Hantu Zaman Kanak-Kanak

Assalamualaikum. Nama aku Nam (nama olok²) kisah aku nak cerita ni takde kaitan dengan mak mertua, suami atau kucing. Ini pasal kisah hidup aku masa kanak-kanak. A little bit mystic.

Bersedia untuk fokus ke tu? Haha

Ok macam ni. Zaman kanak kanak aku bukanlah zaman yang terlalu best. Biasa saja. Duka juga yang banyak.

Tapi disebabkan aku ni masa kecik ala-ala slow learner jadi banyak perkara yang aku tak perasan pun masa kecik. Bila dah besar, teringat sikit-sikit baru aku perasan. Ke memang macam tu?

Cerita dari waktu aku kecik yang paling kecik aku ingat sekitar umur 4 tahun macam tu. Aku ni ade 4 beradik, anak no 2. Waktu tidur malam adalah waktu yang paling aku tak suka. Sebab? Sebab aku akan tidur hujung sekali antara adik beradik aku. rumah papan.

Kiri kanan pokok getah. Takut. Aku selalu akan nangis sebab takut dan tak boleh tidur. Aku nangis sampai la tertidur.

Setiap malam, kalau aku lambat tidur mesti aku dengar bunyi macam macam. Contoh orang jalan bawah rumah. Dinding kayu diketuk. Burung bud bud. Burung ni y jenis bunyi seram tu.

Dulu pokok getah kat kampung banyak lagi. Jadi orang menyuluh pagi pagi. Menyuluh ni maksudnya menoreh getah subuh² atau sebelum subuh. Atas kepala letak lampu DIY bibuat dari lilin ke pelita gitu.

Aku pulak kena pegi sekolah awal pagi dalam pukul enam suku macam tu sebab tumpang abah pegi keje.

Sekali jalan la. Jadi setiap pagi aku akan lalu kebun² getah. Aku ingat lagi, kerap jugak ade lampu terbang kat celah celah pokok tu ekori kitorang. Tapi tulah, masa tu aku tak amik port. Slow kan. Tapi bila dah besar, aku terfkir balik. Kenapa lampu api tu gerak dia laju.

Laju tu sama speed dengan kereta abah aku. Takkan orang menoreh getah lari laju kot. Nak nak pulak dalam kebun getah yang semak. Yang menoreh pulak bukan borang muda. Kisahnya, zaman dulu ada hantu lilin.

Mak pernah cerita, pagi² dia tegur makcik yang selalu menyuluh kat kebun getah sebelah rumah lebih kurang macam “cik kiah, awal dah menyuluh harini” tapi makcik tu diam dan beralih dari satu pokok ke satu pokok.

Esoknya mak aku tegur lagi tanya pasal semalam kenapa mak aku tegur mckcik tu diam saja. makcik tu kata semalam dia tak menoreh pun.

Terciduk mak aku sebentar. Hmm

Next, masa aku kecik, aku ni kerap bangun malam untuk ke tandas. Buang air kecik. Dulu punya tandas rumah papan dia buat ala ala saja lantainya. Papan pun jarak² saja. Kalau siang boleh nampak tanah kat bawah.

Yang aku ingat setiap malam bila aku nak kencing atau tengah kecing mesti, ya mesti ada yang ketuk dari bawah. Tiga kali. Tok tok tok. Ade sekali tu siap mcm ade mata warna merah. Tapi tulah. Aku kan slow.

Aku pun tak paham kenapa aku tak takut. Buat tak tau la. Dah siap kencing jirusla kan. Pastu tidur macam biasa. Bila dah besar baru aku terfikir, apabenda yang mengetuk tu. Entah

Ade sekali tu waktu aku umur aku dalam 6 ke 7 tahun, aku solat kat bilik. Betul² tepi pintu. Solat maghrib. Adik² lain layan doremon. Jadi aku solat sorang dalam bilik sebelah langsir.

Masa aku solat tu, ade budak selak langsir. Aku nampak dari ekor mata saja sebab masa tu kan mata kena fokus kat sejadah.

Memang aku pasti ade budak tu sebab jarak sia tak sampai pun 50cm. Aku syak adik aku. Sebab tinggi dia lebih kurang dan adik aku ni pun sejenis kaki mengusik jugak. Lama gak dia perhati aku solat sambil sengih-sengih.

Bila dah siap solat aku pun pegi cari dia dalam bilik sebab bilik aku solat betul² kat pintu jadi dia takkan boleh keluar dari bilik. Cari punya cari tak ade. Aku pun kuar bilik tengok adik aku tengah kusyuk tengok tv. Aku tanye sorang² sape masuk bilik tadi. Takde sape ngaku.

Bila aku ingat balik, rupa budak yang selak langsir tadi dia tinggi macam budak² 4 5 tahun, mulur lebar sampai ke telinga, gigi tajam, telinga capang tajam ke atas. Masa tengah solat tapi tak perasan benda tu semua tak tau kenapa. Pastu barulah aku rasa seram. Tapi tulah. Kat situ jelah.

Alu tak pikir sangat masa kecik. Sambung tengok doremon. Cuma bila besar ni dia jadi macam clear sangat memori tu bila aku ada terbaca “jenis hantu kacau kacau budak solat”. Itulah ciri-ciri dia.

Waktu aku dalam darjah 4, dalam jam sembilan ke sepuluh malam macam tu. Abah aku pegi mesyuarat ke kenduri. Tinggal mak and aku adik beradik. Kami tidur kat ruang tamu. Elok semua bersusun nak tidur. Aku jugak yang terkelip kelip tak boleh tidur.

Tengah aku paksa mata untuk lelap, paksa otak untuk rileks kejap tiba tiba aku dengar suara budak panggil ayah dia. Kuat bak anggg.

“Ayah..!! Ayaah..!! Ayahhhh” banyak kali. Repeated. Aduhai. Aku ape lagi rapatkanlah saf. Pegi kat adik aku. Aku tanya adik aku dengar tak suara tu. Dia marah aku dia cakap jangan kacau dia tidur sebab masa tu memang dia on the way tidur. Mungkin dalam mood subconscious.

Aku pun terdiam sambil dengar lah suara tu berulang-ulang sampai lah aku tertidur sendiri. Sebelum tu aku sedapkan hati mungkin jiran aku kot. Sebab dia panggil bapak dia ayah.

Esoknya aku jumpa sendiri dengan anak jiran aku tu. Aku tanya ada tak malam tadi di jerit panggil ayah dia. Korang tau lah kan jawapannya. Takde. Hmm

Ada satu waktu tu kami anak beranak tidur di ruang tamu. Aku pulak memang yang akan tidur paling hujung. Aku memang selalu kena tidur jauh jauh dari orang lain. Hmm macam biasalah aku akan terjaga bila tengah malam.

Tapi kalini aku tak pasti kenapa. Rasanya bukan sebab nak kencing, tapi sebab bunyi bising. Bunyi ketawa. Kuat. Bila aku bangun aku terus duduk. Masa duduk tu aku tengok kat adik beradik aku yang tengah lena tu.

Setiap seorang yang tidur, ada seekor entah apa aku tak tau yang pasti warna hijau, pendek, perut buncit, telinga tajam keatas, mulut besar, mata merah duduk kat atas dada mengadap ke muka adik beradik aku.

Bila diorang perasan aku tersedar dan duduk tengok diorang, semua pandang aku. Pastu sambung gelak. Masa delak tu diorang sambil cakap “ayoo, bagitahu mak ayooo” sambil ketawa. Seolah olah provok aku untuk kejut mak aku.

Aku rase aku takut masa tu, tapi tulah. Entah. Aku baring semula. Sambung tidur. Kering betul hati.

Ada pulak sekali masa aku main kat laman rumah dengan kawan kawan. Masa tu mak aku tak ada kat rumah. Rumah memang kosong.

Tingkap semua tutup. Pintu pun berkunci. Aku teringat aku duduk dekat dengan tingkap tu. Borak la pasal hantu ke ape tapi yang penting masa tu dalam mood seram la kitorang ni. Tengah bercerita hantu tu, tetiba tingkap kayu tu terbukak sendiri.

Terbukak yang seolah olah ada orang terajang jadi dalam. Kuat. Tingkap tu tingkap kayu ala ala rumah adabi tu ha. Bayangkan dia debanggggg tiba tiba dari dalam rumah. Memang tak cukup tanah la lari dengan member.

Masa kecik tak terfikir sangat, bila dah umur macam ni tiba tiba kuat pulak ingatan. Dalam ingatan aku memang takde siapa dalam rumah tu.

Tapi kalau memang ada yang terajang pintu tu dari dalam sebab nak takutkan kitorang, harap-harap dia pulak kena terajang dengan malaikat. Sumpah tak kelakar ye.

Masa aku sekolah menengah, masa tu jam 5 pagi, aku taklah bangun sepagi tu. Tapi aku tersedar dengan bunyi bising kat dapur. Bunyi kelentang kelentung macam orang rewang. Suara pun ramai. Tapi aku ingat mak aku dengan nenek aku nak puasa haritu.

So mungkin diorang masak untuk sahur. Jadi aku abaikan la walau macam terganggu sikit sampai aku kena tekup telinga dengan bantal.

Esok siangnya aku tanya mak aku, puasa ke harini. Mak aku cakap tak.

Aku tanya balik abis tu mak masak apa pagi pagi tadi sebab bunyi bising kat dapur. Mak aku pun marah. Dia cakap mana ada orang masak.

Sarapan pun mak aku tak buat haritu. Aku pulak terciduk sebab selain tiba tiba meremang bulu roma, tiba-tiba jugak kena marah dengan mak aku. Tapi aku paham, mak aku pun tengah meremang tu.

Aku cerita kisah ni pada mak kawan aku, mak kawan aku cakap mungkin ada yang menumpang masak. Mak kawan aku ni guard sekolah.

Dia pun pernah dengar kantin sekolah tu riuh rendah waktu malam. Siap bunyi laga sudip bagai. Dia cakap selagi dia tak kacau kita, biarlah.

Dia pun lapar jugak. Emmm

Setakat ni inilah kisah mistik aku ni banyak yang aku recall sebab tiba-tiba teringat. Macam yang aku cakap, masa kecik aku tak kisah sangat mungkin sebab banyak main.

Aku pun tak banyak cerita kat sapa sebab aku takut kena marah dan takut makin ditakut-takutkan instead of dipujuk peluk.

Aku ni bukanlah jenis budak yang orang ramai suka. Kena marah tu biasa. Duduk sorang sorang tu biasa. Jadi aku banyak malas fikir. Sedih, seram, suram, nangis tu biasa aku handle sendiri.

Banyak waktu memang aku akan “ah lantaklah” benda paling simple untuk elakkan dari terbawa bawa.

Cuma bila dah umur 30 ni, barulah aku teringat sikit² dan fokus fikir. Kadang bila teringat, tersedih sendiri pun ada. Tak pernah rasa tidur dipeluk. Jadi aku membesar tidur dikelilingi bantal.

Kalau tidur mengiring, belakang badan mesti ada bantal sebab dalam imaginasi aku kalau takde bantal takut ada benda lain pulak. Haha.

Aku pun membesar sebagai seorang yang agak penakut dengan cerita hantu. Never in my life beli/ simpan buku/ movie hantu. Never.

Aku tak kisah pun kena ejek penakut sebab orang tak tahu apa yang aku lalui. Lagipun, orang yang ejek tu dengan kucing pun takut. Hmm…

Ini kisah kena kacau waktu kecik. Ada kisah juga aku tersentuh benda tu waktu kat kolej. Ada masa nanti aku cerita.

– Nam (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *