Hai semua. Assalamualaikum.
Banyak sangat yang dipendam dalam hati, tak tau nak dimulai dari mana.
Kenalkan diri aku. seorang professional, memiliki dua perniagaan yang berjaya. Seorang ibu dengan tiga cahaya mata. 2 anak kembar.
Tapi rumahtangga aku sangatla terasa kosong. Allah uji aku dengan rumah tangga, banyak makan hati dengan sesosok suami.
Dari mula kahwin, kami sering bertengkar. Mungkin kami tidak sekufu. Tidak sekufu dari segi agama. Dari segi kewangan. Dari segi cara berfikir.
90 percent kewangan keluarga ditanggung oleh aku. Rumah, kereta, minyak, tol, pampers anak anak, baju. susu, barang basah, barang kering, pengasuh, makan harian.
Suami aku, asalnya seorang yang sangat baik, penyabar dan penyanyang. Cuma mungkin itu diawal perkahwinan.
Kami mula sering bergaduh, disebabkan tiada zuriat diawal perkahwinan. Jadi aku sarankan pada suami untuk terus lakukan rawatan IVF pada tahun ketiga perkahwinan. Semua bayaran dibayar oleh aku. Dari cost IVF sehingga check up Hospital.
Seksanya untuk dia setuju lakukan IVF. Silap sikit saja, aku akan bergaduh dan dia akan gertak untuk cancelkan IVF.
Ada sekali tu, 1 minggu je lagi untuk proses pengambilan telur dan penyatuan sperma. Kami bergaduh dan suami aku tinggalkan rumah. Tinggalkan aku sendirian dirumah.
Suami aku ada habit yang bila bergaduh, dia akan tinggalkan aku terkontang kanting tanpa khabar berita berhari hari.
Waktu tu sedihnya hati aku. Sempat memikirkan banyaknya cost yang aku dah keluarkan dan senang senang suami hilang macam tu sahaja.
Akhirnya, aku mintak bantuan mak aku untuk pujuk suami pulang dan jalani rawatan IVF seperti yang telah dijadualkan.
Alhamdulillah IVF aku berjaya. Dan dalam aku mengandungkan anak pertama. Aku ada bergaduh dengan suami. Asbah nya kecik sahaja, aku tertinggal ubat insulin didalam kereta. Dan aku mintak suami aku tolong ambilkan sebab takut rosak. Panas dalam kereta.
Mulanya dia buat bodoh. aku cakap berulang kali untuk mintak dia ambilkan. Padahal dia hanya sedang lihat handphone shj waktu tu.
Terakhir suami aku pergi ambil jugak ubat didalam kereta, tapi dalam keadaan yang sangat marah.
Kami bergaduh sehingga aku dapat contraction. Dia terus keluar dari rumah dan tak pedulikan aku. Aku ke Hospital pun dengan bantuan jiran.
Sepanjang aku di Hosp, langsung tak tanya khabar, khabar aku pun tak ditanya, khabar anak kandungan pun dia tak peduli. Hatta aku discaj dari hospital pun, aku balik dijemput jiran aku. Sedihnya hati aku waktu ni. Allah jela tau.
Aku ada mintak bantuan adik beradik suami ku, tapi mereka tidak membalas whatsapp, tidak angkat call aku.
Fast forward, aku mengandung IVF kali kedua, dan kalini lagi besar aku diuji.
Aku bergaduh dengan suami dan keluarga suami. Mereka datang ke rumah aku, sbb nya mertua aku ada appointment di Hosp di Kuala Lumpur. Mereka dtg menginap, untuk memudahkan pergi ke Hospital.
Waktu tu aku dah sarat sangat, 34 minggu. Aku tidur pun hanya boleh dalam keadaan duduk, sbb nya perut terlampau besar, yelah mengandungkan kembar, aku tak dapat tidur lena pun, menyebabkan aku senang nak sakit kepala.
Keluarga suami pulak terlampau bising. Menjerit dan ketawa terbahak bahak sampai aku tak boleh nak berehat. Aku jadi rasa nak marah, dan aku keluar dari rumah pergi tenangkan diri di restoran terdekat.
Aku ada whatsapp adik ipar aku, untuk ambil homestay next time datang untuk rawatan.
Disebabkan whatsapp aku tu, seluruh family suami sentap termasuk suami aku. Suami aku keluar dari rumah dan balik ke kampung mertua tanpa beritahu aku dimana dia berada.
Disebabkan tekanan, aku alami contraction. Aku call suami tak berangkat. Call adik beradik suami pun tiada siapa yang angkat. Call bapa mertua lagi la tak diangkat.
3 hari kemudian aku tak sedap hati, dan panggil ayah aku untuk bawa aku ke Hospital. Ayah aku pun pelik, mana suami kamu?
Aku terpaksa tipu, mengatakan suami aku melawat neneknya yang sakit dikampung.
Bersalin la aku secara caeser sendirian di Hosp. Sedihnya aku, suami aku sekali lagi tinggalkan aku hatta walaupun aku berjuang nyawa untuk lahirkan zuriat dia.
Dalam suami aku balik ke kampung, sempat lagi ayah mertua aku menghasut. Ayah mertua aku siap cakap perkahwinan aku dan suami tak sah. Ayah mertua aku pulak yang pandai dari Tok Kadi.
Selepas bersalin, suami aku hanya pedulikan baby shj. Aku langsung dia tak peduli. Hatta hari ke lapan selepas czer aku dah start memasak. Sebab nya kalau aku nak tunggu suami. Aku akan kelaparan. Sedih kan, aku berduit, sediakan segala2nya untuk suami. Tapi aku dilayan macam ni.
Terbaru. Kami bergaduh lagi smlm. Aku hilang sabar dan mintak suami aku ceraikan aku. Dia setuju untuk ceraikan aku didepan orang tua aku. Aku pun angkut la semua anak anak aku kedlm kereta, dan drive selama sejam untuk ke rumah mak ayah aku.
Sudahnya suami aku hilangkan diri lagi.
Sampai bila aku nak bertahan dengan perangai suami. Aku tau suami aku takkan mudah ceraikan aku, sbb aku adalah sumber kewangan family ni selama ni.
Guys. Mudah tak nak filekan fasakh. Aku banyak sangat makan hati.
Jangan kecam. Aku dah terlampau tawar hati.
– Hancur hati seorang isteri (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Suami jadi besar kepala kerana puan menanggung 90 peratus perbelanjaan keluarga. Percayalah sebenarnya dia adalah seorang suami yang dayus dan bacul tidak sedar diuntung.. Keluarlah dari perkahwinan kerana puan tidak akan rugi apa-apa. Dia yang akan merana termasuk keluarganya sekali. Puan pun jangan jadi orang bodoh yang senang dipijak-pijak.
Klaw betul awak nk bercerai or tuntut fasakh, carila seorang peguam syari’e yg berpengalaman dlm hal ini, atau pon mohon bantuan guaman dari jbtn bantuan guaman atau pergi jer mhkamah syari’ah yg berdekatan, nyatakn masalah awk & tanya prosedur yg berkaitan, bwak juga sijil nikah atau salinan, surat2 beranak or ic ank2 dll dokumen yg diperlukan.. mngkin mrk akn cadangkn ‘kaunseling’ atau minta wakil dari kedua pihak utk berdamai dsb., proses utk selesai mngkin akn mngambil masa, esp. klaw ada pihak yg x stuju or mahu bekerjasama, skrg pon ada prosedur yg dimudahcara & cepat jika kedua2 pihak bekerjasama dgn baik.. apa2 pon, puan istiqorah lah dlu.., mngkin utk pihak puan xde msalah, tp ank2 mngkin akn membesar tanpa ‘sosok’ seorang ayah yg membuat mrk rasa ‘rendah diri’ dgn kwn2nya nt.., susah juga nk membesarkn ank2 sendirian, kecuali puan dpt pengganti lain.. insha Allah mne tau puan akn dpt pengganti suami yg lbh baik pula.. aamiin
suami tu kisahkan duit u je, bukan u pun. silap2 dia tak sayang. senang je file fasakh. print borang2 tu antar je kat mahkamah syariah. prepare je duit. tak payah upah peguam pun takpa. makesure u print sekali segala resit yg u bayar yg sepatutnya tanggungjawab suami. letak sekali dlm form fasakh tu sebab2 nk cerai salah 1 nya u dibiarkan bersalin sendirian and suami entah ke mana. pergi hospital untk bersalin jiran yg antar and jemput. hari ke lapan bersalin dah kena masak sendiri padahal memasak is tanggungjawab suami. just put everything dalam form tu tanpa tinggalkan sikit pun rasa kasihan. tolong la cerai. suami u mmg tak berguna.
Salam..
Dik..Tak penting pun Bab mudah or susah kau nak tuntut fasakh..Paling penting,sama ada kau nekad atau pun tak dgn kptusan kau tu..
Sudah² laa tanggung biawak reput..Bau bacin ooo..kau juga yg tersiksa
Puan…banyak duit kan?? Pergi je cari lawyer yg boleh tolong puan untuk mudah kan cara nak bercerai…tolak tepi dulu susah ke senang..Jalan terus.. ikhtiar dgn usaha dulu.. Bagitahu parents..diorang akan tolong dan bantu puan.. U do need the support to overcome this.. tak payah la berahsia dah dgn ayah tu…sudah2 la beralah dgn suami dan keluarga mertua tak guna tu.. Jaga diri sendiri dulu. Baran la baca confession mcm ni..
Move On puan, fasakh tu mudah jer.. Puan cari lawyer.. for me fasakh mudah sebenarnya.. jgn risau yer puan..
Sah² suami jenis biawak hidup. Dah la makan pakai ditanggung, takde rasa malu pulak layan isteri mcm tu. Tlglah lepaskan diri dari suami dan famili mertua toxic macam tu. Sesen pun takde guna. Kalau kata makan ditanggung tp pandai layan anak bini elok2, kita blh consider lagi. Ini hampeh. Kalau tak dpt cerai cara biasa, guna fasakh pun boleh tp sedia duit la nak bayar ke dia. Kalau ikut kes mcmni, cukup bukti, boleh jer cerai cara biasa. Dengan nafkah zahir pun takde, nafkah batin iaitu kasih sayang dan rasa tanggungjawab melindungi isteri pun tak ada, sepatutnya hakim takde masalah utk pisahkan awak. Bawak semua bukti yg awak kluarkan duit selama ni. Bila dia dah hilang awak nanti, baru dia tau langit tinggi rendah cari duit sendiri, cari makan sendiri. Famili nya pun sama. Biar padan muka diaorg.
Betul…dptkan nasihat lawyer.
teruknya cepat la cerai laki gila tu
Bila dh macam tu suami & famili dia perlakukan awak, xpayah la tunggu lg. Lebih lama simpan ‘sakit’ tu, ibaratkn awak dera diri sendiri. Rasa terseksa batin & raga. Xmerasa nafkah dari suami. Duit byk utk kelangsungan hidup famili & dia sekali. Xperlu teruskn pun, cepat2 selesaikn dgn bantuan ibubapa.
Silapnya dah terberanak nak kena tanggung pula extra mulut. Dah tahu dari mula menanggung 90% angkat kaki la. Laki pun sekejap2 merajuk biar dia kahwin je dengan mak dia. Malu sangat dengan title janda. Bukannya minta sedekah pun.
betul la tuh, sendiri cari penyakit, awal2 laki dah nampak taknk anak pon dgn puan ni, dia boleh tambah lagi 2 pulak, kenapa baru nak merungut sekarang? jd pompuan kena la bijak jugak jgn di bodoh kan lelaki tak G**a,
5 sebab isteri boleh mtk cerai
Pertama, suami suruh yg dilarang. Buka aurat, jgn solat etc
Kedua, suami larang yg islam suruh. Suami larang solat, larang puasa etc
Ketiga, suami tak bagi nafkah
Keempat, suami mendera dan memukul
Kelima, suami masuk penjara min 3tahun
Puan blh fail cerai asbab yg ketiga. Semoga dipermudahkan urusan puan dan semoga bahagia selalu. Be strong
Puan, hidup cuma sekali, jangan bazir masa untuk hal yang tak menggembirakan.
red flag & tak bertanggungjawab.
Allahu Akbar. Mmg suami toxic. Bersalin sorang2, buat semua urusan sorang2 lebih baiklah keluar dari rumahtangga tu. Untuk fasakh selain sebab tak bg nafkah boleh masukkan sebab penderaan mental yg teruk. Simpan semua bukti yg ada. Pergilah jauh dari lelaki yg tak tahu menghargai ni. Perkahwinan untuk ketenangan bukan untuk kau menderita sepanjang hayat. Buat tambah dosa je pikul biawak hidup.