Hilang Kerja kerana Depression

Hilang Kerja kerana Depression

Assalamualaikum dan hi semua. Aku saja buat luahan dekat iium confession ni. Maaf ye kalau penulisan aku ni berterabur dan susah nak faham. Dah lama tinggalkan zaman tulis karangan ni, huhu. Btw, aku tak kisah confession ni dipublishkan ke tidak, asalkan aku buat luahan ni pun untuk lepaskan rasa terbuku di hati.

Saat aku tulis confession ini, dah tiga minggu aku pegang title PENGANGGUR. Sebab ? Aku diberhentikan kerana mengalami mild depression and anxiety di tempat kerja. Oh ya, aku dah lama didiagnosis depression ni sejak tahun akhir di universiti lagi.

Aku dapat offer bekerja sebagai officer di salah satu company swasta. Basic gaji pun cun juga sesuai dengan kelayakan aku walaupun lari dari bidang yang aku belajar dulu. Aku pun terima kerja ni sebagai cabaran untuk aku belajar sesuatu bidang yang baru. So aku diletakkan dalam tempoh percubaan untuk menilai sejauh mana prestasi kerja aku. Training pun mereka provide sekali. Awal bulan pertama, semuanya ok. Sana sini silap tu perkara biasa, budak baru belajar.

Tapi masuk bulan kedua dan seterusnya, aku dah mula nampak diri aku tak kena. Setiap hari yang berlalu ada saja careless mistakes yang aku buat walaupun dah banyak kali buat double check. At the same time, fokus aku semakin hilang dan memori aku juga semakin teruk. Aku jadi mudah pelupa dan blur bila staf lain minta aku siapkan task yang mereka nak. Dan work pattern aku pun jadi slow dan aku jadi mudah panik, kelam kabut dan stuck bila disuruh completekan task dalam waktu yang segera.

Keadaan sebegini menimbulkan rasa jengkel dalam kalangan staf yang lain. Ada yang mengeluh panjang tepuk dahi, tarik muka bila selalu aku tanya dan repeat kesalahan yang sama. Aku jadi semakin takut dan berat mulut nak bertanya. Kadang2 bila aku cuba tegur and senyum pun macam buat tak endah saja. Nampak tak betapa negatifnya aku masa tu.

Untuk makluman, aku pernah saja beritahu tentang depression yang aku alami ni pada boss tapi ternyata stigma terhadap mental illness masih menebal. Aku tak salahkan mereka kalau mereka tak faham tak keadaan penyakit yang tiada “wajah” ini. Tapi sepanjang probation period ni, sebulan sekali aku ade medical appointment dengan psikiatri dan doktor psikologi. Kadang2 aku skip juga medical appointment sebab tak mahu prestasi kerja aku ni terjejas pulak.

Saban hari, depression aku semakin teruk. Aku jadi sangat pendiam dan khayal dalam dunia sendiri. Walaupun berbagai cara aku buat untuk bagi yang terbaik untuk kerja ni, it become worse. Rasa macam aku push diri aku buat kerja yang terbaik dan jangan ada buat silap. Aku tak cukup tidur dan selalu rasa berat untuk bangun pergi kerja. Sampai satu tahap aku menjerit2 dalam tidur, mimpi buruk dan selalu menangis tanpa sebab. Di ofis, banyak kali aku menangis dalam toilet setiap kali ada je kerja yang aku buat tak kena. Sampai kan housemate aku pun takut nak tegur aku tengok aku macam mayat hidup. Dah hilang seri wajah aku sampai mak aku pun perasan.

Kemuncaknya, aku otw ke ofis dan bila semakin dekat aku sampai ke ofis,tiba2 saja aku jadi panik dan takut. Aku patah balik dan pulang ke rumah sewa. Sepanjang perjalanan balik,aku menangis. Manager whassap aku kenapa tak masuk ofis. Aku terpaksa terus terang yang aku depress dan panik serta not in good condition for coming and give a time for healing myself. Then, dalam beberapa jam kemudian, aku terima email dari company yang aku diterminate dari tempoh percubaan.

Aku jadi blur sekejap tengok email tu dan tanpa sedar air mata mengalir mencurah2.. Aku meraung2 macam orang gila dan start tu suicidal thought come into my mind. Rasa macam nak kelar je diri aku, sebab rasa uselesss, worthless, frustrated, tak patut hidup semua bercampur aduk.. Nasib baik housemate aku ade, peluk dan tenangkan aku. Kalau tidak, mungkin pisau dah ade dalam peganganku dan tunggu masa nak kelar je.

Sekarang, i’m jobless and still fighting with my depression. Aku cuba cari sisa2 kekuatan semula walaupun rasa macam dah tiada semua tu. Dan sampai sekarang keluarga aku masih tak tahu keadaan aku yang sebenar ni (jobless) sebab aku tak nak mereka susah hati. Aku cuba tak putus asa dalam cari kerja baru dan at the same time try to heal myself from this disease. Walaupun aku dah hilang satu nikmat pekerjaan, di situlah aku nampak masih ada lagi kawan2 yang memahami dan menyayangi diriku yang tak sempurna ni. Dan dari situ juga aku rasa diri aku ni masih lagi dihargai.

Doakan aku untuk terus kuat.. :’)

– IRENE

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit