Hidup Ini Untuk Apa

Salam semua.. Yang membaca ni mesti masih hidup kan.. Masih ada masa nak membaca di sini.

Tak tahu nak mulakan bagaimana penulisan ni… Ada satu hal yang bermain dalam fikiran dan perasaan. Tentang kehidupan ini, untuk apa dan bagaimana..

Terbaca beberapa berita kematian… Antaranya berpunca kemalangan yang boleh meragut nyawa sekeluarga.. Atau terkena serangan penyakit mengejut di saat kerjaya di kemuncak…

Maka terfikir, hidup ini untuk apa… Jika kematian itu boleh berlaku tiba- tiba.

Selepas mati apa yang diharapkan daripada dunia ini.

Adakah diharapkan kubur sentiasa ditaburi bunga.. Dibina makam yang indah.

Adakah harta yang ditinggalkan mampu memberi pahala berterusan atau menjadi rebutan tak berkesudahan.

Dari sini, aku yang hina ini terfikir. Kemuliaan manusia di sisi Tuhan bukanlah harta, kerana jika harta yang banyak melayakkan membeli Syurga, Firaun tak layak.

Malah harta yang banyak juga tak mampu membeli bahagia, kerana banyak yang bunuh diri dan bunuh orang kerana harta..

Sebut tentang harta. Mencari nafkah yang halal itu wajib, cuma janganlah kerana terlalu mencari harta dunia bagaikan lupa harta akhirat, pahala.

Pahala daripada kewajipan seperti solat kerana masih ada segelintir golongan yang meminggirkan solat untuk tujuan keduniaan.

Malah untuk tujuan akhirat pun ada yang melewatkan solat isyak berjemaah seperti ceramah agama di masjid..

Masa sangat terhad ilmu sangat luas tapi pengurusan masa yang sesuai dengan waktu solat untuk semua aktiviti sebenarnya boleh diselaras andai tidak terlalu berlebihan dalam semua hal.

Berlebihan dalam berceramah pun perlu dinilai. Bila ustazah selebriti tak putus ceramah sana sini live semua platform media sosial, apakah yang dikejar.

Maaf dengan pendapat dhaifku. Aku dibesarkan oleh seorang ibu suri rumah. Bukan keluarga kaya dimana ibu bapa sibuk bekerjaya..

Tapi aku cukup kagum dengan peranan ibu yang menjaga makan pakai kebajikan keluarga.

Ibu yang sentiasa ada saat anak pulang sekolah dan isteri yang sentiasa ada saat suami pulang kerja. Jadi cita cita mahu menjadi surirumah juga satu kerjaya mulia.

Namun ia perlu dibimbing dengan ilmu dan agama. Bukan sekadar ilmu dunia, ilmu akhirat juga utama.

Menjadi suri rumah satu yang fitrah juga untuk semua bangsa namun yang membezakan dengan agama adalah niat dan cara didikan.

Apa yang kita boleh ambil ikhtibar daripada watak Saidatina Khadijah dan Saidatina Fatimah dalam menjalankan tugas sebagai isteri, ibu dan anak..

Ya, tidak berlebihan. Banyak bersedekah.. Sekarang ni banyak sangat yang suka menunjuk segala hal dari segala sudut rumah sampai segala sudut pencapaian termasuk pencapaian memasak itu ini.

Aku terfikir je, mereka yang bersungguh buat benda harus sehingga pecah rekod. Adakah itu benda yang Allah mahu… Allah reda.

Rekod makan paling laju paling banyak.. Adakah ini sesuai dengan sistem badan dan sunnah. Rekod paling tak tidur, paling jauh berlari, paling tinggi mendaki. Jika mati waktu buat rekod ni agaknya mati yang dicemburui ke.

Maka, kembalilah kepada fitrah untuk faham kenapa kita dihidupkan dan bagaimana kelak akan dibangkitkan.

Hidup ni mudah tapi manusia suka berlebihan menjadikan ia sukar. Sehingga jurang kaya dan miskin sangat ketara.

Lihatlah keadaan di kota Mekah kini bila bangunan pencakar langit mewah dibina, rupanya masih ramai yang tidur di dataran, di jalanan kerana tidak mampu menyewa hotel…

Dunia sungguh kan. Tak salah membina impian setinggi langit, membuat usaha seluas lautan… Ini kan tanda akhir zaman. Sungguh la kita ni di akhir zaman dari umat Rasul terakhir.

Sungguh kah kita cinta Rasulullah saw jika tak sanggup tinggalkan dunia… Dunia hiburan yang bermegah dengan panahan gemilau mata khayalan.

Tak salah nak bergembira dengan teknologi cuma seimbangkan dengan amalan ibadah sunnah.

Antara sunnah Nabi adalah berkahwin. Andai benda ni dilihat ada pihak yang menyilitkan seperti syarat hantaran dan majlis yang besar. Syarat sah nikah mudah je… Percaya dengan rezeki selepas nikah.

Abang saya sewaktu sebut nak nikah, tak ada simpanan. Alhamdulillah ibu dan bapa sedia berikan duit simpanan untuk majlis yang sederhana.

Mahu mereka bina keluarga daripada asyik bercinta, walaupun bermula dengan susah akhirnya diberkati dengan anak dan rezeki lain… Kini kembali memberi duit setiap gajinya pada ibu bapa.

Hidup ni jika berlandaskan agama.. Dalam kesulitan ada kemudahan. Yang paling kita mahu dipermudahkan untuk kembali kepadaNya.

Begitulah sedikit pandangan hamba ini. Syukran.

– Aaaa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Solat Isyak berjemaah di masjid/surau boleh dilewatkan sedikit untuk beri laluan kepada pengajian agama. Rujuklah pada yang alim (berilmu).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *