Hati Seorang Ibu

Hati Seorang Ibu

Salam semua. Terima kasih sbb siarkan cerita aku. Aku harap cerita aku ni sedikit sebanyak memberi pengajaran.

Aku dua beradik je, aku yg sulung dan adik aku lelaki. Ayah aku meninggal masa kitaorg kecil lagi, time tu sekolah pon belum lagi. Mak aku je la yg besarkan kitaorg, dan dia kena jaga nenek aku yg uzur jugak time tu. Mak aku dari kecil memang put extra care kat adik aku, sbb dia ada asma dan macam lain sikit bila ayah aku meninggal. Lain tu mcm sedih teramat lepas ayah aku meninggal smpi affect pembelajaran dia dekat sekolah.

Masuk sekolah menengah. mak aku hantar aku masuk asrama. Aku xnak pergi smpi meraung raung. tapi sbb mak aku still pergi dan register. Masa aku f2, mak aku kahwin lagi, tanpa pengetahuan aku. Adik aku xcakap pape pon. So aku jd rebelious, aku decide utk pergi lagi jauh dari family aku.

Bila dah lama, aku bru dapat kesedaran. Kesedaran bahawa aku dah hilang ayah, takkan aku nak hilang mak pulak. Dan aku usaha utk kembali ke pangkuan mak. Aku travel sama-sama, food hunting semua tu. Plus aku rasa aku dh dewasa. Adik aku pon dah kerja dah, dan dah kahwin pon.

Nak dijadikan cerita, mak jatuh sakit last year. Nak dijadikan cerita, suami dia meninggal. so mmg tinggal mak seorang je. Aku pecut balik kg dan tunggu mak 3 bulan dekat hospital. Aku tangguh study aku dulu. dan adik aku? tinggal harapan je la. Mak selalu dok tanya adik aku bila nak datang tgk dia. Aku yg dengar hari2 ni jadi sayu. Adik aku boleh pergi bercuti dgn bini dan anak dia. Hashtag dekat facebook siap ada #keluargakecilsaya.

Dah la mak aku pon boleh tgk post tu. Adik aku pon selalu pergi beraya dekat family mertua dia dulu. Benda paling kelakar, bila last year masa mak sihat, aku bwk mak p travel masa raya haji, adik aku siap tanya, nape x raya je dkt kg? Dan aku balas, bukan nye ada sape nk balik. Ada banyak lagi benda yg dia buat tu, xletak mak sbg keutamaan. Ya, aku tahu sbb dia ada isteri dan anak, tapi mak tetap ibu dia.

Tbh, aku jeles tgk mak lebih kan adik aku dalam segala hal. Aku pon perlukan perhatian seorang mak, bila aku kehilangan ayah, walaupun aku xsakit, walaupun pembelajaran aku okay dekat sekolah. Aku sayang sangat mak. Aku pernah cakap pasal benda ni dkt mak, tapi mak selalu ckp yang dia xpernah nk bezakan anak2 dia. Tapi kasih sayang dia tu xpernah sampai dkt aku.

Pesan aku, tolong la layan anak2 sama rata. Jangan letak segala tanggungjawab atas bahu yang sulung. Dan buat anak, utamakan jugak ibubapa korang walaupun selepas korang dah ada keluarga sendiri. dan untuk orang senasib aku, bertabahla. aku tahu ada ganjaran besar dari Allah.

– Yang Sulung

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit