Guangzhou

Guangzhou

Assalamualaikum readers. Saje nak share pengalaman yg baru sehari kat Guangzhou, China. Mane tau boleh tambah2 sikit pengetahuan pembaca tentang Guangzhou.

Melihat negara orang, akan datang rasa syukurnya kite menetap di Malaysia. Kat Guangzhou, serba serbi nampak maju tapi kebajikan rakyat tidak dijaga. Bangunan & gadget, kebanyakannya canggih2 tapi rakyat masih kelihatan kurang kemampuan. Di tengah2 bandar Guangzhou, masih terdapat rumah2 yg begitu usang.

Kat sini banyak teksi & prebet sapu. Jika perjalanan dari rumah ke senai airport hanya memakan kos kurang dari RM50, tapi di sini akan di caj 250-350rnb bersamaan plus minus RM150-220. Jauh beza harga dgn jarak yg sama. Jika nak murah, kene naik subway. Tp memandangkan keadaan tak mengizinkan dgn anak2 kecik, jadi kami naik teksi je lah.

Bila kite ade anak lebih daripada dua org, semua mata akan tertarik, teruja & memerhati. Kat sini, dasar undang2 nya hanya boleh memiliki dua org anak sahaja bagi sepasang suami isteri. Itupon sebelum tahun 2015, satu keluarga hanya terhad seorang anak sahaja. Jika lebih, bermacam jenis cukai akan dikenakan berlipat kali ganda. Di negara kita, anak 20 ke 100 ke, kerajaan akan cuba membantu dgn bermacam2 cara.

Kedai makanan halal susah nak jumpa. Kalau ade, die akan tulis halal dalam bahasa jawi. Kos makanan halal di sini boleh dikatakan 3-4 kali ganda berbanding di Malaysia. Ini kerana sumber bahan mentah yg halal agak mahal berbanding dgn sumber bahan mentah bukan halal.

Telur dadar sahaja harganya mencecah 28rnb berbanding di Malaysia yg hanya RM2-3. Tapi telur dadar die version lain yg sedap. Hihihiiii. Chicken wings di Malaysia paling mahal seketul dalam RM3 tp kat sini, chicken wings berlada 3 ketul berharga 40rnb bersamaan RM25. Lombok adalah nama salah satu kedai makanan halal kat Beijing Lui, Guangzhou.

Kami menetap di Guangyong Lido Hotel memandangkan ramai rakyat Malaysia yg cadangkan supaya bermalam di hotel ni. Kebanyakan hotel tidak terjamin kebersihannya. Hotel Lido antara hotel yg bersih dan selesa. Lido hotel terletak di tengah2 tempat shopping. Jadi boleh pergi shopping dengan hanya berjalan kaki. Oh ya, jika hotel2 di Malaysia serbuk air 3 in 1 diberi secara percuma tapi tidak di sini.

Harga untuk 1 paket 3 in 1 adalah 3.50rnb. Jadi perhatikan dulu nota yg diberi sebelum terus minum ye! Kang tak memasal terkejut kene bayar lebih bila check out nanti. Hotel kat Malaysia ade hotel yg minta deposit, ada juga yg tak perlukan deposit. Kat Lido Hotel, satu malam akan dikenakan deposit 100rnb, jadi kalau 3 malam kene bayar deposit sebanyak 300rnb.

Jadi duit rnb kene bawak lebih memandangkan kos makan, teksi & hotel agak mahal. Kalau di Mekah, duit riyal habis, kite boleh withdraw di atm Ar-Rajhi Bank tapi kene active kan e-commerce dulu sebelum bertolak dari Malaysia. Tapi kan sini tak boleh walaupun kite dah ade Bank of China kat Malaysia & dah aktifkan e-commerce. Tapi kalau pergi negara org, perlu bwk duit negara tersebut lebih sikit memandangkan ade negara yg susah nak jumpe money changer & nilai pertukaran jauh beza dgn Malaysia.

Suhu skrg antara 14-17°c. Dalam bilik hotel pon masih pakai wintercoat even dah tutup ekon. Sejuk die menusuk di kalbu. Baju perlu pakai 2-3 helai kat dalam wintercoat. Kalau tahan sejuk pakai selapis pon ok. Tp maklumlah, badan ni dah biasa kene bahang matahari kat Malaysia jadi tak boleh tahan sejuk. Itupon ade je org sini yg masih pakai skirt pendek. Kulit die mcm beruang kutub barangkali.

Perkara lain yg kene alert, toilet kat sini tak dok paip weiiiiii. Kalau masuk public toilet, mohon bawak botol air ye. Jgn pulak duk lap pakai tisu je. Tp kalau terdesak, jalankan aje. Hahahahahaha. Kalau dah pakai tisu, jgn duk cerita kat org pulak. Sampai mati kene jadi bahan tak sudah2. Botol air kene sentiasa standby ke mana2. Kat dalam bilik hotel pon tak dok paip. Pandai2 lah tadah air guna cawan ke botol ke utk cebok.

Kebanyakan shopping mall kat sini contohnya Baiyun World Leather akan tutup pukul 6ptg memandangkan Maghrib kat sini pukul 5ptg. Subuh waktu syuruk pukul 7pagi. Maknanya, matahari terbit lambat tapi tenggelam awal. Seronok kalau puasa kat sini sebab waktu siang pendek. Waktu malam die panjang.

Kalau jumpe rakyat Malaysia kat sini, rajin2 lah buat ramah mesra mcm dah lama kenal. Nanti boleh tanya kedai makan makan mana yg halal & kedai mana yg jual barang2 murah. Sebab kebanyakan yg datang sini adalah seller2 dari Malaysia yg bertujuan bussines trip. Guangzhou terkenal dgn pembelian secara borong yg murah bagi seller2 kat Malaysia.

Done cerita serba sikit selama sehari kat sini. Ade lagi 2 hari utk teroka bandar Guangzhou ni. Assalamualaikum semua.

– Nor

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit