak kaki tuu berhenti depan bilik aku dan pintu bilik diketuk 2 kali… aku bangun dari katil terus jalan nak buka pintu bilik tiba2 berhenti…
Entah macam mana teringat pesanan orang tua2 jangan buka pintu malam2 buta… aku tunggu depan pintu biar pintu diketuk lagi baru nak buka…
Aku tunggu hampir 5 minit tiada sebarang bunyi di luar bilik… masa tu aku dah mula seram semacam… aku patah balik tidur cuba fikir positif tiada apa2 mungkin perasaan aku saja kot..
Lepas tuu baru mula gangguan demi gangguan setiap hari… aku ketakutan setiap saat… aku pernah berasa ada orang perhatikan setiap gera geriku dalam segenap ruang…
Allahu seram semacam… sampai nak kencing berak dalam toilet pon takut kalau tiba2 benda tu muncul depan mata kalau macam mana hahaha..
Yang paling seram part aku berdiri dekat balcony menikmati pandangan luar… rumah adik aku kat tingkat 23 tau macam best ja duduk balcony layan2 angin..
Tiba2 aku macam dengar suara lelaki suruh aku terjun dari balcony… aku balas balik dalam hati buat apa aku nak terjun dah hidup elok2.. Suara tu dengar lagi suruh terjun juga hidup susah buat apa lebih baik mati…
Allahuakbar ahhh masa tuu aku macam baru tersedar tengok matahari turun dan masa hampir maghrib….
Aku cepat2 kunci pintu turun bawah dan duduk dekat garden.. Memang garden tu dah jadi macam rumah kedua aku sebab setiap malam aku tidur kat garden…
Aku terlalu takut naik ke rumah tak kira hari siang pon sebab terlalu gementar takut..
Berat badan aku susut… tak cukup makan tak cukup tidur… bila naik ke rumah terasa macam rumah berbau semacam… macam bau darah… macam bau period… aduiuu macam mana tiba2 bau pelik2….
Aku semakin takut sampai tak kenal yang mana manusia betul yang mana hantu… you all boleh rasa ke macam mana feelings aku time tuu hahahha neraka dunia wey….
Sampai la aku jumpa seorang lelaki kenalan adik yang merupakan ustaz… ustaz tu dengar semua cerita dengan sangat teliti.. Barulah aku tau adik aku pon biasa kena gangguan macam2..
Pernah juga adik cerita kat aku dulu tapi aku tak ambil kisah sangat.. Masa tuu batang hidung sendiri tak kena biasalah ingat cerita rekaan rupa-rupanya allahu benar belaka..
Ustaz tersebut suruh aku keluar rumah serta merta kerana keadaan semakin teruk.. Aku ingat lagi ustaz kata kalau la aku buka hijab aku memang akan lari lintang pukang tinggalkan semua benda…
Hahaha memang aku lari macam tu pon sebab bila balik rumah itu untuk ambil baju2 aku pintu rumah kayu punyalah berat tutup dengan amat kuat sekali…
Angin apa pon tak da semua tingkap tutup macam mana pintu rumah boleh tutup sendiri… allahuakbar…
Aku jadi terlalu tertekan kerana tiada kerja.. Tiada rumah.. Tiada duit kena pulak gangguan demi gangguan…
Dalam hidup aku itulah kali pertama aku menjerit di tengah jalan sambil nangis… aku jerit panggil Yaa Allah boleh ke tolong aku… aku tak kenal Allah sapa…
Aku tak tau macam mana nak sembayang.. Aku takut sangat trauma…boleh tak tolong aku takut mati bunuh diri… tapi keadaan seakan memaksa aku untuk bunuh diri… ketakutan yang maha dasyat kerana syaitan…
Alhamdulilah Allah SWT tolong aku cuba keluar dari gangguan dan trauma nie walaupon ambil masa panjang sekitar 4 tahun… dalam tempoh itu aku tak boleh tidur sendirian…
Lampu rumah harus dibuka setiap masa walaupon siang hari.. Kerap jatuh sakit sebab benda tuu cuba masuk ke badan…
Tapi syukur Alhamdulilah sekarang aku dah pulih sepenuhnya… tidur seorang dengan keadaan gelap pon aku tak hairan dah….
Tinggal seseorang pon aku tak takut sebab sekarang aku hanya takut kepada tuhan yang Maha Esa Allah SWT.. sesungguhnya Allah Maha Penjaga..
– Alya (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit