Hikayat Si Mata Juling

Assalamualaikum WBT.

Warganet IIUMC. Aku follow IIUMC dah lama, menjadi silent reader, membaca masalah orang dan tidak mampu untuk memberi nasihat sokongan kerana aku sendiri mungkin akan dicopkan sebagai Si Tanggang apabila anda semua membaca confession aku ini nanti

Aku anak keempat dari 6 beradik. Sejak kecil lagi aku sudah biasa menguruskan hidup sendiri dek kerana ketidakadilan ibu bapa aku membahagikan kasih sayang.

Bayangkan, duit poket kesekolah ayah tidak pernah memberikan kepada aku. Hanya adik beradik yang lain menikmati keistimewaan ini.

Sejak umur 12 tahun aku terpaksa bekerja cuci kereta di perumahan aku untuk menampung hidup. Bab dicaci dihukum disepak terajang tu perkara biasalah. Tapi mungkin kerana aku lelaki, jiwa aku semakin kental apabila dipukul tanpa sebab.

Adik beradik aku sendiri tidak respect aku. Kalau ada kenduri kendara, aku tidak diajak pergi bersama. Ibu sentiasa mengatakan dia malu ada anak seperti aku. Sebab mataku juling dan hitam. Jiran selalu mengutuk paras rupa aku dan dipanggil “ugly duck”.

Kerana paras rupa aku begini, aku selalu dihindar dan disisih oleh semua orang. Tapi Allah memberikan aku kelebihan, iaitu kepandaian. Aku mendapat straight A’s bagi semua peperiksaan walaupun aku terpaksa bekerja keras.

Mana taknya, setiap pukul 2 petang aku masuk kerja cuci kereta, harta makanan dan bersihkan rumah orang. Bila result aku bagus, ibu tidak pernah beritahu dekat semua orang, tidak ada ciuman kejayaan apatahlagi berbangga dengan pencapaian aku.

Adik beradik aku ada yang berhenti sekolah kerana tidak mahu belajar. Tetapi tiada bantahan atau hinaan yang keluar dari mulut mereka.

Apabila habis SPM, aku tekad untuk keluar dari rumah itu. Aku menangguhkan pelajaran ke Universiti kerana terpaksa bekerja untuk mengumpul modal belajar.

Rezeki aku dapat majikan yang baik. Aku berjaya menjadi supervisor kilang di Shah Alam. Mulanya aku semakin lupa tentang keluarga di rumah. Tapi majikan aku menasihati supaya jangan berdendam dan menjadi anak derhaka.

Aku tidak mahu ke neraka, aku kembali ke rumah untuk melawat ibu. Ayah sudah meninggal setelah aku habis SPM. Tapi, aku dihalau dan dihina seperti dahulu.

Aku cuba berlembut dengan ibu, tetapi ibu meludah aku dan mengatakan dia malu melahirkan aku. Adakah kerana aku hanya juling? mereka membenci aku sehingga macam ni sekali?

Kakak siap mencemuh mengatakan aku ini anak neraka, setiap kali melihat aku jiwa mereka panas. Ya Rabbi, apa salah aku? Aku pun kembali ke Shah Alam dengan jiwa yang sakit. Aku menjadi trauma untuk kembali ke rumah keluarga.

Genap setahun aku bekerja, Aku usulkan kepada majikan untuk berhenti kerja, kerana aku ingin menyambung pelajaran.

Majikan aku menolak surat berhenti aku dan meluluskan skim biasiswa untuk aliran kejuruteraan mekanikal. Aku tidak minat engineering, tetapi memikirkan hidup aku perlu ada gaji, aku terima walaupun aku tidak tahu nasib selepas itu.

Genap 6 tahun pengajian separuh masa, aku berjaya lulus dengan purata CGPA 3.20. Alhamdulillah, aku terus berkhidmat di Kilang terbabit dan berjaya menjadi Engineer. Dan selama 6 tahun tersebut itulah aku tidak melawat keluarga aku

Aku terbaca banyak confession mengenai krisis keluarga. Aku ingin beritahu semua, sebenarnya hati aku sudah kering untuk melawat mereka. Dihina sejak kecil tanpa melakukan kesalahan. Sakit dicucuh api masih ada kesan sehingga sekarang.

Setiap kali raya, aku akan tumpang beraya rumah sahabat baik aku di Kelantan. Seronok beraya dengan suasana kampung disana sehingga aku sudah rasa aku tidak perlu lagi untuk berbaik dengan keluarga

Sahabat IIUMC semua, adakah aku akan ke neraka kerana hati aku sudah kering sekering keringnya terhadap keluarga aku. Mendera emosi dan mental sejak kecil. Aku tidak berdendam, cuma hati aku sudah tidak dapat diubati lagi.

2 tahun lepas aku cuba untuk kembali ke rumah keluarga, tapi aku melihat dari jauh, mereka begitu gembira bergelak sakan dan aku terus balik kerana tidak mahu menganggu kebahagiaan mereka.

Mungkin betul aku anak dari neraka. tetapi aku hanya mampu berdoa supaya Allah mengasihi aku kerana aku hanya ada Allah danRasulku. Tidak mengapa manusia membenci aku, tetapi aku harap Allah menerima setiap doa aku kerana aku tahu aku tidak berpeluang menerima doa dari ibu aku sendiri,

Kerana adik beradik aku ramai perempuan, aku melihat sikap mereka menghina ciptaan Allah, aku sudah takde keinginan untuk berkahwin. Aku takut dengan wanita zaman sekarang dengan mulut yang membawang, menghina orang dan merasakan mereka adalah ahli syurga.

Aku tahu tidak semua wanita sebegitu, tetapi kebanyakkan yang aku jumpa adalah seperti itu. Cuma aku tidak mahu menambah dosa sekiranya isteri aku berperangai macamtu.

Aku akan jalani pembedahan untuk betulkan mata aku 2 minggu lagi, aku mohon kalian semua mendoakan kesihatan aku dan cepat sembuh.

Maafkan aku sekiranya ada yang marah, tetapi percayalah, sikap menghina orang itu menyebabkan bukan sekadar hancurnya hati, tetapi trauma yang diterima itu akan berkekalan hingga akhir hayat

Terima kasih,

– Firuz (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *