Hemifacial Spasm (HFS)

Hi semua. Terima kasih pada admin kerana menyiarkan coretan saya ini. Coretan ini adalah untuk mewujudkan kesedaran tentang penyakit yang jarang di dengar dan dijumpai oleh orang ramai. Harap tidak membosankan pembaca.

Pertama sekali, nama saya Lady (bukan nama sebenar) dan berusia dalam 30an. Saya mempunyai penyakit Hemifacial Spasm (10 tahun menghidapinya) dimana muka disebelah kanan saya bergerak-gerak di luar kawalan.

Pergerakan tersebut bukan la berterusan tapi dalam selang beberapa minit anda boleh melihat muka saya mula bergegar-gegar, mata menjadi sepet kerana tertarik ke tepi dan mulut menjadi serot kerana ditarik oleh otot-otot muka.

Penyakit ini tidaklah menyakitkan tapi boleh menyebabkan pesakit hilang keyakinan diri dan malu disebabkan kekurangan fizikal di muka.

Kadang-kadang muka terasa amat la memenatkan jika ianya bergerak tanpa henti dalam sesuatu tempoh yang lama terutama ketika saya dalam keadaan stress atau pening kepala.

Hemifacial Spasm atau nama singkatan nya HFS, adalah sejenis penyakit saraf di mana berlakunya pergerakan tidak terkawal di bahagian muka.

Mengikut kata pakar, ini disebabkan oleh berlakunya sentuhan di antara saluran darah dan saraf muka yang terletak di bahagian belakang telinga.

Terdapat 2 cara untuk mengubati penyakit ini.

Cara yang pertama ialah dengan menjalankan pembedahan di kawasan belakang telinga. Tempurung kepala akan dibuka untuk memberi laluan ke saraf-saraf. Setelah laluan dibuka, doktor akan mengesan saraf yang bersentuhan.

Saraf tersebut akan dipisahkan dengan meletakkan sejenis kain yang dinamakan Teflon diantara dua saraf ini. Kaedah ini berupaya untuk memulihkan HFS tapi ada risiko nya.

Risiko yang pertama ialah pembedahan tidak akan 100% berjaya. Kejayaan pembedahan mungkin dalam 80 ke 90 peratus sahaja. HFS kemungkinan boleh kembali lagi.

Risiko seterusnya, ada kemungkinan pesakit akan mengalami pekak atau masalah ketidakseimbangan badan kerana di belakang telinga kita terdapat banyak saraf-saraf lain seperti pendengaran dan keseimbangan. Kaedah ini juga sangat la mahal sehingga menelan puluhan ribu.

Kedua adalah secara Botox. Pengunaan Botox hanya mengawal dan mengurangkan pergerakan muka yang tidak terkawal sahaja. Bahagian muka yang bergerak-gerak itu akan di suntik dengan botox bagi melumpuhkan pergerakan muka.

Tapi pengunaan botox adalah sementara sahaja, iaitu dalam tempoh 3 bulan, muka akan kembali bergerak-gerak. Oleh sebab itu, harus diulangi semula suntikan botox dimuka. Keburukan kaedah ini ialah, muka akan terasa berat dan kaku ketika membuat expresi muka.

Kemudian, muka yang di suntik botox akan kelihatan jatuh jika botox diamalkan dalam tempoh yang agak lama kerana kesan dari pelumpuhan sementara di muka menyebabkan otot-otot dimuka mulai lemah dan nampak terjatuh.

Kos pengambilan botox di Hospital Kerajaan adalah murah jika di bandingkan dengan Hospital Swasta.

Disebabkan oleh penyakit ini saya mempunyai masalah untuk berjumpa dengan orang ramai. Rasa malu dan takut orang melihat keadaan muka yang bergerak-gerak membuatkan saya hilang keyakinan dan keinginan untuk berjumpa dan bergaul dengan orang ramai.

Masalah yang saya alami ini juga membuatkan saya berasa malu dan gementar untuk bekerja kerana perkerjaan saya memerlukan saya untuk berjumpa dengan orang. Saya juga rasa susah untuk mencari pasangan hidup kerana merasa kekurangan diri sendiri.

Selama menghidap penyakit nie, saya belum jumpa lagi orang yang senasib dengan saya. Selalunya, saya hanya kenal pesakit-pesakit dari luar negara di dalam page FB International HFS.

Saya berharap ada di kalangan pembaca-pembaca sekalian yang mengalami penyakit yang sama, boleh angkat tangan atau komen sikit supaya saya rasa yang saya tidak berseorangan dalam menghadapi penyakit nie.

Mana tahu ada di kalangan kalian yang boleh cadangan kaedah pengubatan yang murah dan selamat.

Selain tu saya juga ingin baca kata-kata semangat dari pembaca-pembaca sekalian supaya kalau tiba-tiba ada hari saya dalam “mood down”, boleh la saya baca good-good comment untuk naikkan semangat saya semula.

Thank you semua.

– Lady (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit