Hikmah Jodoh Tak Kesampaian

Hi Assalamualaikum. Bersyukurlah kalau confession aku diapprove. Haha. Aku nak share sedikit kisah cinta cintun aku. Maybe tak nampak realistik. Tapi mungkin ada hikmah bila Allah tak bagi sesuatu yang kita betul-betul mahukan dalam hidup.

Aku pernah berkawan dengan seorang lelaki Abu (Bukan nama sebenar). Aku dengan Abu ni kenal dan sama sama belajar dekat U di negeri bersejarah. Pada awal perkenalan, kita orang berkawan biasa. Tapi lama kelamaan bila orang asyik kenan kenankan. Kita orang terjadi lah pasangan. Konon konon kawan plan sampai kahwin. Dan itulah perancagan kami dari awal perkenalan.

Nak dijadikan cerita, jodoh si Abu dengan U negeri bersejarah tak berpanjangan. Dia kena buang sebab pointer tak berapa cantik. Matematik punya pasal. Dia kata tak boleh hadam dengan nombor ni.Haha. Bidang yang diputuskan oleh family dia. Allah. Time tu memang kasihan sangat dekat dia. Sebab nampak dia down gila gila. Background family pula baik baik. Terkejut mak ayah dia bila dapat tahu dia kena buang U. Teruk kena marah. Sampai dia bawa diri. Time tu dia decide untuk kerja (gunakan diploma) sementara tunggu UPU baru akan dibukakan. Masa ni memang dia always ada dengan aku. Aku pun bukanlah jenis buang orang yang acah acah tak selevel. Sebab bagi aku. Kita tak boleh judge rezeki seseorang. Betul tak? Apa apa dia buat, mesti dia cari aku.

Dia rasa tak sesiapa masa tu. Yang dia ada adalah aku. Aku always bagi semangat untuk dia cari alternatif sambung degree balik. Dia cakap dia nak sambung course yang memang passion dia. Then, aku cakap go for it. Dia uruskan semua tu sendiri without pengetahuan family dia. Dia nak tebus maruah dia dan family dia. Alhamdulilah! He did it! Rezeki dia sambung degree kali ke kedua di U tengah Malaysia. Rezeki dia juga 2 in 1. Passion and jaminan kerja. Time ni memang tumpang excited sebab dia dapat sambung belajar.

Dari awal kami kenal, ramai yang tak berkenan. Maybe disebabkan dia jenis gentle terlampau dengan perempuan. Mostly kawan kawan dia pun perempuan. Tapi bagi aku benda tu biasa as lelaki yang jaga perempuan. Aku pun tak lah terus judge dia sebab tengok layanan dia pada aku. Hahaha typical perempun! Da sayang kan? Degil tak nak dengar cakap orang. Kan dah padan muka!

Bermulalah kehidupan kami semula as student and LDR. Tipulah hubungan kami always baik. Tak pun. Ada juga gaduh dan diduga ujian. Muncullah hamba Allah, Salmah ngaku as ex dia. Macam macam aku dengar sampai kena cemuh dengan orang sekeliling. Sampai rasa diri ni macam perampas. Long short story, ex dia cakap dia kena tinggalkan without any 24hours notification okay. Tinggal macam tu saja. Sampai separuh gila orang tu dia buat. Aku terkejut lah! Btw, itu cerita betul. Bukan rekaan ex dia semata nak burukkan si Abu ni. Sebab aku tak pernah tahu life Abu dengan ex before ni macam mana. Allah. Aku just minta penjelasan dari dia. Tapi dia lebih suka ignore. Tak nak jawab. Biar tergantung sepi. Sampailah sekarang aku tak ada jawapan kenapa dia tinggalkan ex dia tu.

Aku masih dungu. Tutup telinga. Buat muka selamba hadap semua tu. Aku masih setia dengan dia. Masih acah acah terima dia seadanya. Terima kisah silam dia. Acah acah berubah lebih baik. Untuk hubungan kitaorang. Cehwah!

Kalau korang nak tahu, selama hubungan kitaorang bertahun tahun ni. Family Abu ni tak pernah tahu and acknowledge kewujudan aku. Sebab bagi Abu dia nak kenalkan aku dengan family bila dia dah kerja dan stabil katanya. Kira macam terus ajak kahwin. And kitaorang tak pernah post apa apa dekat socmed. Sebab bagi dia tak elok. Belum ada apa apa nak expose. Okay. Fine. Mengikut buah fikiran aku, ada betul juga. Kang beriya iya tak jadi buat malu je. Ye dok?

Tapi peliknya, post yang tak sweet pun kena delete. Kau rasa? Tapi berbalas balas komen dengan perempun lain boleh pula. Dia cakap tak nak orang tahu siapa aku. Nanti orang tahulah aku gf dia. *palmface bro. Nasib aku jenis positif and malas nak ambil pusing sangat. Yang penting dia kata nak kahwin dengan aku satu hari nanti.

Kalau pegang telefon dia apatah lagi. Macam cacing kepanasan. Geletet geletet beriya taknak orang tengok. Entah ada apa entah. Bebel end up tak dapat juga pegang. Hurm.Banyak juga sebenarnya dugaan perempuan dekat dia. Macam macam dah kantoi. Tapi aku masih mampu diamkan diri. Sebab tak guna kau tanya itu ini. Dia akan buat kau macam tiang. So better fokus kehidupan kau.

Walaupun kita orang tak banyak masa mesej or jumpa selalu disebabkan komitmen course dia. Aku always positif. Sebab niat aku satu. Aku nak hidup dengan Abu.

Macam macam perngorbanan kesetiaan aku tunggu dia. Dia habis belajar lambat pun aku masih tunggu. Sampailah dia habis belajar. Time ni tahun ke 5 kitaorang bersama. Dia nak pergi interview dekat Putrajaya. Aku orang paling excited. Temankan dia shopping blazer seluar semua. Sampai dia dapat keputusan jadi seorang pendidik. Aku masih bersama dia. Aku lah orang nampak dia jatuh, bangun semula dan hampir berjaya dengan cita cita dia.

Aku pula baru dapat offer kerja swasta di negeri kelahiran aku tengah tahun 2017. Bermulah real life dugaan nak bina masjid ni. Dia tunaikan janji dia untuk halalkan aku dengan bawa jumpa family dia. Terus plan nak tunang and kahwin. Time tu aku setuju je plan dia dan family dia. Family dia sangatlah baik dengan aku.

Aku anak sulung. Tak ada bapa. Bila kita involve dengan life sebenar. Baru kita tahu apa itu dunia. Banyak aku fikir. Rasa macam awal pula nak kahwin bila tak sampai setahun bertapak dalam kerjaya. Master tak habis lagi. Tak sempat nak berbakti pada family. Baru beberapa bulan balik ke rumah. Tak sempat nak bermanja. Adik aku pula tak habis study lagi. Macam macam bermain dalam fikiran aku.

Salahkah aku fikir itu semua?

Atleast bagi aku ruang setahun lebih untuk bertapak dan masa untuk family aku. Aku cuba untuk nego dengan dia if majlis kami dianjakkan dalam setahun lagi (hujung 2018 atau awal 2019). Tapi 1001 kali sayang. Tiada persetujuaan dari dia. Baru nampak perangai sebenar dia dalam handle masalah. Dia tetap dengan keputusan dia. Tak nak susahkan hati family dia. And nak satu majlis dengan adik dia. Aku makin kenal siapa dia sebenarnya. Dapat membayangkan dia menjadi ketua keluarga nanti.

Makin lama aku jadi dilemma. Aku jadi tak bersedia untuk terima lagi satu tanggungjawab. Kerana tanggungjawab ku pada keluargaku belum tertunai?

Tambahan dengan kewujudan orang ke’tiga’ dalam hubungan kami. Makin rapuh hubungan kami. Aku cuma diberi talian hayat sampai hujung bulan satu seandainya untuk meneruskan perkahwinan pada tengah tahun 2018 ini juga. Yes! Memang beza beberapa bulan saja. Tapi bagi aku macam macam aku kena fikirkan tentang family aku. Dia nak teruskan juga walaupun apa terjadi. Walaupun bukan dengan aku. Untuk memenuhi permintaan keluarga katanya.

Family dia tidak tahu masalah kami. Sebab dia always cakap untuk selesaikan masalahnya sendiri tanpa melibatkan family. Family dia tahu bila hubungan kami tak bole diselamatkan. Aku sedih aku tak dapat mempertahankan hubungan kami. Sebab family nya tak pernah tahu kewujudan aku selama 5 tahun. Susah senang aku bersama anak mereka. Bertapa senangnya anak dia permainkan ramai anak dara orang. Allahuakbar!

Dia pernah cakap dengan kawan aku,”dah 6 bulan aku tunggu dia (aku). Sampai bila aku nak tunggu dia lagi?”. Ayah Abu pernah pesan dia,”Benda nak halalkan patutnya senang tapi ini susah, carilah yang lain.” Allah luluhnya hati aku. Mungkin aku ada membuat kesilapan. Tapi 6 tahun dengan 6 bulan? Aku tak pernah sedikit pun terdetik penyesalan. Kenapa kau tak pernah cuba pertahankan aku, Abu? Macam mana aku pernah ada untuk kau.

Aku cuba minta ruang dan masa untuk menyelesaikan masalahku yang sedia ada. Tik tok tik tok. Dateline dah due. Aku tak tahu kenapa perlu ada dateline? Slow slow dia pergi dari hidup aku. Yes! Salah aku tak hargai dia. Tapi aku perlu masa. Saat semua dah settle down. Dia dah pergi jauh dari aku. Dia dah buang dari aku. Tup tup dapat tahu. Dua minggu lepas putus dengan aku. Dia sudah masuk meminang seseorang. Sikit sikit Allah buka real diri dia.Rupanya seseorang itu dah lama dia kenal and berkenan dengan si Abu ni. Bulan 6 yang lepas. 5 bulan selepas putus dengan aku. Dia bernikah dengan perempuan tu. Jodoh.

Dia dapat lebih baik dari aku. Sempurna auratnya dan manis. Nak dibandingkan aku masih jauh. Mungkin sebagai lelaki dia perlukan seorang isteri yang baik dan solehah. Aku rasa kerdil. Aku kurang dalam part itu. Aku sedar diri. Mungkin Allah nak aku juga berubah menjadi lebih baik untuk diri sendiri. Itu mungkin sebab dia buang aku dari hidupnya.

Tak tentu pengorbanan kau bertahun untuk seseorang akan berbalas dengan pengorbanan juga.

Memang perit sakit untuk difikir guna logik. Tapi bila kita fikir apa maksud Jodoh. Kita cuba redha. Apa dia buat pada aku. Itu bahagian dia. Aku cuma mampu doakan kebahagiaan dia. Dia pernah jadi terbaik untuk aku. Cuma dia bukan terbaik untuk masa depan aku. Mungkin ada yang lebih untuk aku. Yang mementingkan dan memikirkan keadaan aku dan family aku juga.

Banyak hikmah aku nampak kenapa aku berat hati untuk terus kan perkahwinan aku dengan dia tahun ni. Kenal siapa diri dia dan family yang sebenar. Yang tak tentu aku akan bahagia. Betul tak? Family aku ditimpa macam macam masalah. Alhamdulilah. At least aku masih boleh ada untuk keluarga aku. Berbakti dengan keluarga aku. Aku dapat habis kan master aku. Aku dapat sedikit kumpul rezeki untuk masa depan aku. Aku dapat kebahagiaan aku sendiri. Doakan aku terus istiqamah dan dikurniakan jodoh yang terbaik untuk aku.

Hikmah jodoh yang tak kesampaian. Banyak. Tak terungkap.

– [Kerdil]

– Hamba Yang Kerdil

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *