Hargailah Bidadari Duniamu

Disebutkan perihal Bidadari. Salah satu ciptaan Allah SWT yang Indah Penciptaannya.

Jika ditanya, Bidadari Syurga semua lelaki nak. Kalau boleh tak sabar nak masuk Syurga katanya sebab nakkan ganjaran Bidadari. Biarpun amal ibadat entah kemana. Dengan fantasi berlebihan tapi bila bab Ibadah pada Allah SWT tidak la kita istiqamah

Diceritakan dalam pelbagai Penulisan dan cerita . Bidadari yang cantik rupa menawan, tubuh badan yang indah. Kecantikkan yang tak boleh digambarkan dengan kata kata. Dikatakan berganda ganda lebih cantik dari Manusia yang ada di Dunia.

Tapi janganlah lupa bakal Ketua Bidadari Syurga yang Allah SWT pinjamkan di Dunia ni sebelum dia kembali ke Syurga nanti. Janganlah menyesal bakal Bidadarimu itu tidak menjadi milikmu kerana dirimu itu tidak ke Syurga Allah SWT

Jadi Sang Suami belajar dan cubalah hargai Isterimu. Besar pengorbanan seorang Isteri ni wahai suami-suami sekalian. Hargai Isteri kalian sekiranya dia masih ada. Bersabarlah dengan kerenahnya dan kehendaknya dia di Dunia ini. Kerana dia juga merupakan salah satu Ujian Allah SWT untuk kita.

Terima Ujian Allah SWT dengan Redha dan berdoalah semoga Sang Suami dan Isteri bersama-sama masuk ke Syurga Allah SWT dah berbahagialah kalian dia Syurga Allah SWT buat selama lamanya

Dunia ni hanya tempat Ujian & tempat Manusia untuk beribadah kepada Allah SWT . Hargailah apa yang kita ada sebelum apa yang dipinjamkan kembali semula kepada Allah SWT

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim. Kurniakanlah hambamu ini keutuhan kasih sayang dan keteguhan Iman buat kami sehingga kami Syurgamu Ya Rabb.

– Tiang Dakwah

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *