How To Tackle Recruiter

How To Tackle Recruiter

Assalamualaikum..

Thanks admin kalau penulisan saya ni disiarkan. Based on title rasanya you guys dah tau apa yang saya nak sampaikan right ?

memandangkan saya pernah jadi student, pernah jadi recruiter & tukang menemuramah orang. So, saya nak share sikit la something yang berguna utk semua berdasarkan pengalaman ciput saya ni. Confession saya ni bukanlah khusus utk fresh grad student, tapi general. Mana yang dah kerja & bercadang nak tukar company pun boleh baca. Moga mendapat manfaat. Okay, lets start with email.

Email?
yes email. Please make sure you punya email melambangkan diri you. Maksudnya you punya email tu pakai you punya namalah. Contoh; khairiazman@gmail.com or suhailiiskandar89@yahoo.com. Kira mcm gitulah kan. Jangan la pakai email mcm dragonhunter93@gmail.com or public_enemy91@yahoo.com. Saya yang baca pun rasa tak best. Ahh sudahh. Budak ni musuh dalam selimut ke ape. So, you punya email tu kalau boleh biar nampak professional sikit la kann.

Next, title.
Dekat title tu you tulis la apa jawatan yang you mintak. Example; Application for (position) by (fullname). Lebih kurang mcm tulah. Ni kalau kat title pun ada grammar error mcm mana kan. Benda simple je tu. Tapi jangan la letak title panjang sangat, jenuh pulak nak membacanya.

Content.
kat sini you tak payah tulis panjang sangat la. Make it simple. Bukan tall, dark & handsome. Short & simple. Senang je. you tulis la ” Dear hr manager. Please see the attached document for a copy of my resume and cover letter. I have more than 1 year experience in the industry and feel I would be a great fit for the position. I look forward to speaking with you regarding my application. ” lebih kurang mcm tu la. Kalau you tak reti boleh je google. Ada banyak contoh ayat you boleh pakai. Dekat cover letter nnt you goreng la sikit. Nampak yang you betul betul berminat dgn company tu. Tapi make sure jangan ada grammatical error sbb ada certian orang yg particular akan hal ni. So, be careful. And lastly leave your contact number. Tu je dik.

resume & attachments.
Kat sini cv please make it simple. Point form or ada kotak-kotak. Kiranya benda biasa jela. & ada latest picture. Jangan la letak gambar masa form 5 or masa first year student. Memang la jauh beza nya. & tolonglahh jangan letak gambar selfie. Tapi mmg betul, benda ni berlaku. aiyaaaa. lagi satu benda tak penting takyah la letak dlm resume tu. Kami taknak tahu you punya favorite food & drink. So, pokok pangkalnya benda penting la. Personal information, education, achievement, cgpa, expected salary etc etc. (pdf format). Nak nampak lagi professional you letak sekali Linkedin (kalau adalah). Lagi satu jangan leave blank page kat resume. Kadang you dah tulis semua then tak perasan ada blank page kan & kadang-kadang last page ade 2 3 ayat je yg you tulis. So, check betul-betul okayyy.

kalau ada document/certificates yang perlu di attach sekali. Buat dlm pdf format. Yes, bila scan tu size gambar tu akan jadi besar so pandai-pandailah reduce sikit then convert to pdf. Settle!!!

So dah boleh dpt kerja la ni??? belum lagi diknon. Click la send.

Dan mcm biasalah bila 100 resume yang you send 10 je yang respond dan you masih lagi tersadai di rumah selama 5 6 bulan tak dapat kerja.

So, chill…

Dalam 10 email yang respond tu ada beberapa kategori. 1st, email auto reply or autoresponder. Kira email mcm ni cuma nak bagitau cv you dah recieved. Tu jer. Next, you dapat email ayat mcm ni ” We have reviewed your suitability for the role and unfortunately on this occasion you have been unsuccessful for this particular position”. Atau dalam erti kata lain tak dapat kerja.
Next, email mcm ni” We are pleased to make you the following job offer”. (dapat kerjalah).

Tapi paling sedih kalau email yang you send tak delivered or not in system. Dia punya sedih mcm putus dgn awek.

Tak kisah la email respond tu bgtau you dapat kerja ke tak dapat ke. Next thing you kena buat is follow up. So you balas la balik email tu kata you accepted the offer or thanks for taking your time to read my resume. lebih kuranglah. You boleh google jugak mcm mana nak follow up.

So you pun boleh jugak follow up by phone. For sure hr or person incharge ada tinggalkan contact number kan. You call lah. Time nilah you nak jadi perempuan melayu terakhir penuh dgn kesopanan dan kesusilaan. Maksudnya you call & tanya baik baik la. Kalau lelaki pun sama. Time ni la you nak tunjuk yang you lelaki melayu keturunan hulubalang apa semua. Tapi takyah la siap berpantun bagai. “Kalau patah sayap rajawali, bertongkat jua hamba kemari”. Saya pun mcm ” apahal mamat ni “. Tapi saya taknak kalah. Mana boleh kalah. orang dah jual kita beli. ” Anak itik berlari-lari, berlari-lari di tepi perigi, dah tahu bertongkatnya kaki, datang la office naik lrt”. Ahh sudahhh. Kang betul budak ni dtg office pulak.

So bila you dah di panggil untuk interview tu. 50% you dah dapat kerja dah. Tinggal mcm mana attitude & kelebihan you tackle interviewer tu jerr. saya taknak discuss panjang sbb dah ramai kawan confess benda yg sama plus rasa nya dah panjang sy tulis ni. Apa-apa pun saya ucapkan selamat berjaya kepada semua dalam kerjaya masing-masing.

memandangkan movie memento dah siap sy download so sampai sini jelah yerrr. kalau ada masa sy cerita lagi.

assalamualaikum..

– -bukan engineer pilihan mak awak-

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit