Assalamualaikum semua pembaca setia disini termasuk jugaklah dengan aku. Aku just nak share perkara yang santai dan semoga bermanfaat kepada semua.
Kisahnya bermula dari sini. Aku berkahwin pada December 2016, so far Alhamdulillah bahagia tiada masalah cumanya aku mengalami masalah kulit bermulalah setahun selepas berkahwin,
Sebelumnya aku tidak pernah mempunyai masalah kulit muka berjerawat atau apa, aku jugak bukanlah seorang yang makeup hari hari cuma sedikit bedak dan alis di bibir.
Mungkin adalah kerana perubahan hormone atau percampuran hormone. Bermulalah dari saat itu lah aku menanggung allergic yang teruk yang terjadi seperti bintik bintik kecil sampai berjerawat nanah,
Allahuakbar sedih hati tidak tahu nak mengungkap macam mana, bermula dari klinik klinik kecil sampailah ke pakar kulit semua aku pergi untuk dapatkan rawatan semuanya gagal.
Aku juga pernah bangun seawall 5 pagi untuk ke klinik Tan di Sungai Petani, sapa yang tinggal di Sungai Petani mungkin tahu klinik Pakar Kulit Tan,
Untuk dapatkan rawatan disitu perlu meninggalkan kad Pengenalan dan menggunakan system sapa cepat dia dapat number awal maka akan dapat rawatan awal,
Hahahaha azabnya tapi masih tiada perubahan. Bukan aku nak cakap klinik tu tak bagus tapi mungkin ubat yang diberikan tidak sesuai dengan aku.
Rata rata doktor mengatakan kulit muka aku allergic, aku perlu elakkan dari benda benda yang boleh trigger untuk allergic contohnya habuk, makanan manis. Untuk makanan manis okay aku cuba elakkan tapi untuk habuk mampu ka?
Contruction, debu malah aku kemas rumah ja dalam 10 minit kemudian akan jadi bintik bintik kemerahan dan gatal gatal merenyam..
Aku bingung sungguh binggung, activity berpeluh macam cycling hiking jugak boleh trigger allergic tersebut. Sampaikan aku macam tak boleh tinggal ubat, kalau tak makan ubat nanti akan naik balik. Aku penat nak jawab soalan eh muka tu kenapa..
Dalam masa yang sama aku dapatkan rawatan O2 klinik, O2 klinik di Quensbay ada pakar kulit Alhamdulillah, aku menggunakan produk dari klinik tersebut, tapi masih lagi tak okey sepenuhnya.
Mask pula tidak boleh sebarangan mask, perlu mask yang dibeli khas di klinik untuk allergic. Penat dengan bermacam usaha tapi hasilnya hampeh.
Kemuncaknya apabila aku pergi ke Semporna, snorkeling dibawah cahaya matahari teruk 3 hari berturut2, kulit aku keradangan akibat terlalu panas terbakar dan timbul jerawat kasar yang bernanah dan sangat gatal, rasa macam nak digaru garu muka aku nanti nanah berdarah pula.
Stress aku bukan main, aku dapatkan rawatan doktor tak hilang sepenuhnya tapi mampu mengawal kegatalan, akhirnya aku terfikir kenapa aku tidak pernah mintak kesembuhan muka aku dari Allah sedangkan HasbunAllah wa nikmal wakil.
Rutin yang selalu aku amalkan aku teruskan cumanya aku tambah dalam doa dan sedekah Subuh
Bangun seawal 5.30 pagi, mandi solat sunat tahajud / sunat taubat / sunat hajat ( aku selitkan doa berikanlah kesembuhan alergik aku ) – 6 rakaat
Selepas solat, aku zikir
Alhamdulillah ( Segala puji bagi Allah ) – 100x
LailahaillaAllah (Tiada Tuhan selain Allah ) – 100x
HasbunAllah wanikmalwakil (cukuplah Allah sebaik baik pertolongan) – 100x
SubhanAllahiwabihamdihi (Maha suci Allah dan segala pujian bagiNya) – 100x
Astagfirullah (Ampunkan dosaku Ya Allah) – 100x
Bila azan, solat sunat subuh dan solat subuh.
Sedekah subuh, 1 hajat RM1 disini jugaklah saya selitkan hajat berikanlah kesembuhan pada alergik yang aku tanggung selama ini. Cara aku ini aku follow confession sebelum ini.
Dalam masa yang sama, aku cuba mendapatkan rawatan di klinik pakar kulit Dr Adnan, Perlis.
Dan dengan kuasaNya, izinNya subhanAllah hari ini kulit aku bukanlah cantik yang aku impikan Cuma selesa untuk menjalani kehidupan seharian tanpa gatal gatal dan takut kemerahan lagi. Bayangkan penderitaan 5 tahun aku tanggung Allah lenyapkan dalam masa 2 minggu,
Allahuakbar Asbab dari ubat Dr Adnan boleh dikatakan aku dah sihat sepenuhnya, mask juga dah boleh pakai yang biasa, dan boleh makan coklat, happynya aku hahaha.
Disini suka untuk aku ingatkan bukanlah masalah kulit saja, apa jua masalah kita berbaliklah pada Dia.. Mungkin Allah uji aku untuk aku berbalik pada Dia dan akhir kata.. Semoga bermanfaat untuk semua.
Salam sayang
– EL (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit