Sorry tajuk saya straight to the point. Sebenarnya saya memerlukan pandangan semua mengenai hubungan saya dan B.
Perkenalan kami secara kebetulan melalui kawan. Dia saya namakan B yang sangat kacak. Begitu juga pandangan kawan kawan.
Bukan sahaja kacak, B juga seorang yang sangat menjaga akhlak dan tampaknya seorang yang menjaga agama.
Saya memang jatuh cinta pandang pertama kepada B. Tetapi saya seorang pemalu dan memendam rasa kerana ramai kawan kawan juga menaruh perasaan pada B.
Bagai bulan jatuh ke riba, B menunjukkan rasa minat kepada saya. Kami sering bermessage dan kemudian saling berhububung melalui telefon.
Kawan kawan mula mengusik dan berkata saya bertuah kerana B tidak pandai berkawan dengan perempuan.
Topik perbualan kami selalunya adalah mengenai masakan kerana B sangat pandai memasak. Kadang- kadang mengenai kucing kerana B sangat suka kucing.
Saya tidak berapa sukakan kucing tetapi saya membuat kajian mengenai kucing kerana sangat suka kepada B.
Kami berkawan beberapa bulan namun tidak pernah keluar berdua sehinggalah B bertemu dengan kawan lelaki saya di kenduri kahwin. Saya namakan A.
Dari pertemuan di kenduri kahwin tersebut, mereka berdua menjadi akrab dan saya merasa tersisih.
Dipendekkan cerita, ada sesuatu yang berlaku antara mereka berdua sehingga kawan kawan memberitahu saya yang mereka berdua adalah pasangan sejenis ataupun “g” .
B tidak lagi kerap bermessage dan menghubungi saya setelah bertemu A. Saya pernah bertanya kepada B mengapa dia tidak lagi menghubungi saya.
B katakan sekarang kerjanya makin sibuk. Tetapi saya selalu melihat A update di ig stories yang mereka berdua keluar bersama sama.
Semua masakan dan kucing yang B selalu ceritakan kepada saya telah ada di dalam ig stories A.
Saya tidak percaya apa yang kawan kawan katakan tentang A dan B tetapi saya mula menjauhkan diri.
Saya percaya B tidak seperti yang dikatakan kawan kawan kerana sepanjang mengenali B, saya melihat semua mengenai diri B adalah yang baik baik sahaja.
Saya melalui fasa putus cinta yang teruk walaupun saya sedar saya bertepuk sebelah tangan.
Tetapi baru baru ini B kembali semula ingin rapat kepada saya. Dan saya melihat ig stories A yang kini A rapat dengan kawan lelaki lain pula.
Saya keliru apa yang berlaku dan merasa berdosa kerana hati saya makin membenarkan apa yang kawan kawan saya katakan iaitu B seorang “g”.
Tetapi saya juga telah jatuh sayang pada B sehingga saya mula menerima kehadiran dia semula.
Saya minta maaf jikalau luahan saya agak childish kerana saya tidak pernah bercinta walau usia saya telah lewat 20 an.
B telah berusia lewat 30 an dan itu yang membuatkan saya merasa sangat hormat kepadanya atas faktor usia kami yang jauh.
Boleh kah saya memberi peluang semula kepada B mendekati saya semula seperti dulu?
Dan perlukah saya terus bertanya kepada B apakah benar apa yang dikatakan kawan kawan semasa B berkawan rapat dengan A dahulu?
Saya takut saya berdosa mempunya prasangka buruk pada B tetapi saya takut disisihkan B lagi.
Kawan kawan yang dulunya menyokong kini menghalang perhubungan saya dan B berlaku semula.
Inilah luahan saya yang keliru.
– Z yang keliru (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit