Guru Tadika

Terima kasih admin post confession aku ni.
Terima kasih yang membaca.
Dan berilah pendapat korang. Aku terima.

Aku 25 tahun, lepasan Diploma Pendidikan Prasekolah.
Aku tamat praktikal bulan 3, 2013..
Lepas tu, aku kerja guru ganti selama 6 bulan di sekolah rendah.

Bila dah habis kontrak guru ganti, aku cari kerja tetap. Alhamdulillah, aku dapat kerja di tadika berhampiran rumah aku. Mula kerja Disember 2013. Gaji ditawarkan RM600 + RM200 elaun.
Tapi aku rasa skop tugasan melebihi waktu bekerja.

Tadika ni sangat bagus, barang-barang kegunaan guru semua disediakan seperti printer, fotostat, krayon, water colour.
Syaratnya, setiap kali kelas berlangsung mesti ada bahan mengajar. Setiap minggu hari jumaat, hantar bahan mengajar yang kau dah buat dekat office, dapatlaa elaun. Kalau tak, potong RM50.

Masalah utama aku adalah masa.
Aku mengajar sesi pagi dan petang.
Solat, makan terkejar-kejar.
Pukul 12 habis sesi pagi, 12.30 start sesi petang.
Sebabnya kelas aku takda pembantu.
Pembantu yang sepatutnya mengajar dengan aku kena jaga murid yang stay sampai petang.
So dia kena settlekan murid tu dulu.
Murid dah tidur baru dia mengajar, masa tu lah aku solat dan makan.

Rancangan mengajar dan bahan bantu kena buat sendiri, aku okay.
Tapi aku tak cukup masa.
Kerja 7 am – 7 pm.
Aku balik aku tidur, pukul 1 am aku bangun buat segala bahan mengajar.
Pukul 6.30 am aku daa kena jalan kaki ke tadika.
Sabtu ahad pun sibuk dengan kerja tadika.
Adik aku panggil aku zombie.

Bila daa 3 bulan kerja, macam-macam isu keluar. Ramai cikgu tak puas hati pasal beban kerja.
Cikgu dah mula kena cuci pinggan, hidang makanan, mandikan murid.
Actually, kalau kami diberitahu awal maybe kami boleh faham tapi bila dipaksa rasa tak adil dan rasa ditipu.
Bos pula cakap putar belit.
Ramai decide nak berhenti.
Dan aku yang paling last berhenti, sebelum tu bos aku tanya apa benda yang aku nak untuk teruskan kerja dengan dia.
Dia tawarkan gaji tinggi kat aku.

Aku fikir masak-masak. Aku tak boleh.
Walaupun gaji tinggi tapi kalau masa dan bebanan kerja melampau, aku tak yakin aku mampu buat tugas aku dengan baik.

Aku ambil keputusan berhenti tanpa notis, Mac 2014. Bos aku fight kes aku dekat Pejabat Buruh.
Terpaksa laa bayar RM300+. Takpe, salah sendiri. Tinggalkan tanggungjawab macam tu je.

Then, aku tanam anggur dekat 2 bulan juga. Menyesal lerr. Susah nak cari kerja baru.

Alhamdulillah, Mei 2014 kawan aku carikan kerja. Gaji RM1000, kerja 7 am – 7 pm. Tak nak menganggur punya pasal, aku terima.

Dekat tempat baru, aku mengajar pagi sahaja. Pukul 12.30 – 3.00, murid tidur. Cikgu boleh rehat gilir-gilir.
Takda terkejar-kejar macam sebelum ni.

Cuma… haha mesti ada yang kata aku cari keburukan lagi.

Tadika ni tak sediakan bahan apa-apa. Printer dan mesin laminate pun tak ada.
Yang basic cam kertas A4, kertas warna pun kena minta.
Isnin kau minta, ahad tahun depan pun maybe tak dapat. Tapi bos nak aktiviti dan bahan mengajar yang menarik, tip top A+.

So, end up keluar duit sendiri. Awal-awal boleh lagi. Lama-lama bila dah ganggu komitmen, susah juga. Better aku bagi separuh gaji aku siap-siap untuk tadika. Bos duk kata guna OT yang dibayar parents. Parents pula bayar tak tetap waktu.
Kadang ada OT kadang takda.
Duk suruh guna bahan terbuang seperti kotak, tin, botol. Cuma aku nak tanya, nak warna tu guna air laut kah ?

Walaupun aku mengajar pagi je. Petang still kerja, ada extra class tapi tak pack cam pagi.
Pukul 3 pm bangun, murid akan mandi, makan, buat extra class dan reading session. Then tunggu mak ayah ambil sampai pukul 7 pm.
Malam nak kena prepare bahan mengajar untuk esok.

Tadika aku ni tak ada tukang masak dan cleaner. Cer teka siapa kena buat. Of course, cikgu.

Secara jujurnya, penat.
Dan effect performance kerja aku dan cikgu yang lain.

Bayangkan, pagi-pagi cikgu masak. Pastu 8 am – 12 pm, mengajar.
12 pm, cikgu hidang makanan untuk lunch, habis makan cuci pinggan.
12.30 pm – 3 pm, afternoon nap.
3 pm – 6.30 pm, mandi makan petang extra class reading session.
6.38 pm, mengemas, mop dan sapu, cuci bilik air, buang sampah.

Aku rasa aku bukan guru tadika, tapi surirumah. Skop tugasan aku lebih kepada menjaga.

Untuk 2017, kerajaan dah gubal kurikulum tadika ni, lebihkan aktiviti ‘hands-on’ jangan duk guna buku jaa. Bagi murid jadi kreatif. KBAT. So perlukan bahan-bahan mengajar yang kreatif juga.
Aku setuju.

Tapi.. ini yang aku nak tanya pendapat korang.
Kalau tugas cikgu bukan sekadar mengajar, ada ke masa untuk cikgu buat bahan mengajar yang bagus dan menarik?

Aku selalu cuba cari idea aktiviti menarik tapi aku tak cukup duit nak beli bahan dan tak cukup masa nak buat. Dalam ekonomi yang sangatttt BAGUIH ni, semua orang kerja cari duit.
Dah lah kena buat dua kerja nak tampung kos hidup.

Aku rasa hal ni ada kaitan dengan masalah akhlak remaja zaman laa ni.
Melentur buluh biar dari rebungnya.
Kalau dari tadika, cikgu tak dapat nak didik dan disiplinkan murid. Macamana bila masuk sekolah rendah ? Cikgu sekolah rendah/menengah pun kerja dah bertimbun.
Bukan mengajar je.

Aku nampak masalah ni dari staf aku sendiri.
Diaorang penat, kerja tak pernah habis.
Diaorang jadi malas nak buat bahan mengajar bila bahan tak ada, masa tak ada. Pembelajaran jadi tak menarik, murid tak minat belajar. Akhirnya murid tak capai pun objektif kurikulum.

Aku pun selalu tidur tak cukup sebab nak prepare bahan mengajar. Pastu, kawan nurse aku cakap ada pesakit dia meninggal dunia sebab kurang tidur. Aku gerun laa kejap. Tapi demi tugas dan tanggungjawab.

Aku jadi takut mikior apa akan jadi kelak.
Adakah tadika taska ni hanya nak untung tanpa memikirkan kualiti murid.
Guru-guru jadi malas nak ambil peduli pasal murid. Sebab kesahkan tugas sampingan.

Aku cuma harap ramai lagi owner tadika ikut piawaian kerajaan untuk buka tadika.
Sediakan pembantu, waktu mengajar.
Kalau nak buat penjagaan petang atas permintaan ibubapa, sila ambil staf lain.
Jangan laa semua cikgu. Stress aku.

Inshaa Allah, murid yang akan dilahirkan murid yang berkualiti.

Doakan aku dapat buka tadika sendiri. Aku daa tiga tahun dekat tadika ni. Sekarang cari pengalaman lagi dan nak saving..

Bukan takut cari peluang baru, tapi aku nak tebus kesilapan aku dulu. Lari dari tanggungjawab.

Maaf atas confession yang PANJANG amat ni..
Thanks untuk masa you all.

Sayang semua.. *kiss*

Ticer concern.

– SSR

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit