How To Ignore People

Kecewa aku baca confessions daripada Miss L yang bertajuk, “Cara Kendali Orang Tak Suka Kita”, (https://iiumc.com/cara-kendali-orang-tak-suka-kita/) Meh laa sini aku kongsikan pengalaman aku.

Hanya orang yang berada dalam situasi ini sahaja yg akan faham perasaan org tersebut.

1. Ignore

Untuk meneruskan hidup, memang kau kena ignore. Kau kalau buat benda jahat pun, orang tak suka. Inikan kalau kau buat benda baik. Orang boleh bercakap selama mana yg dia suka, nanti dah penat bercakap, dia diamlah.

2. Refleksi diri

Kena tengok diri kau jugak. Dah kenapa orang tak suka. Mesti ada sesuatu. Jenis suka membawang ke, sebar gosip ke, memfitnah orang ke. Daripada sini, kau dah boleh fikir. Ubahlah diri ke arah kebaikan. Aku ni membawang jugak, tapi membawang kalau berkaitan dengan diri aku. Yg tabur2 fitnah ke gosip tu kalau boleh elakkan lah.. Tak baik pun.

3. Sayangi diri anda

Buat apa nak berada dalam relationship (persahabatan) kalau orang asyik condemn kita je. I used to berada dalam dunia persahabatan dalam a group of friends (5 orang). Rupanya one of friends ni suka cerita buruk pasal i dekat kawan2. And diorang mula jauhkan diri. Daripada sini, saya tahu, siapa saya di hati mereka. Sedih dan kecewa.

4. Buat hal sendiri

Orang kalau dah tak suka, benda elok kita buat pun nampak buruk di mata mereka.. Jadi, saya mengamalkan sikap sabar dan buat hal saya sendiri. Memang makan hati, tapi takpelaa. Allah ada. Saya jenis bukan melawan balik. Jadi, kalau memang saya dikutuk2 dan dipandang serong, saya diam je. Tapi tulaa, belum ada kekuatan lagi.

5. Cari orang yang percayakan kita

Saya percaya akan ada sorang yang suka dan percayakan kita.. Carik laa org tu dan berkawan la dgn dia.

Tu je perkongsian saya. Cuma ingatlah, bila kita di mana mana, cuma kena pandai bawa diri. Kita diam pun, akan ada orang tak suka kita. Peace.

– Mrs A

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *