Hidup Difitnah

Assalamualaikum. Aku mira.. Sepanjang hidup aku ini kali kedua aku diuji dgn fitnah..kali pertama dahulu semasa aku dalam alam belajar.. Ada seorang kawan dan sepasang senior yg membuat pertemuan rahsia, mereka memanggil orang2 lain dan mereka memburukkan aku. Tapi mereka tidak tahu..bahawa ada 2 orang senior yg tahu tindakan mereka memburukkan aku adalah salah. Kedua senior itu personally memberitahu aku apa yg kawan aku dan sepasang senior itu buat..mereka berpesan aku bersabar dan hati2 dengan kawan dan sepasang senior itu. Aku jadi down berminggu-minggu bila tau. Sampainya hati mereka..

Aku bukanlah suka memburukkan orang lain..aku buat-buat tak tahu apa2. Kawan aku tu bukan main bercakap manis2 depan aku…dia tak tau aku dah tau cerita sebenar. Aku slowly jauhkan diri dan aku jarang engage dgn mereka lagi..aku bercakap bila perlu shj. Sampai sekarang aku ingat kawan yg konon mahu berkawan dgnku itu akhirnya bercinta dgn orang yg pernah sukakan aku. Sehabis boleh kawan aku ni mahu tutup yg dia keluar berdating dan bercinta. Aku tau semua perbuatannya itu.

Aku buat2 tanya benarkah dia dan lelaki tu bercinta tapi kawan aku tu menafikan..buat apa nak malu. Dia takut aku bagitau orang lain. Akhirnya.. Kawan aku tu tak menjemput aku masa dia kawin. Dia takut benar aku akan bawa mulut perangai sebenar dia.. Padahal aku tak kisah dia nak berkahwin..aku juga tak terkejut dgn tingkah laku kawan aku ni sebab ini kali ketiga dia “merampas” teman orang. Kaedahnya sama..pura2 innocence..memburukkan kawan perempuan ni depan lelaki tu..lepas tu akhirnya couple dgn lelaki tu.

Sekarang ni aku diuji lagi… Dan ia terasa berat, mahu tumpah air mata aku di tempat kerja. Kisahnya aku dan suami pernah berjumpa dgn majikan untuk pertimbangan mohon tukar tempat kerja. Aku diberitahu aku diminta bertukar atas dasar keinginan majikan aku ini.. Dan bukannya sebab yg munasabah. Majikan aku ni big bosss, aku tak pernah berurusan dgn dia. Masa aku dan suami jumpa dia, itu lah first time aku jumpa dia,majikan aku ni secara tak sengaja kantoi menipu…

Bila dah kantoi, Dia tuduh pula aku kurang ajar untuk tutup malu dia. Mujur suami aku ada jadi saksi dan bagitau aku tak buat apa yg majikan aku tuduh tu…majikan aku terdiam. Aku mohon pertimbangan majikan aku..memandangkan aku ada anak2 kecil. Itu sahaja. Aku jumpa dgn majikan aku ni sbg usaha terakhir aku. Majikan aku kata dia akan tarik balik arahan bertukar itu.. Tapi lepas beberapa hari, aku dapat surat bahawa permohonan aku tak dapat dipertimbangkan. Aku sedih. Aku pergi juga kerja di tempat baru..aku cuba positifkan diri dan anggap ini cabaran.

Lepas beberapa bulan..aku jumpa beberapa orang yg bagitau aku ni jadi bualan sekarang. Orang bercakap aku ni suka maki hamun orang, aku diarahkan bertukar supaya ia jadi pengajaran aku berubah. Padahal Tuhan saja tau kisah sebenar…aku sedih, down. Bila tau rupanya majikan aku tu yg buat2 cerita2 ini semua dan sebarkan dalam mesyuarat. Yg hanya tau cerita sebenar…aku, suami dan majikan tu. Majikan aku lupa agaknya…ada malaikat kanan dan kiri mencatit..ada tuhan yg memerhatikan.

Walaupun secara luaran aku nampak kuat…tapi dalam ni tuhan saja tau betapa aku nak menangis. Dalam hati aku sekarang..kadang2 rasa marah dan berdendam. Aku cuba lapangkan hati aku..tapi aku tak dapat maafkan perbuatan majikan aku tu. Kadang aku doakan yg buruk2 pada dia dan keluarga. Kadang aku cakap aku maafkan dia. Sampai sekarang…aku tak boleh pandang muka majikan aku. Sudahlah dia yg arah aku berpindah, kemudian dia fitnah aku sampai orang lain pandang serong kat aku. Ada juga kawan2 yg minta aku bersabar…mereka tau aku tak salah. Tapi sebab majikan aku ni big bossss…semuanya diamkan diri dan hanya tunggu bis bossss ni pencen. aku tau tuhan sedang mengajarkan aku sabar. Tapi dalam hati ni tuhan saja tau…susah aku nak pujuk hati aku…

Aku ni jenis tak suka keruhkan keadaan..kawan aku ada cakap kerana majikan tau aku ni diam, sebab tu dia berani buat aku mcm ni. Pada tuhan saja aku harapkan hukuman setimpal buat majikan aku ni.. Aku perlukan kata2 sokongan dan semangat. Aku nak pulihkan hati aku. Aku nak jadi kuat. Selalunya bila aku drive jauh2…fikiran aku teringat perbuatan majikan aku, aku jadik sedih yg amat…

Thank you kawan alam maya..

– Mira

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *