Hadiah Buat Suami

Terima kasih admin jika confession ini disiarkan. Semoga apa yg bakal ditulis mana yg baik dapatlah dijadikan teladan.

Aku brkeputusan menulis ini setelah membaca kisah antara cinta dan nafsu part I and II dan juga confession seorg lelaki yg juga telah trlanjur dgn teman wanitanya namun tanpa rasa brsalah mudah pula wanita itu beralih kasih.

Hati aku rasa kesal. Betapa zina skrg seperti bkn satu kesalahan. Kawan-kawan pun turut sama seolah-olah support sahaja perbuatan trsebut. Kalau selepas brzina kemudian brtaubat itu tak mengapalah. Yg aku tak faham, sudahlah berzina, tak menyesal dan tanpa malu boleh sesuka hati putus dan berpacaran pula dgn org lain. Tak terasa diri tu tak layak ke? Maaf. Aku bkn nak hukum org yg dah trlanjur. Cuma kesal kerana harga diri sekarang sudah trlalu murah.

Aku juga pernah muda. Pernah ada rasa yg brgelora dan menyayangi seseorang. Aku bknlah lahir daripada keluarga yang terlalu beragama. Ibu bapa aku solat dan berpuasa. Tapi tak pernah lsg mengajar aku dan adik beradik aku brsolat. Memang selama aku hidup mak aku tak pernah tanya ‘dah solat atau belum’ . Bayangkan umur aku 12 tahun, bacaan duduk diantara dua sujud pun aku tak tahu! Abang dan kakak aku buat hal sendiri. Pendek kata, kalau aku nak jadi budak liar mmg peluang itu trbentang luas setiap masa. Aku pulak mmg duduk di bandar. Tapi entah kenapa hati aku tak terdorong nak buat perkara-perkara salah. Automatik benda yg kita tahu dosa dan tak elok buat apa nak buat. Biarpun ibu bapa tak pernah bertanya, kita ada akal boleh fikir kan? Dan setelah aku masuk sekolah menengah dan aqil baliqh, aku mula cari buku panduan solat, belajar dan mnghafal. Aku struggle sorang-sorang. Alhamdullilah. Aku dah mula brsolat biarpun kadang2 on off dan ada lompang-lompang

Habis PMR aku dapat results yg baik dan masuk sebuah sekolah berasrama. Aku semakin brsyukur dan solat makin trjaga. Sampai bila balik cuti atau keluar jalan2 dgn family pun aku dulukan solat. Kat asrama ini jugalah bermula detik aku crushed dgn someone. Kita namakan dia Zaidi. Aku trtarik dgn dia bkn sbb dia hensem. Dia memang kurang dari segi rupa paras berbanding mereka2 yg pernah berkirim salam dgn aku. Yg buat aku trsuka adalah masa tu ada perlantikan AJK dan dia adalah ketua AJK surau sekolah kami. Profile dia sbg ketua AJK surau tu lah yg memikat hati. Setiap hari aku kunci jam sblm masuk waktu Subuh semata2 nak dgr dia azan. Sungguh!

Lama gaklah aku simpan perasaan itu. Yg tahu cuma kawan yg tidur sebelah katil. Itupun sbb dia perasan aku selalu tulis diari. Yes. Setiapkali aku terserempak dgn dia kat mana-mana tempat di sekolah, aku akan tulis dlm diary. Setiapkali dgr dia azan aku akan tulis diary. Sampailah seminggu sblm SPM aku confess melalui surat. Tak sangka pula dia setuju untuk mengenali aku dan lps saja SPM dia bagi aku no.telefon rumah dia.

Long story short, kami sambung belajar di negeri brbeza. Selama 6 semester mmg tak pernah berjumpa. Hanya sms dan e-mail. Bayangkanlah betapa setianya aku. Sbb aku rasa dia saja yg aku nmpk sbg calon suami. After grad rezeki aku dpt kerja yg baik di sebuah syarikat swasta dan Zaidi pula lebih baik dapat offer di sebuah jabatan berkanun. Tiga bulan lps berkerja baru kami decided berjumpa. Aku tgk Zaidi berbeza daripada zaman sekolah. Dulu dia cengkung saja dan masa berjumpa itu dah brbadan tegap. Aku pula makin cerahlah sikit. Maklum dah kerja pandailah nak cantikkan diri .

Lepas pertemuan itu, Zaidi memang jatuh hati habis pada aku. Dia cakap memang dah jadi sgt angau. Nak tidur, bangun tidur selalu teringat kat aku. Tapi brbeza pula dgn aku. Aku tak kisah pun kalau tak berjumpa. Biarpun aku dah menunggu saat ini cukup lama. Namun sebab tempat tinggal kami taklah jauh sgt, maka kami kerap berjumpa. Kadang-kadang Zaidi yg jemput aku balik kerja. Kami juga dah jumpa family masing-masing dan plan nak bertunang hujung tahun tersebut.

Ujian besar buat lelaki. Nafsunya satu. Wanita pula pantang dirayu. Benar. Biarpun Zaidi seorg yg sgt mnjaga solat, akhirnya dia tak dapat tahan diri drpd memegang tgn aku dan inilah permulaan silap aku. Aku biarkan. Lama-lama Zaidi makin berani. Masuk kereta dah mula raba-raba peha aku. Aku cakap aku tak selesa. Aku tepis. Tapi Zaidi cakap ‘ala, saya nak gosok2 jer’ dan teruskan perbuatan dia. Bila aku tak membantah lain hari pula dia makin berani peluk pinggang aku. Serius aku trkejut dan hati aku makin tawar. Aku terus terang tak selesa tapi Zaidi cakap ‘jgn risau, saya takkan melampau batas’ then aku biarkan. Bagi peluang. Fikir yg family dia dah pun dtg merisik dan hari pertunangan dah ditetapkan. Nafsu lelaki, lama-lama Zaidi makin berani cuba nak pegang bahagian dada aku. Aku cepat2 tepis. Zaidi pujuk dan cakap ‘bagilah saya pegang sikit awak, sekejap jer’ . Tapi kali ini aku betul2 hilang sabar. Aku menangis. Aku sangat kecewa. Sampai hati dia tak jaga maruah aku. Org yg dia cakap nak jadikan isteri. Time2 tu jugak aku suruh dia hantar aku balik .

Dalam 2 minggu mcm tu aku ignore call dan sms dia. Dan dlm masa itu Zaidi cuba macam2 cara untuk pujuk aku. Termasuklah datang ke tempat kerja aku untuk lunch bersama. Aku sgt brsyukur kerana tak menyerahkan rasa syg pd dia sepenuhnya. Biarpun dia lah insan yg aku harapkan mnjadi suami dan ayah anak2 aku, yg aku tunggu dia selama bertahun2, syukur sgt aku ada kekuatan utk tak rasa seronok utk terus melakukan perkara salah dan yg lebih salah.

Akhirnya aku maafkan dia. Mengambil kira yg mungkin sekali itu dia terturutkan nafsu dan dia janji tidak akan ulang lagi. Tapi dua bln jer guys. Lepas tu mula perangai mcm tu balik. Bila sms suka sgtlah cerita ttg malam pertama, tak sabar nak kiss bibirlah, malah minta aku send pic bkn2 dgn alasan aku akan jd milik dia juga. Tapi aku ttp tegas takkan buat apa2 selagi aku blm halal utk dia. bila aku alih topik dan bagi amaran utk stopkan ckp perkara2 begitu sbb aku tak suka Zaidi pula jawab perkara inilah yg paling seronok utk dibualkan pada masa skrg. Lama2 aku fed up. Aku berdoa pd Allah kalau perhubungan kami tidak mampu manjadikan kami insan yg lebih baik maka jauhkanlah dia. Perasaan aku pd dia mula tawar setawarnya. Aku lambat reply sms, aku dah tak bergurau senda dan cuma cakap sepatah2 saja bila brbual. Akhirnya, aku pulangkan cincin merisik. Jgn cakap aku tak sedih. Sedihlah teramat. Tp perasaan aku lebih kecewa mengenangkan dia bknlah lelaki yg aku sangkakan selama ini. Zaidi minta cepatkan pernikahan kami. Majlis pertunangan tukar kpd pernikahan. Tapi hati aku dah terlalu tawar. Aku hilang rasa hormat pada dia kerana dia sendiri terlebih dahulu sudah tidak mnghormati maruah aku. Untuk apa pernikahan yg hanya semata utk mengelakkan zina, krn tanggungjawab utk survive dlm perkahwinan itu lebih sukar drpd mengelakkan zina. Aku bkn nak berkahwin semata-mata nak menikmati seks halal. Bkn itu tujuan utama aku.

Lepas tu aku agak fobia dgn lelaki. Takut sangat benda sama yg jadi. Beberapa bulan lepas itu aku knl dgn Haziq. Kami mmg selalu brcakap di telefon bila printer kat office rosak, minta syarikat yg kami sewa printer utk dtg service. Biasanya technician dia yg dtg tp hari itu dia yg dtg sendiri. Start tu lah kami makin rapat. Lama-lama dia minta utk kenal aku lebih dalam. Aku terus terang ckp aku tak mahu layanan istimewa seorang kekasih. Dia tak perlu memanjakan aku dan aku juga akan macam tu. Cukup sekadar kita kenal hati budi masing-masing dan saling mengambil berat dah cukup. Alhamdullilah dgn dia aku serasi. Pegangan agama dia pun ok even dr luaran tak nmpk sgt. Kami banyak berbual tentang kerja, filem, muzik dan pets. Tak ada bercerita ttg hati perasaan kecuali rancangan masa dpn bersama. Cukup setahun kami pun selamat bernikah.

Dan guys, sepanjang penceritaan ini, perkara ini yg aku nak tekankan. Bagaimana indahnya dapat menghadiahkan sesuatu yg paling berharga dlm diri seorang isteri pd malam prkahwinan buat seorg suami. Malam perkahwinan barulah aku tukar panggilan drpd ‘awak’ kepada ‘sayang’. Haziq ckp pertama kali dgr aku panggil dia sayang bergetar macam nak gugur jantung dia. Kemudian aku terus terang kenapa selama kami brkawan aku tunjuk sisi aku yg tegas. Sbb kenangan silam aku brsama Zaidi. Menangis suami aku bila mendengar. Masih aku ingat lagi dlm tangisan dia peluk aku dan berterima kasih kerana aku jaga diri aku untuk dia. Untuk memberikan hak istimewa itu pada dia. Yg sudah menjadi suami aku. Setelah sah menjadi isteri barulah aku tunjuk sisi diri aku yg manja. Yg dia tak pernah tahu pun selama ini. Haziq kata dia macam jatuh hati kali kedua pada aku namun kali ini jatuh hati sebagai isteri yg sudah tak dibatasi syariat.

Jadi kat sini pd perempuan2 di luar sana yg berhajat hujung minggu ini nak check in dgn boy friend, fikirkanlah semula. Beristighfarlah. Pd lelaki2 yg berhajat nak check in dgn girlfriend pun, fikirkanlah semula. Istighfarlah. Fikirlah even kamu berhajat utk memperisterikan wanita yg telah kamu tiduri itu, dimanakah nanti keberkatan dan kemanisan dlm rumahtangga kamu.Adakah nanti bila dah berumahtangga, kamu mahu anak perempuan kamu diperlakukan seperti itu? Di ‘test drive’ dulu sblm dikahwini?

Dan kpd wanita, dara itu hanya sekali. Menghadiahkannya kepada insan yg bergelar suami, perasaan bangga itu hanya Allah sahaja yg tahu. Kalau mahu tahu bagaimana rasanya perasaan itu, jagalah diri kamu sebaiknya. Pd yg sudah terlanjur dah bertaubat kemudian menemui seseorg yg sudi memperisterikan kamu, cuba tanya diri masing-masing, biarpun pasangan kamu menerima seadanya, tentu ada sedikit rasa kesal bukan kerana tidak dapat menghadiahkan sesuatu yg sepatutnya menjadi hak seseorg yg mengambil kamu dgn cara hormat, lengkap mahar dan akad. Namun yg berlalu biarkan berlalu. Didiklah zuriat kamu sebaiknya agar tidak mengulangi dosa lampau kamu.

– Mrs Hafiz

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit