Hati-hati Buat Berita TV

Assalamualaikum
Terima kasih untuk ruangan ini.
Saya rasa nak tujukan konfesi saya ini buat seluruh stesyen TV yang ada di Malaysia. Tambahan yang memiliki kuasa segmen berita yang besar.

Hari ini sedang berlangsung Sukan Sea Para 2017. Malaysia memungut banyak emas dari kontinjen atlit para walaupun misi baru je mula. Saya rasa seronok tengok pencapaian atlit para kita setiap kali menonton segmen berita sukan di TV.

Namun, malam ni saya rasa sedih dan tidak berpuas hati dengan sesetengah mentaliti manusia. Lebih-lebih lagi bila siaran langsung di berita stesyen TV begini.

Saya beri contoh.
Tajuk berita: Aksi Hambar di Pusat Akuatik
Pembaca berita menyatakan, “skuad renang hambar dalam aksi hari ini kerana hanya memungut 4 perak.”

Adakah pungutan 4 perak itu di kira hambar di mata anda?

Baik, saya tahu pungutan emas itu penting, jangan mudah selesa. Tapi sebagai sebuah stesyen TV besar, patutkah anda menyiarkan kata-kata yang sebegitu? Seharusnya anda tidak berat sebelah dalam keadaan begini. Bukan kali ni saja, sepatutnya sejak sebelum ini dan untuk akan datang.

Meskipun mustahil untuk anda faham kesusahan berlatih bagi atlit para dan susah payah mereka bernama atlit mengharumkan nama negara, saya mohon berhati-hati dalam menyiarkan isi berita anda.

Saya atlit sukan biasa dan saya rasa sedih dengan sokongan ‘hambar’ anda pada sukan sea para.

Semua atlit yang terlibat mengharumkan nama negara, mereka istimewa atau biasa, emas atau tidak, tolong hargai sama rata. Kalau anda tidak mampu siar secara langsung acara Sukan Sea Para kali ini sebagai sokongan, mohon menjaga isi kandungan berita sukan anda.

Maju sukan negara kita bukan terletak pada atlit-atlit negara saja tapi terletak pada mentaliti penyokongnya juga.

– Saye juga seorang atlit

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit