Assalammualaikum semua, tujuan saya share cerita bukan untuk membuka aib sesiapa cuma nak kan pandangan dan di dengar sahaja. Terima kasih yang sudi membaca cerita saya dan mendengar luahan hati ini.
Nama saya Nuna (bukan nama sebenar) saya berusia angka kepala 2+, saya tinggal bersama dengan mak saya dan adik lelaki saya yang baru sahaja habis spm. Ayah saya dah lama meninggal sekitar 4 tahun.
Saya anak sulung dan saya anak yang suka lebih suke pendam dan hidup seolah angin berlalu.
Waktu ni ayah saya masih hidup lagi, ayah saya orang yang garang mungkin sebab saya anak perempuan. Jadi saya rapat dengan mak saya, waktu saya timgkatan 5 ada sesuatu yang saya perasan pasal mak saya.
Mak saya tak pernah pun letak password kat fon dia tapi tidak sekarang. Saya pernah ternampak noti ws mak saya dengan nama yang tidak dikenali.
Saya mulanya tak nak syak wasangka tapi makin lama makin pelik hingga kan mak saya selalu naik atas tido awal dan kunci pintu.
Saya tak tahu ayah saya perasan atau tak perubahan mak saya tapi pernah mak dan ayah saya bergaduh sebab mak saya kunci diri kat bilik jadi ayah saya tendang pintu sampai rosak. Masa tu saya tak tahu apa diorang bincangkan.
Pernah ada satu hari ayah saya gaduh dengan mak saya sampai ayah saya keluar dari rumah tido dalam kereta kat tempat kerje,
Dan pernah ayah bawak saya dan adik saya balik kampung rumah mak saya untuk bincang pasal mak saya dan ya apa yang saya sangkakan betul, mak saya ada orang lain.
Saya tak tahu mcm mana mula nya dan ada juga perkara yang lain terjadi yang saya kalau boleh tak nak ingat.
Setelah kejadian tu kami hidup seperti biasa seolah tiada yang berlaku, pasal kejadian mak saya tu kami semua anggap seperti angin berlalu sampai lah saya sambung tingkatan 6 di semesta akhir ayah saya dijemput illahi.
Setelah kematian ayah saya atuk saya belah mak dijemput illahi setelah beberapa tahu kematian ayah saya. Atuk saya baik dan seorang yang pemurah.
Setelah kejadian atuk saya pergi mak saya cerita dia berdoa mintak datang kan seseorang tempat dia bersandar dan hadir lah seorang lelaki yang bagi saya mendatang kan keretakan dalam hubungan mak dan anak.
Lelaki tu dia ayah tunggal yang kematian isteri dan ada 3 orang anak. Mak saya cerita dia kenal dengan lelaki tu kat media sosial masa tu saya cuma dengar dan tak terlalu memikirkan nye, sehingga lah saya rasa menyampah dengan lelaki tu sebab selalu on call dengan mak saya setiap malam.
Sejak dari tu saya dah tak teman mak saya tido biasa sebelum ni saya teman mak saya tido sejak kematian ayah saya.
Saya pernah jumpa lelaki tu sekali sewaktu dirumah nenek saya iaitu rumah mak saya. Masa tu dah petang jadi saya nak keluar dengan boyf saya kitaorang nak keluar cepat jadi tak ada lah balik lambat sangat nanti. Dan mak saya mendesak suruh tunggu masa tu saya dah tak sedap hati.
Masa tu mak saya ajak boyf saya masuk dan kitaorang pun tunggu tak tahu lah siapa tetamu nya. Boyf saya perasan raut wajah saya yang berubah dan tekaan saya tepat iaitu tetamu tak diundang.
Orang yang paling teruja ialah mak saya, rupanya lelaki yang selalu on call dengan mak saya tu. Saya dah saling berpandangan dengan boyf saya dan ya saya cerita segalanya dekat boyf saya sebelum ni pasal lelaki tu,
Mula nya boyf saya pelik kenapa tiba2 tak suke dia setelah saya cerita kan semua termasuklah pasal kejadian mak dan ayah baru lah dia faham. Banyak yang saya nak cerita pasal lelaki tu yang buatkan saya rasa keretakan hubungan saya dengan mak saya.
Saya pernah bergaduh besar dengan mak saya pasal lelaki tu. Dan semestinya mak saya backup lelaki tu dan cakap tak ada kena mengena pasal dia mulanya saya cakap yang mak saya dah berubah sejak dengan lelaki tu.
Kami anak beranak terkadang sering bergaduh hal yang kecik dan hal besar tak payah cerita lah.
Paling yang buat saya benci lelaki tu masa raya pertama kami di rumah nenek kebiasaan kami petang akan pergi rumah moyang kami iaitu mak kepada nenek, tahu2 yang datang tu lelaki tu sekeluarga dengan anak2 dia.
Masa tu tak payah cakap lah terus musnah hari saya. Saya terus tak ada mood nak gambar raya bersama posting raya pertama saya cuma lah gambar saya sahaja.
Dan masa tu mak saya cakap “Yelah post gambar sorang je macam yatim piatu” saya macam tersentak seolah olah saya yang bersalah padahal mak saya yang dah rosakkan hari raya kami dengan ke datang lelaki tu.
Dan pernah sekeluarga kami adik beradik belah mak pergi beraya ke rumah lelaki tu tinggal lah saya seorang, sebab memang tak lah saya nak ikut kan nasib ada adik saya yang tak pergi.
Dan ada banyak yang saya nak meluah pasal lelaki tu yang buat kan saya tak boleh terima kehadiran dia dalam keluarga saya.
Baru2 ni masa hari jadi arwah ayah saya mak saya balik kampung katanya nak teman nenek saya tapi rupanye dia call saya cakap “dia tak tahu apa tak prepair apa tiba2 je mengejut yang lelaki tu nak hantar cincin”
Adik beradik mak saya pun terkejut tapi saya tak tahu lah pasal apa yang dibincangkan. Kalau nak tahu lelaki tu duduk dekat je dengan rumah nenek saya cuma berlainan daerah.
Sampai sini saya bercerita ada rezeki saya sambung lagi, apa pun doakan saya terus kuat jalani hidup ni. Assalamualaikum..
– Nuna (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit