Hak dan Ukuran

Hak dan Ukuran

Assalamualaikum semua pembaca iium confession. Zaman ekonomi tak berapa nak stabil ni aku akui aku masih boleh bernafas berjalan memberi dan bersyukur dengan rezeki yang diberi. Pada aku cukup sekadar yang wajib bagi aku rumah sendiri, kereta & simpanan.

Ok straight to the point, baru-baru ni aku pergi rumah adikaku pindah rumah second hand tapi oklah dengan kemampuan dia. Aku before kawin penah duk flat tau la ragam double park & bersepah macam mana so ingat rumah teres ni oklah lah takde isu.

Weekend tu datang nak tolong ada kereta lain park depan rumah diorang, aku ingat kereta baru suami Ani tapi bila tanya bukan kereta jiran. So terpaksa aku park jauh sikit depan taman lapang, tapi before tu aku drop anak bini depan rumah Ani sebab kesian kang diorang menapak panas2 tu. On the way dari park kereta tu lalu la depan rumah jiran-jiran Ani. Wah… Terkejut aku kebanyakan kereta semua besar-besar contoh Hiluk, CRV dan Subaru apatah. Ok kalau 1 rumah sebijik kereta takpa lagi tapi tengok 1 rumah 2 dan 3 kereta besar. Dah la rumah teres dalam muat 1 kereta, kalau dah renovate muat la 2 kereta. If ada kereta ke3 parking luar gate. Kereta mahal dan cantik biasa duk dalam gate.

Masuk rumah Ani aku tanya suami Ani, Tam “kaya-kaya orang kat taman ni kereta masing2 besar2 lebih 2 bijik”. Tam pun ketawa pastu borak2 makan2 sambil Si Tam bukak cerita. Sebenar ye kereta yg park depan rumah(tak ada la depan betul2 antara rumah Ani & jiran sebelah bukan kereta dia & jiran sebelah tapi jiran selang 2,3 rumah kereta tu jarang pakai. Dah suruh alaihkan lebih 3x pun tak paham2 nak alihkan tempat lapang. Padahal dalam laman rumah jiran tersebut Kita bagi nama Chot la kosong. Letak motor and ampaian. So aku bagi solusi berbincang baik2 sebab aku kan dah ada pengalaman.

Tapi Tam kata kat taman dia tu ikut ‘seniority’ ko suarakan pendapat pun tak berapa nak ikut. Orang lain pun ada anak jugak nak main dalam laman rumah tapi hak jiran tu hormat jugak sebab masing2 lebih 2 kereta tak bolehlah parking luar depan rumah jiran. Sebab jiran lain pun ada lebih 2 kereta jgk. Pindah rumah dengan kereta family datang nak tolong kena parking jauh-jauh, lori angkut barang lagi, boleh Si Chot ni selambar dek je tak alihkan kereta. Kalau betul kau jiran yang baik belum kenal pun dah tau adab menghormati hak jiran. Rumah teres kot takkan tak dengar riuh orang pindah rumah tolong la alihkan kereta kalau tak tolong pun. Ani cakap bila tegur Chot berkali abis canang 1 taman cakap Ani sekeluarga sombong and tak bagi park kereta depan rumah padahal bukan tanah Tam bayar pun.

So aku nampak 2 masalah rumah teres & kereta :

1) jangan la tamak sangat 1 rumah 3 kereta padahal anak kecik lagi majority anak semua 2 orang tapi kereta 3 biji macam duk 6 orang sangat lah tak sesuai duk teres. Ok maybe kau orang bisnes, kereta sampai 3 besar2 kan. Dah kaya sangat beli la rumah semi D or banglo muat la jugak masuk 3 kereta tak menggangu jiran. Aku laki bini kerja pakai 2 kereta saja. Kereta Myvi lama kecik tuk pergi kerja Morano tuk jalan2 jauh dan balik kampung. Ada kereta lama Saga tapi bawak kampung bagi ayah adik pakai sebab dah abis bayar dapat jugak pahala. Dari kereta tersadai wat jiran tak senang. Dah kau terlebih duit tapi taknak beli rumah lagi selesa tapi memilih membeli kereta import sebab aku tengok majority taknak kalah paling tidak dua2 kereta import. Maka banyaklah memberi pada yang tak berkemampuan. Semakin banyak rezeki harta kita dapat semakin banyak kita kena memberi.

Sedangkan Nabi paling Kaya pun paling lama dihisab inikan pula manusia biasa. Bukan semua jiran yang duk teres ni senang dan kaya so kena jaga hati jiran. Kadang aku lagi respect Makcik aku pencen takda hutang, rumah ok, pakai kereta Myvi lama. Duit pencen separuh dengarnya untuk jariah. Ada hasil sawit pun angkut guna gerabak dapat juga orang kampung upah. Sempat pikir kebajikan orang. Yela orang sekarangkan duit lebih pakai Hilux, pakai Trinton kata tuk angkut sawit dan berat-berat tapi pegi kedai runcit dan bercuti pun pakai kereta sama. 2 kereta lama kat rumah terbengkalai. Apalah salah ye kereta jarang pakai bagi family or tolak dekat orang kampung murah2.

2) Nak parking depan rumah orang boleh walau ko claim tu tempat awam sapa2 leh park. Tapi hello cerdik sikit sewa or rumah sendiri ke if rumah tu dah renovate berani ke park depan rumah orang? takkan punya melainkan tak malu dan paham bahasa. Tapi jangan la park lama2 berminggu tak alihkan kereta nanti kau dah selesa claim tu tempat kau. Kesian kami ni sedara mara, dan parents aku nak datang melawat cucu-cucu pun kena menapak cari parking lain. Cuba orang park depan rumah ko berbulan-bulan berbulu tak? Jangan bagi alasan ada anak kecil sebab aku ada anak2 sedara kecik lagi. Ani cakap if anak dia nak main dalam laman takut kereta tercalar park kereta luar gate tapi selalu terpaksa letak jauh sebab ada kereta jiran. Adik aku pun sendiri tau mengalah fikirkan jiran.

Sorry la if ada condemn tak senang ke aku malas nk sambung. Sebab aku nak cakap apa yang aku rasa, tak geti nak tulis indah2. Berilah haq jiran untuk dihormati & hak kepada yang selayaknya sebab ikut statistics berapa percent yang bayar zakat dari yang mampu berzakat. Duit mana? Mungkin duit dah spend ikut trend 1 rumah mesti ada SUV dan Honda untuk kereta ke 3. Aku tak pukul rata, sebilangan saja.

The end…
Jangan ingat aku dengki.

– Al Haq

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit