Hakikat Sebuah Cinta Dan Penyesalan

Assalamualaikum. Aku Si (bukan nama sebenar). Ingin meluahkan apa yang terbuku di hati sejak sekian lama.

Aku ialah seorang lelaki yang sebelum ni berkenalan dengan beberapa orang perempuan, tapi tak pernah sampai tahap serius. Sehinggalah aku berkenalan dengan Smt (bukan nama sebenar).

Aku mula berkawan dengan Smt sejak april 2018 sehinggalah september 2019 dimana dia telah memutuskan perhubungan kami. Banyak suka duka. Perkara b0doh yang sampai sekarang aku masih sesali.

Sebagai seorang lelaki yang tidak mempunyai adik beradik perempuan dan tidak mempunyai kawan rapat perempuan, sangat sukar bagi aku untuk memahami jiwa seorang perempuan ni.

Izinkanku tulis beberapa benda2 bodoh yang pernah aku buat supaya menjadi iktibar kepada semua lelaki di luar sana tentang betapa pentingnya memahami makhluk kompleks bernama perempuan ni.

1) Perkenalan kami bermula di salah satu laman cari jodoh. Even dalam tempoh 2, 3 bulan perkenalan kami, aku pernah kantoi masih lagi bukak laman web tersebut. Walaupun niat sebenar sekadar suke2 bukan untuk curang atau apa. Tapi. Kesetiaan tu mahal harganya.

2) Aku berjaya memujuk balik dan berjanji untuk tidak mengulangi perbuatan tersebut. Aku tekad. Hanya dia yang aku setia. Hanya dia yang aku cinta. Aku terpengaruh pulak dengan kawan2 yang selalu ajak main game. Selalu lepak sehingga mengabaikan dia.

Dengan keadaan dia yang mempunyai pelbagai masalah di tempat keje, masalah family dll. Aku tiada untuk menjadi pendengar setia beliau. B0dohnya rasa diri ini pada waktu dulu.

3) Keseriusan seorang lelaki. Pernah pada awal perkenalan kami, mak Smt bagi syarat selepas setahun kenal, baru boleh bergerak ke arah perkahwinan yang serius. Bagi aku, aku memegang pada syarat tu dan amik tidak endah je sebelum tempoh itu tiba.

Tapi bagi Smt, dia sudah merancang ke hadapan. Macam2 perancangan dia buat untuk tempah segala benda sebelum waktu tu. Even pernah dia tempah kursus kahwin. Tapi aku tak terbangun pada hari tersebut. Bagi aku, biarlah waktu mak dia tetapkan baru aku serius.

4) Waktu kemuncak tiba apabila sebelum raya tahun lepas ketika mana aku hampir tidak berjumpa dengan dia dari bulan puasa sampailah syawal minggu ke 2 dengan alasan nak fokus tarawih.

Dia pernah membelikan sepasang baju melayu untuk aku pada bulan puasa. Tetapi dek kerana sudah lama tidak bersua muka. Baju tu dihadiahkan kepada ofismate beliau. Dan akhirnya kesemua stress beliau hadapi waktu keje dll.

Beliau berkenalan dengan seseorang yang lain yang menjadi pendengar setia beliau. Mamat tu, even tahu Smt ni dalam relationship, beliau still care dan amik berat terhadap Smt.

Dan beliau juga pernah mengambil keputusan untuk bertukar kerja dari damansara ke shah alam demi lelaki tersebut. Sampailah satu masa die amik keputusan untuk meninggalkan aku demi budak lelaki yang die baru kenal tu.

Benarlah kata orang, manusia tidak akan menghargai sesuatu sampailah dia kehilangan something or someone tu.

Bermula dari tu, aku menyesal semenyesalnya. Semua mende yang aku buat tidak keruan. Game, tv sume aku tinggalkan. Fokus aku cuba ingin mendapatkan dia balik. Tapi sehingga waktu confession ni ditulis… hatinya masih belum dapat aku tawan even bermacam2 cara dah aku buat.

Penyesalan sudah tidak memberi apa-apa erti. Kini sudah hampir 6 bulan lebih sejak waktu aku ditinggalkan. Dan dalam hati ini. Masih belum ada sesape yang dapat menggantikan nya even aku mencuba mencari pengganti.

Kepada awak andai baca confession ni. Kite mintak maaf atas semua kesalahan kite selama ni. Dan kite betul2 menyesal atas segala mende dan khilaf selama ini. Tapi lillahitaala. Pada waktu tulisan ni ditulis. Hati ini masih lagi milik awak.

Allah maha kuasa atas segala-galanya. Dia pemilik hati dan raja manusia. Manusia hanya merancang. Tuhan tentukan segala-galanya.

Jadikan tulisan ini sebagai pengajaran buat mana2 lelaki di luar sana. Tolong doakan aku jugak wahai readers sekalian. Nampak simple, tapi dugaan ni sangat berat untuk dihadapi oleh hati dan jiwa ini.

Banyak pengajaran yang aku dapat. Dan banyak mende yang menjadikan aku lebih baik dari sebelum ni hasil dari dugaan ni. Andai dapat ku tawan balik hatimu. Aku berjanji akan menjadi yang terbaik dan menjagamu ke syurga insyaAllah.

Wa ufawwidu amri ilallah, innallaha basirun bil-‘ibad.

(Kuserahkan segala urusanku, hanya kepada-MU).

– Si (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *