Hinakah Jika Tidak Bekerja Makan Gaji?

Assalamualaikum para pembaca. Saya ingin meluah apa yang terbuku dalam hati saya. Saya juga ingin minta pendapat dari anda semua. Saya berumur lewat 20an, dan tak sampai setahun berkahwin. Saya bertukar ke tempat kerja baru lepas kahwin kerana waktu kerja lebih fix dari tempat kerja lama yang gajinya lebih kurang tapi memerlukan saya untuk kerja hingga lewat malam.

Rezeki saya lah dapat kerja di syarikat swasta tapi waktu kerja seperti kerja kerajaan. Staff di sini juga lebih bagus dan professional. Lama kelamaan, salah seorang staff di sini mula menunjukkan sifatnya yang menjengkelkan. Setiap hari staff ni buat saya tertekan, cari kesalahan saya dan gemar cucuk boss. Semua keputusan di tangan dia, saya tak dibenarkan menang. Banyak lagi. Lama kelamaan saya tertekan. Nak datang office tiap pagi takde mood dah.

Lagi satu, boss saya memang bagus, tetapi saya hampa apabila baru-baru ini beliau meminta saya untuk menukar penampilan yang lebih seksi dan moden (saya bertudung dan berpakaian longgar) dan minta untuk melihat aurat saya. Saya tak bodoh la nak ikut. Rasa nak lempang tapi kalau lempang, tau dah apa nasib saya. Ini membuatkan saya tiada hati untuk bekerja makan gaji.

Suami marah pasal kes tu tapi apa pilihan yang saya ada, bukan senang untuk dapat kerja lain dalam masa singkat. Ini bukan pertama kali. Dulu zaman lepasan SPM, tamat diploma, atau bila masa yang terluang saya pasti akan bekerja part time. Dalam tengah seronok cari wang, saya ada juga terkena gangguan seksual yang di tempat kerja, saya jadi trauma. Saya rasa stress.

Saya sangat suka buat side income berniaga macam-macam namun waktu kerja agak mambatasi saya. Itu bukan alasan dan tetap beri yang terbaik untuk buat sales. Saya lebih suka buat sesuatu yang saya minat. Saya bersengkang mata melayan customer. Gaji suami lebih tinggi, saya gaji 1k je sebulan, namun tengah bulan saya pula sara suami saya. Saya sedar lepas saya kahwin saya diuji dengan kesempitan, sebab tu saya berusaha, malu nak pinjam duit kat orang.

Saya ada menyuarakan isi hati kepada teman-teman, dan suami. Jawapan mereka lebih kurang je. “Eh sayangla nak benti, takkan nak berniaga kot” “Niaga apa ja, biar betul kau ni. Kalau aku jadi laki kau pun aku tak support eh nak berniaga tapi tak kerja” “Sayang boleh berhenti, tapi cepat-cepat cari kerja lain. Pasal berniaga abang tak kisah, niaga je” “Bincang dulu dengan suami wei,nanti diri sendiri rugi” . Saya tertekan. Saya sedih.

Dulu bila saya berhenti kerja sebab nak kahwin, mertua pernah rekemen saya kerja. Cara pun tahu macam menyampah dengan saya sebab menganggur masa tu. Pernah mertua cakap ke saya “Ingat, kalau nak berhenti tu cari la kerja lain dulu. Jenuh nak cari kerja pulak. Paling penting jaga nama Mommy” dan tak lama pastu saya dapat pula tawaran kerja yang di-rekemen oleh kawan saya (tempat sekarang). Dan sekarang saya la menantu kesayangan.

Jadi saya nak tahu, hina ke kerja dari rumah? Hina ke tak kerja makan gaji? Saya bukan nak duduk rumah tunggu duit suami. Saya dah memang takda hati kerja makan gaji dah. Bila sibukkan diri berniaga layan customer saya jadi ikhlas dan happy. Semua nampak usaha saya cari wang. Tapi tak percaya kebolehan saya.

Saya rasa lost dah sekarang. Nak kerja, dah takda hati. Nak berhenti, tiada sokongan. Minta beri pendapat dan kata-kata semangat ye semua. Terima kasih ye.

Sekian…

– Elina

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *