Hujan dan Nikah

Hujan dan Nikah

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda kaum yang berfikir.” (Ar-Ruum 30:21)

Baca ayat tu pun tahu dah nak cakap pasal nikah. Ya, memang betul pun.

Lately, saya selalu terfikir pasal nikah ni. Alangkah bahagianya dapat bernikah. Kemanisannya jelas nampak dekat sekeliling kita. Even though pernikahan ni sesuatu yang menyeronokkan tapi ia tentang commitment and tolerance masing-masing dalam menjaga hubungan suami isteri yang saya boleh anggap perkara yang agak mencabar dalam pernikahan ni? Selagi mereka kuat dan tabah hadapi semua masalah yang mendatang and know how to really cooperate with each other, perkahwinan itu akan kekal lebih lama lagi. Betul? Itu apa yang saya nampak dalam pernikahan.

Apa yang buat saya rasa excited dengan pernikahan ni adalah kita akan mempunyai seseorang yang lebih rapat dalam hidup kita selain ibu bapa kita which is you will never be alone. Always have the company to share everything throughout your life after the moment of akad nikah dilafazkan. Dialah yang selalu ada dengan kita saat susah senang, jatuh bangun semua.

Saya tahu, dalam perkahwinan ni, kita takkan lari daripada masalah tak kira lah kecil atau besar. And saya pun tak expect yang bernikah ni hari-harinya akan sentiasa cerah. Dan perkara kedua yang buat saya teruja pasal pernikahan ni adalah ketabahan mengekalkan pernikahan tersebut dalam pelbagai rintangan yang datang. Ada satu quotes ni yang buat saya ubah pandangan tentang pernikahan ni.

“Stop being afraid of what could go wrong, and start being excited of what could go right” – Tony Robbins. Sebelum ni saya anggap pernikahan ni sesuatu yang burden gila. Nanti kena share itu lah, ini lah dengan orang lain meaning our life partner, and nanti kena jaga anak whatsoever. But all of that does not matter if you keep the love going at the moment. All the sacrifice or the burden turned into love as the intention is to keep love everlasting. Am I right? Saya anggap dengan bernikah ini, saya kena letakkan segala ketentuan padaNya dan sabar dan tabah is the key.

Perkahwinan ibu dan ayah saya adalah perkahwinan yang saksikan sendiri penuh dengan ketabahan dan kesabaran which makes me want to get married. To be like them. The strength of keeping the love to never grow old in time. Ibu dan ayah saya kerap kali gaduh about many things. Ayah saya seorang yang tegas, garang and cepat hangin bila ada problem. Kalau dia nak A, A lah jadinya. Kalau dia nak B, B lah jadinya.

So, memang macam habit dia cepat melenting kalau ada benda tak kena dengan apa yang dia nak. Mangsanya adalah ibu saya. Ibu saya selalu tunduk mengalah, turut perintah ayah walaupun dah cuba bincang baik-baik. Even puncanya yang memang tak masuk akal pun, ibu still tak melawan, jalankan tanggungjawab jadi isteri.

Pernah ibu dan ayah gaduh banyak kali sebab ayah caught cheating. Yes, cheating. Satu hari tu, ibu fed up dengan ayah, ibu merajuk dengan ayah sampai berkurung dalam bilik, asing bilik semua. Rumah masa tu suram gila. Tapi dalam pada masa yang sama, saya perasan, ibu still juga jalankan tanggungjawab dia as seorang isteri dan ibu. Dia still gosokkan baju ayah, buat air sebelum ayah pergi kerja, sedia sarapan anak-anak, memasak semua. Cuma ibu tak nak tengok muka ayah.

Setelah dekat seminggu juga ayah pujuk ibu, baru ibu okay. But after that, ayah buat hal lagi and ibu tahu. Of course, gaduh but mereka berbaik and okay semula. Kadang-kadang ibu rasa sedih sampai mengadu dengan saya tentang sikap ayah tu.

Saya pun pelik, kenapa tak minta cerai je? Ibu jawab, sebab anak-anak penguat ibu untuk kekalkan hubungan ibu dengan ayah. Ibu juga bagitahu yang dia selalu doa untuk ayah berubah, berulang kali dalam solat-solat ibu walaupun kalau tengok sikap ayah tu macam tak ada harapan nak berubah. Tetapi alhamdulillah, hampir dua tahun lepas tu, ayah macam slow-slow berubah. Hebatnya kuasa Allah.

Itu sebenarnya yang buat ayah tak pernah lafaz cerai pada ibu sebab ibu tak pernah lepas tanggungjawab ibu pada ayah walaupun ayah cheating dengan orang lain. Ibu tak pernah miss semua permintaan ayah even pada waktu yang tak masuk akal langsung. But saya kagum dengan ayah juga sebab dia tak pernah naik tangan pada ibu pada masa-masa dia berangin. Cuma ada masa mood ayah berubah-ubah, kejap okay, kejap tak okay. Ibu lah yang kuat dan sabar dengan sikap ayah tu.

Disebabkan merekalah, saya jadi bersemangat untuk bernikah (walaupun saya single lagi hahaha). Pernikahan ini adalah perkara yang lebih mendekatkan kita dengan Allah. Selain kita mengeratkan hubungan kasih sayang bersama pasangan, dengan ujian dan cabaran yang ditimpa, itu semua juga sebenarnya mendekatkan kita denganNya. Beribadah, merayu, menadah tangan meminta pengampunan dan pertolongan padaNya.

Is it weird for me to feel like that? The eager of feeling to get married triggered by the excitement of keeping the love everlasting. Hahaha. Sampai tahap saya terfikir yang saya nak bernikah dengan seseorang yang tegas, garang, sebab nak jadi setabah and sekuat ibu untuk menjaga perkahwinan tersebut. Memikirkan betapa mereka sekarang dimamah usia tetapi cinta mereka saya nampak hidup dan bahagia dengan kemesraan mereka sekarang seolah-olah tiada masalah yang menimpa mereka.

They are getting better and better, tak gaduh sangat macam dulu. Kadang-kadang mesra sangat sampai tak sedar anak ada sebelah, nak termuntah pun ada juga. Hahaha. Tapi itu yang buat saya happy, melihatkan betapa kuatnya cinta mereka mengekalkan pernikahan tersebut. Moga-moga kekal hingga Syurga. Aamiin.

Kalau pembaca confession semua dah baca ayat ni, alhamdulillah, maknanya lepas lah confession ni. Terima kasih admin IIUMC kerana telah menyiarkan luahan saya ni, tapi kalau tak lepas pun terima kasih juga sebab mempertimbangkan luahan ni. Terima kasih kepada semua yang mengambil masa membaca luahan saya yang tak seberapa ni.

You are welcomed to give any comments, positive or negative, saya terima. And by the way, saya sebenarnya perempuan, berumur 20 tahun, pelajar tahun kedua di IPTA and you all boleh panggil saya Hujan sebab saya suka hujan. Tak puas hati saya menggelarkan diri saya hujan pun komenlah. Huhuhu. Saya minta maaf kalau ada tersilap kata, saya hanya meluahkan rasa yang terbuku ni sahaja. Judge lah, saya suka orang judge saya and so that saya boleh perbetulkan diri saya lagi.

Terima kasih dan assalamualaikum.

– Hujan

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit