Housemate Dari Neraka

Saya nak cerita pengalaman saya masa baru masuk kerja di sebuah institusi yang terletak di sebuah negeri yang jauh dari family saya, jadi saya terpaksa duduk rumah sewa.

Kisahnya bermula bila saya masuk rumah sewa pertama. Disebabkan saya tiada sorang kenalan pun di negeri yang bakal saya pergi ni jadi kawan saya ada beri 1 contact number untuk saya hubungi dan bertanyakan hal rumah sewa dll.

Jadi saya pun contact kawan kepada kawan saya ni dan dia bagi info ada 1 rumah ni memang tengah cari sorang housemate. Sedia ada dalam rumah tu 2 orang. Si A dan B. Kedua-dua mereka bekerja di institusi yang sama dengan tempat saya bakal kerja.

Pada awalnya kawan kepada kawan saya bagi saya no contact si B, saya pun whatsapplah si B ni untuk tanya tentang rumah sewa, malangnya si B ni macam layan tak layan saja mesej saya tu. Macam taknak saja saya masuk rumah sewa tu.

Dalam beberapa minggu kemudian ada seseorang whatsapp saya semula tanya tentang rumah sewa. Rupa-rupanya dia adalah si A dari rumah sewa yang sama.

Dia yang jelaskan semua tentang rumah sewa tu. Harga sewa bilik, fasiliti yang ada dll. Alhamdulillah baik sangat orangnya dan saya pun bersetuju untuk masuk rumah tu bila tiba di sana nanti.

2 hari sebelum lapor diri saya pun berangkat ke negeri tersebut dan terus ke rumah sewa dan masuk barang semua. Alhamdulillah saya & family disambut baik oleh si A tadi, dia tolong angkatkan barang, tunjuk bilik & bagi kunci.

Tapi ada something yang buat saya pelik iaitu si B ada di rumah tu, tapi dia langsung tak keluar bilik bila saya sampai.

Padahal bilik saya berhadapan sahaja dengan bilik si B ni iaitu di tingkat atas. Si B ni dia yang dapatkan rumah tu jadi dia duduk bilik paling besar (master) siap 2 tilam saiz king (owner sediaka), aircod (owner sediakan) & bathroom attach.

Manakala bilik si A pula di bawah (bilik paling kecil) ada tilam (sendiri) je, tak ada aircond. Tapi sewa rumah bayar sama banyak dengan si B. Saya cuba bersangka baik, mungkin si A ni dah setuju dari awal sebab tak ada rumah lain atau sebagainya.

Dah selesai set up barang semua dalam bilik, kami nak request grab untuk saya hantar family saya ke hotel. Tapi si A yang baik tu offer guna kereta dia. Memang baik sangat orangnya, kenal tak sampai berapa jam dah bagi pinjam kereta. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan kami.

Sepanjang keluarga saya berada di sana senanglah nak bergerak cari tempat makan, melawat tempat kerja saya, pusing-pusing bandar di sana sebab ada kereta si A. Alhamdulillah.

Si B pula masih dengan perangai peliknya. Pada keeseokkan harinya saya dan si A ada masak-masak sikit dan ajak family saya datang makan ke rumah sewa kami,

Tapi si B ni bila nampak family saya dia buat-buat macam tak nampak. Apatah lagi nak senyum jauh sekali nak bertegur sapa. Family saya pun dah mula pelik & terasa hati. Nasib baik si A layan family saya dgn baik.

Hari saya lapor diri pun tiba. Family saya dah balik petang tu. Malam tu barulah si B tu mula nak borang dengan saya. Cakapnya boleh tahan, banyak dia cerita tentang kelebihan dia. Saya sebagai orang baru di sana cuma dengar jelah. Si A pun banyak mengiyakan saja cakap si B tu.

Hari demi hari berlalu, saya cuba untuk sesuaikan diri di rumah tu. Cuba fahami orang-orang dalam rumah tu. Alhamdulillah si A baik dan mudah didekati, dibawa berbincang, berkawan, bergurau dll. Tapi si B masih belum boleh rapat seperti ada gap sebab dia jenis yang ada mood.

Kadang-kadang saya senyum dekat dia, dia buat tak tahu saja. Muka pun masam saja. Adoi saya susah sikit nak masuk dengan orang jenis macam ni. Oklah takpe. Saya pun buat hal saya jelah. Jenis tak suka sibuk sangat hal orang lain.

Sampailah tiba-tiba ada 1 hari tu, saya balik kerja awal saya parking di bahagian kiri garaj iaitu depan pintu masuk rumah dan tak perlu double park (parking favorite si B) sebab senang.

Kalau parking di belah kanan garaj lebih luas, boleh double park tapi kereta yang sebelah belakang tidak berbumbung dan perlu alih kalau kereta depan nak keluar. So susah la sikit. Si B cukup tak suka parking belah kanan ni.

Tiba-tiba keesokkan harinya saya terima whatsapp dari si B pesan suruh next time saya kena parking belah kanan saja sebab pagi selalu saya yang keluar paling lewat.

Kiranya kalau ikut kepada ayat dia tu saya ni tak bolehlah parking belah kiri tu dah lepas ni. Amboii sedap saja dia arah-arah saya.

Dah la sewa rumah bayar sama banyak walaupun dia duduk bilik master & beraircond. Saya walaupun duduk bilik tengah dia atas, tapi guna tilam sendiri dan tak ada aircond.

Jadi, saya langsung tak reply whatsapp dia dan lepas daripada hari tu kalau saya balik kerja dan nampak parking belah kiri tu kosong saya parking saja dekat situ. Haha. Padan muka dia. Nampak dia macam lagi marah dekat saya. Langsung tak tegur saya dah. Saya tak kisah pun.

Iyelah, takkan dia fikir diri dia saja nak senang? orang lain biar susah? Itu sellfish namanya kan.

Tapi dia memang desperate sangat nak parking dekat situ. Sampai ada 1 hari tu si A parking dekat belah kiri sebab dia balik awal, tiba-tiba si B ni pegi mana entah balik pukul 10mlm dia sanggup call si A suruh alih kereta sebab si B nak parking best tu.

Alasan dia nak angkat barang. Si A pulak jenis yang baik, dia pun alih. Macamlah orang lain tak ada barang. Padahal saya & si A pernah saja parking belah kanan dan angkat tong gas daripada kerata masuk rumah. Ok saja. Si B ni jenis tak fikir orang lain, fikir pasal dia saja nak senang.

Sebelum ni pun kalau si A parking dekat belah kiri lepas tu si A kelaur sekejap pegi kedai, si B cepat-cepat alih kereta dia pegi ke sebelah kiri tu. Tak faham betul kenapa dia sampai mcm tu sekali. Saya dah mula tak berkenan dengan perangai si B ni.

Lagilah saya buat hal sendiri saja. Kalau nak pegi keluar ke, makan-makan ke saya selalu ajak si A saja dan kawan-kawan kerja yang lain. Hubungan saya dgn si B tu semakin renggang sebab saya tak selesa nak kawan dengan orang mcm tu (bukan saya sahaja yang tak selesa). Haha.

Tibalah 1 hari, sampai kepada saya cerita yang kurang baik tentang diri saya. Cerita buruk tentang saya berlegar-legar dalam kalangan rakan-rakan kerja saya, termasuk boss saya.

Masa tu memang saya betul-betul pelik dan sedih. Siapa yang buat cerita buruk tentang saya ni? Sedangkan saya orang baru di sana, kawan pun belum ramai apatah lagi musuh.

Siasat punya siasat rupa-rupanya housemate saya si B tu yang buat cerita buruk tentang saya. yang lagi bestnya rupa-rupanya si B ni terus pegi jumpa boss saya dan buat cerita buruk rekaan dia tentang saya.

Punyalah saya terkejut. Saya tak pernah ambil tahu pun pasal hal dia. Saya pelik dan betul-betul geram masa tu. Saya dapat tahu si B yang buat cerita buruk tentang saya pun sebab PA boss saya bagitahu saya sendiri.

Dia tak sampai hati tengok orang buruk-burukkan saya. Huhu. Saya cerita dekat mak saya, mak saya pesan suruh sabar dan jangan rapat sangat dengan orang macam tu. Mulai hari tu saya cukup berhati-hati dengan si B. Bahaya orang macam ni.

Si A dan kawan-kawan office yang lain nasihatkan supaya saya pindah rumah. Pada waktu yang sama barulah si A buka cerita sejarah dia boleh masuk rumah tu. Rumah yang kami tinggal tu memang si B yang cari. Pada awalnya dia tinggal sorang dekat rumah tu, sewa RM1100.

Tapi katanya mak si B ni tak bagi dia tinggal sorang, jadi si B ni pun carilah housemate. Kebetulan si A tengah cari rumah sewa masa tu dan kenal dengan si B ni, jadi si A pun setuju masuk rumah tu. Si B terus tetapkan sewa bahagi 2 walaupun si A dok bilik kecik dekat bawah & kena beli tilam sendiri.

Tapi janjinya keadaan tu cuma sementara, nanti diorang nak cari housemate lagi so boleh kurangkan kos sewa, elektrik dll. Disebabkan si A ni baik sangat, dia pun setuju. Akhirnya sampai setahun lebih si B tak cari pun housemate baru, kalau ada orang nak masuk pun dia bagi macam-macam alasan.

Kalau tak silap, saya orang ke-4 yang minta masuk rumah tu. Patutlah mula-mula saya whatsapp si B tu dia endah tak endah saja balas. Dia memang tak nak orang lain masuk rumah tu.

Katanya tak selesa tinggal ramai-ramai. Tapi sewa tak nak bayar mahal-mahal. Sabar jelah. Padalah rumah kitorang tu double story kot, bilik ada 4buah.

Itu yang si A usahakan juga untuk saya masuk. Itupun lepas saya masuk ada 1 lagi bilik yang masih kosong. Bila saya masuk sewa bahagi 3 jadi sorang RM300 lebih sebab kata si B tu barang dalam rumah tu byk dia yang beli, so sewa bayar sama rata. Takpelah.

Saya pun mula cari rumah sewa lain. Alhamdulillah mudah dapat. Hujung bulan tu saya akan pindah inshaallah. Tapi sementara nak sampai hujung bulan tu rupanya ada lagi perangai-perangai menyakitkan hati si B ni.

Yang pertama, saya baru tahu yang rupanya bilik master tu jadi ada 2 tilam king sebab dia ambik daripada bilik yang saya duduk tu.

Masa dia ambil tu, bilik tu memang kosong takpelah. Tapi bila saya masuk dia tak pulangkan dan buat tak tahu saja. Saya dah nak pindah baru si A bagitahu. Menyirap saja darah ni masa dapat tahu tu. Huhu.

Selain daripada tu ada lagi si B ni buat perangai. Korang nak tahu? Rumah tu ada 1 mesin basuh yang owner sediakan. Boleh si B ni bantai rendam baju dia sampai dekat seminggu dalam mesin tu? Dia tak fikir ke orang lain nak guna juga? Lagi 1, tak busuk ke baju kau rendam lama-lama macam tu?

Mesti busuk & berlendir. Aku tak faham betul orang mcm ni. Takpelah kali pertama dia buat, saya mengalah, saya angkut baju saya bawak pegi dobi. Saya saja angkut depan dia bagi dia nampak. Ingat dia nak rasa bersalah.

Rupa-rupanya tak ada rasa bersalah langsung. Minggu depan tu dia buat lagi guys, saya bawak keluar saja baju dia dari mesin, saya basuh baju saya. Tak habis dekat situ je, lepas beberapa hari dia buat lagi perangai dia rendam baju berminggu-minggu.

Kali ni saya tak tahan. Saya sound saja dia dalam whatsapp. Saya cakap, hidup ni kena fikir orang lain juga, dalam rumah ni ada 3 orang. Dia sentap guys. Dia balik kerja terus dia basuh baju dia & sidai.

Boleh pun buat elok-elok. Tapi lepas tu dia langsung tak tegur saya dah. Haha. Sorry, sikit pun saya tak kisah.

Tiba hujung bulan saya pun pindah tanpa bagitahu sepatah pun dekat dia, saya cuma bincang dengan si A saja.

Dah selesai pindah baru saya minta semula deposit saya RM500 yang saya bayar dekat dia masa nak masuk dulu. Nasib baik masa masuk dulu tak ada sign apa-apa contract. So bolehlah dapat balik deposit.

Tapi guys, dia boleh buat liat. Saya minta dekat whatsapp dia tak reply. Lepas 3 hari saya whatsapp lagi dia tak reply jugak. Lepas seminggu saya whatsapp lagi, dia tak reply jugak. Saya call dia tak angkat.

Last-last saya buat ayat gertak sikit dekat whatsapp, cakap nak viralkan dan buat report polis baru dia takut & terus call saya semula. Dia ajak jumpa malam tu nak bagi deposit. Adoii saya memang malas dah nak jumpa dia, saya kata transfer/bank in saja tak boleh ke?

Dia kata tak boleh. Sebab saya nak balik deposit saya tu, saya pun setuju jelah dengan masa & tempat (kedai makan) yang dia tetapkan. Tepat pukul 8mlm saya sampai kedai tu, dia dah ada duduk di satu meja siap ada air. Saya terus pegi ke arah dia & minta duit saya.

Dia kata “duduklah dulu.” Saya kata “saya nak cepat.” Dia kata “takkan tak boleh duduk sekejap.” Saya dah duduk dia suruh order air pulak. Haha memang taklah. Saya suruh dia bagi duti tu cepat. Dia kata dia ada soalan nak tanya.

Dia tanya “kenapa pindah tak bagitahu?” Saya gelak saja sambil cakap “malas nak bagitahu.” Dia tanya lagi, “pindah ke mana?” Saya cakap “dekat-dekat sini je”. Dia tanya lagi “dekat sini tu dekat mana?” Sibuk saja kan dia nak tahu pasal saya?

Saya dah fobia dah dengan dia. Saya cakap “ada lah”. Muka dia macam tak puas hati. Haha. Lepas tu dia cakap “apa yang nak rahsia sangat”. Maunya tak rahsia dengan orang suka tabur pasir dalam periuk nasi orang ni.

Huhu. Lepas tu dia tanya lagi “kenapa pindah”. Inilah soalan yang ditunggu-tunggu. Saya cakap “yelah, nak cuci baju pun susah, akak rendam baju sampai seminggu apahal?.”

Dia jawab “akak lupalah, akak sibuk” haha. Guys kalau sehari dua logiklah lupa, ni sampai seminggu & berulang kali bukan lupa dah tu.

Saya gelak sinis sambil jawab “haha baju sendiri pun boleh lupa? Sampai seminggu pulak tu” Dia taknak kalah, dia jawab “awak tak pelupa takpelah” masalahnya si A cakap sebelum ni si B ni tak pernah pun buat perangai rendam baju lama-lama macam tu. Si B ni memang sengaja nak sakitkan hati saya.

Lepas tu saya pun malas dah nak layan dia lama-lama. Lagi sekali saya minta deposit saya. Barulah dia bawak keluar dari beg dia. Saya ambik duit saya, cakap terima kasih terus balik. Alahamdulillah selesai.

Sejak daripada tu saya tak pernah dah bertegur dengan dia. Dia pun lalau nampak saya dekat office buat-buat tak nampak saja. Eloklah.

Part paling best dia unfriend saya dekat fb, block saya dekat whstaspp. Haha. Saya lagi bahagia tak ada dah orang nak sibuk pasal saya & reka cerita-cerita buruk pasal saya.

Sekarang saya bahagi di rumah baru alhamdulillah. Dan tak lama lepas saya pindah, si A pun pindah juga sebab dia tak tahan jugak duduk dengan orang macam tu plus kena bayar sewa mahal tak sesuai dengan bilik.

Sekarang si B tinggal sorang-sorang. orang macam tu memang elok duduk sorang saja. Hehe.

– Isya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *