Hadiah di Akhir Ramadhan

Assalammualaikum dan salam sejahtera untuk pembaca IIUM,

Aku gelarkan diri aku kak A, berusia 25 tahun dan berasal dari negeri Selangor. Tapi sebelum tu, aku dah grad hampir setahun dari Universiti di Selatan tanah air di U*M. Aku harap kisah yang bakal aku kongsi ini boleh memberi motivasi dekat fresh graduate yg baru habis belajar dan kepada mereka yang sedang mencari kerja.

So, aku mulakan dengan zaman aku di U. Aku boleh dikatakan seorang pelajar yang aktif join semua program-program kolej ni dan pernah memegang jawatan dekat kolej tersebut. Aku ingat lagi, sebelum aku grad, aku rasa nak cari kerja ni senang. Aku siap cakap dekat sorang lecturer nie yang aku tak nak menganggur lama-lama. Paling lama pon 3 bulan je. Pastu aku nak kerja tetap. Poyo gila masa tuu. Tapi alam selepas U nie tak seindah yang aku gambarkan. Susah gila nak dapat kerja.

Lepas je aku grad, setelah struggle apply job dekat Jobstreet yang tak dapat-dapat tu, aku pon join SL1M. Tp malangnya, SL1M kat situ sepatutnya 1 tahun tapi batch aku dapat 3 bulan je sbb ada isu dalaman. So far, pengalaman SL1M mmg best sbb company tuu company besar, so org dlm tuu semua profesional. Byk bendaaa yg aku belajar masa dekat SL1M tuu. So, SL1M nie sebenarnya bagus utk kau cantikkan resume. Boleh tambah part pengalaman kerja tu. Tp utk case aku macam tak laku sgt laa sbb kejap je.

Habis je join SL1M, aku sambung menganggur sebulan. Lepas tu aku dapat peluang lg join salah satu program kerajaan iaitu GENERAte. Tapi, sebelum tu aku nie grad dengan degree Psychology, program Generate tuu pulak untuk fresh grad IT. Tapi aku apply je dan dapat. So, aku belajar pasal java, programming tuu apa semua. Mmg susah laa jawab dia tapi dari aku xbuat pape, baik aku join je benda nie. Dia training sebulan, pastu kerja 3 bulan (kerja 3 bulan nie dia bagi gaji 3k kot). Btw, program ni anjuran HRDF, so korang kene rajin check laa. Dan dia ada pelbagai kursus lain, bukan programming je.

Lepas training tu, aku kerja kat situ sebulan je, pastu aku bla sbb dapat join SL1M lagi hahaha. Asyik join SL1M je tapi tak slim2 hmmm. Pastu aku pon pegi laa SL1M tuu. Kali ni buat dengan recruitment company. So, dlm masa yang sama dorang tolong carikan kerja untuk korang. Tp mostly customer service laa. Lepas habis training sebulan, dorang assign dekat company yg ada MOU dgn dorang. Dan kali nie aku kerja 2 minggu je sbb aku dah dapat kerja tetap.

Cerita pasal kerja tetap aku nie, aku dapat dekat Monster (dia macam jobstreet jgk). Tapi yang bezanya, company tuu yg akan cari kau. Kau just key in je maklumat kau dalam tuu pastu nnt company2 nie akan tengok kalau ada calon yang sesuai dengan dorang ke tak. HR recruitment dorg email aku tanya berminat tak dengan kerja yang dia tawarkan tu, kalau berminat boleh isi details. Dan proses interview utk company tu pon mudah just through phone iv je dan selang 2 hari dah dapat result. Aku terpilih. Yeayyy.

Apa yang aku nak highlight kat sini, sepanjang bulan puasa ni aku hari2 doa nak dapat kerja tetap dengan gaji 3k. Macam bajet kan, dah laa fresh grad tapi demand nak 3k. Tapi tapi tapi, doa jelaa. Tu antara kau dengan allah. Dan allah makbulkan doa aku. Kerja yang aku dapat tu, gajinya mencecah 3k. Alhamdulilah. Walaupon aku sendiri pon rasa tak logik tapi doa masa bulan puasa nie mmg sgt mustajab. Dan doa tu kan senjata terakhir umat islam.

Nasihat aku kat sini, just grab je apa2 peluang yang ada depan korang. Biarlaa kerja tuu kontrak ke tak tetap ke yg penting pengalaman tu. Lepas tu, tahan laa sikit bila xdpt kerja lagi or tgh join SL1M ke org asyk tanya bila nk dapat kerja apa semua. Dan kita kene yakin yg allah dengar doa kita dan dia akan makbulkan doa kita. Kita kene selalu bersangka baik kat allah. Sbb allah je mampu tolong kita. Aku doakan yg fresh2 grad kat luar sana cepat dapat kerja. Insya allah. Dan korang pon tolong laa doakan aku dapat menempuh dunia pekerjaan ni dengan jayanya.

– Kak A

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *