Assalamualaikum. Thanks Admin kalau confession aku disiarkan. Aku nak cerita pasal ayah aku. Ye ayah kandung aku sendiri. Sorry sebab cerita aku ni panjang. Harap readers tabah lah.
Mak aku dah pergi menghadap ilahi 2 tahun lepas. Selama arwah mak ada, ayah aku adalah orang yang sangat aku hormati dan kagumi. Dari cara ayah layan mak, tak pernah tinggi suara, tak pernah masam muka dengan mak, sepanjang mak sakit ayah jaga mak memang tiptop.
Masa mak aku sakit, ayah berenti kerja sebab company bermasalah. Tapi ayah tetap berduit sebab ayah ada buat bisnes makan dan selain rumah yang didiami, ayah ada lagi 2 rumah yang ayah sewakan. So kami tak berapa risau sangat.
Masa arwah mak ada, kami adik beradik bagi duit belanja pada mak untuk tambah2 dan kebiasaannya duit tu mak akan amanahkan ayah bayar ansuran rumah yang didiami tu and mungkin untuk bil2 yg lain. Kami memang tak syak apa2.
Masalah datang 6 bulan lepas arwah mak meninggal. Kami sangat terkejut bila terima surat lawyer mengatakan rumah yang didiami tu akan dilelong kerana ada setahun tunggakan tak berbayar. Sekiranya nak rumah selamat, kami kena bayar 30k sebagai denda dalam tempoh 2 minggu. Bayangkan mana kami nak cekau duit. Yang ni akan aku ceritakan nanti mcmana kami dapat setelkan 30k dlm masa 2minggu.
Kalau 6 bulan lepas arwah rumah tu dah tak berbayar selama setahun, maknanya ayah dah buat masalah sejak arwah mak ada lagi.
Kami pelik mana perginya duit yang kami bagi ayah bulan2 and duit niaga ayah, duit rumah2 sewa. Masa arwah mak ada lagi, walaupun kami adik beradik bagi duit, ayah tetap nak pinjam2 duit kami. Kadang2 rm200, rm500. Dan janji akan bayar. Tapi sampai skrg tak bayar. Kami diamkan sebab taknak dianggap berkira dengan ayah.
Sebelum mak pergi, ayah sempat renovate rumah guna duit EPF ayah yang baru keluar. Major renovation ok, bukan kecik2. Atas bawah depan belakang semua tarik habis. Kos nye mesti lah tinggi. Aku ingat dah setel la. Bila arwah mak takde, baru contractor yg renovate rumah tu mengadu kat makcik aku yang ayah aku ada hutang lagi 40k, tak habis bayar. Contractor tu kenal makcik aku sebab dia contractor yang sama renovate rumah makcik aku.
Lepas beberapa hari mak pergi, fon ayah bukan main rancak bunyi msg and call masuk. Bila ayah angkat aku dengar ayah cakap dengar perempuan indon cakap bahasa jawa. Aku boleh faham sebab mak ayah aku sendiri jawa. Aku ada terdengar ayah aku cakap dengan perempuan tu “nak buat macamana duitnya belum ada.”
Isu ni sebelum surat lawyer nak lelong rumah sampai tau. Sorry kalau buat korang confuse. Masa ni kami masih bagi duit bulanan pada ayah and kami belum tau yg ayah tak bayar ansuran rumah. Rupanya duit2 yang kami adik beradik bagi tu, dia bagi pada perempuan indon tu.
Ade sekali tu, ayah nak pinjam aku rm500 dia janji lagi 2 hari dia akan bayar. Aku tanya nak buat apa? Lama ayah diam. Pastu dia confess yang sebenarnya dia kenal sorang perempuan indon ni, perempuan tu sebaya aku ok. Mak ayah perempuan ni ada tanah kat indon. Diorang nak jodohkan anak dia tu dgn ayah, and nak serahkan harta2 dia kat ayah aku. Kononnya. Yang kelakarnya, ayah aku cakap tak pernah jumpa pun perempuan tu and mak ayah dia sekali. Perempuan tu ada kat indon. Dia kenal perempuan tu atas kawan.
Ayah cakap duit2 yang dia pinjam2 tu untuk uruskan harta yang kat indon tu lah. Aku cakap kat ayah aku. Macamana lah ayah bole percaya. Ayah cakap, percayalah yang dia tak kena tipu. Dia akan buktikan yang dia tak kena tipu. Sikit hari je lagi.
Ayah aku sangat desperate nak pakai duit. Sampai ayah sanggup pegi rumah kakak dia yang sekarang ni pun dah arwah, nak pinjam 2k and sanggup nak bagi geran rumah utk jadikan cagaran. Kakak dia tak bagi. Ayah keluar rumah kakak dia sambil marah2. Kakak dia call adik aku tanya apa dah jadi dengan ayah? Adik pun cerita sekian2. Semua sedara mara marahkan ayah. Tapi ayah tak ambik peduli.
Sampai la surat lawyer nak lelong rumah sampai, kami adik beradik terpaksa lagi sekali mintak pertolongan makcik pakcik. Dorang cakap dorang akan tolong, dengan syarat ayah kena jual salah 1 rumah sewa untuk bayar balik pada dorang and hutang contractor renovate rumah tu. Makcik pakcik aku semua kenal contractor tu. Then makcik pakcik aku tolong setelkan denda rumah 30k, rumah tu pun terselamat dari kena lelong.
Bayangkan walau 1 rumah sewa tu terjual sekalipun, takkan dapat langsaikan hutang2 ayah. Terlalu banyak hutang ayah. Bukan sahaja hutang dengan sedara belah ayah, rupanya dengan sedara belah mak pun ayah ada pinjam. Bukan seratus dua tapi beribu. Kawan baik arwah mak pun ayah ada pinjam. Jiran yang tegur nya hanya hai hai bye bye pun ayah berani pinjam. Bukan sikit. 1k jugak ayah dapat pinjam.
Ayah janji akan jual 1 rumah sewa ayah. Jadi pakcik aku hire lawyer kenalan dia, untuk uruskan penjualan rumah tu. Lawyer ada call ayah untuk datang ke ofis untuk sign S&P. Tapi ayah bagi macam2 alasan, drag sampai sebulan ayah masih tak pegi sign lagi. Aku tau ayah ralat nak jual rumah sewa tu.
Buat pengetahuan korang, kereta ayah pun dah kena tarik dengan bank sbb setahun lebih tak berbayar. Semenjak surat nak lelong rumah sampai, kami dah tak bagi duit belanja pada ayah. Duit2 tu kami kumpul untuk bayar ansuran rumah. Ayah dah tak ambil peduli hal ansuran rumah, dan bil2. Selain bisnes makan tu, ayah ade buat part time sebagai penghantar notis. Baru beberapa bulan.
Baru2 ni adik bongsu ada bagitau ayah merayu2, suruh adik buat loan. Kesian adik aku, dia muda lagi, panjang lagi perjalanan hidup. Adik baru habis sekolah and tak sampai setahun lagi kerja. Kerja pun part time. Bayangkan bila ayah kite merayu2 sampai please2 kite sbg anak mesti tak sampai hati nak menolak. Ayah ajak adik pergi easy rhb, ayah cakap biar dia yg bagitau officer tu berapa ribu dia nak pinjam. Tp Alhamdulillah, loan tak lulus sbb umur adik tak cukup lagi setahun and kerja belum sampai 6 bulan.
Lepas loan tak lulus tu esoknya adik tengah tidur ayah mintak payslip and ic adik. Adik tengah mamai mana ingat ape2. Dia bagi je pada ayah.
Aku tinggal asing dengan ayah sbb aku dah berumahtangga. Kebetulan minggu tu aku balik rumah ayah, aku ambil kesempatan untuk tanya kenapa ayah tak pegi sign lagi S&P tu. Ayah cakap tak ada duit nak bayar lawyer fees, buyer bank in duit rm5k untuk ayah setelkan maintainance and lawyer fees tapi duit tak boleh keluar sebab akaun kena freeze sebab kena blacklist. Aku tau ayah tipu.
Aku saja lah tanya, dah tau akaun kena freeze kenapa tak bagi nombor akaun anak2? Ayah jawab, entah tak ingat nak bagi. Semudah tu. Aku memang tak percaya sebab selama ni ayah ingat je akaun dia dah kena freeze. Selama ni kalau cakap nak transfer duit kat bank mesti dia mintak cash. Makcik aku call lawyer, tanya betul ke buyer ada bagi duit pada ayah? Lawyer cakap ada. Tapi buyer bagi cash. Bukan bank in. Nampak tak permainan ayah? Dia tipu kami semua hidup2. Aku tau, ayah dah guna duit tu. Ayah suruh adik buat loan 5k untuk dia cover duit yang dia dah guna tu. Pakcik aku berang, dia tanya ayah aku pasal duit cash rm5k yang buyer bagi tu, tau ayah jawab apa? Ayah pusing balik cerita, dia cakap buyer bagi cash lepastu ayah masukkan duit tu dalam bank. Kelakar tak? Pakcik aku marah ayah aku, dia cakap “kau ingat kitorang bodoh ke nak percaya kau?” Pakcik aku ugut akan report polis kalau ayah tak sign S&P. Ayah dah pegi sign, tapi penjualan tetap tak boleh proses sebab ayah tak setelkan lagi maintenance and lawyer fees.
Korang mesti confuse kenapa buyer bagi duit rm5k tu pada ayah. Aku sendiri pun pelik kenapa dia bagi sebab aku pun pernah beli rumah kos rendah and aku tak pernah bagi sesen duit pun pada seller. Semuanya aku bagi pada lawyer. Lawyer pun ada marah buyer kenapa bagi duit pada ayah. Aku syak ayah yang mintak buyer tu bayar pada ayah. Maybe buyer tu cetek ilmu jual beli rumah, and dia pun main bayar je ikut kehendak ayah.
Aku harap korang tak confuse dengan cerita aku ni, mak aku dah meninggal 2 tahun lepas. Urusan jual beli rumah sewa tu panjang sebab pemaju rumah tu dah gulung tikar tu yang proses leceh. Nak cari buyer semua tu lagi, memang sangat leceh. Sampaikan salah sorang makcik aku yang tolong setelkan denda rm30k untuk elak rumah kena lelong tu dah meninggal, ayah tak sempat langsaikan hutang dia.
Aku sedih sangat. Ayah abaikan tanggungjawab dia. Ayah jauhkan diri dari kawan, dari sedara mara untuk lari dari hutang. Makcik aku tanya ayah aku haritu, kenapa asyik pinjam2 orang je? Ayah jawab pinjam bukak tutup lubang. Makcik aku tak faham apa maksud ayah. Aku teringat yang ayah ada mintak pay slip and ic adik masa dia tengah tidur haritu, tak tau kenapa hati aku kuat sangat cakap ayah dah pinjam dari Along. Hmm
Korang mesti tertanya. Kenapa tak bawak ayah pegi berubat? Kesian, mesti dia tak sedar tu sebab dah kena guna2 dgn indon tu. Kitorang dah bawak ayah pegi berubat banyak tempat dah. Pergi Darussyifa pun dah tapi ustaz tu cakap ayah bersih, ayah tak terkena. Tak kena guna-guna. Ustaz cakap semua ni atas peribadi ayah, kehendak ayah sndiri.
Ya Allah. Sedarkanlah ayah Ya Allah. Aku mintak pendapat readers and admin, camne aku nak sedarkan ayah aku ni. Bermacam2 cara dah kami buat. Menangis merayu pada ayah. Aku selalu doa biar Allah sedarkan ayah sebelum terlambat, sebelum tercabut nyawa. Aku takut ayah pergi meninggal dengan hutang yang banyak and tak sempat nak minta maaf pada orang-orang berkenaan. Hutang ayah terlampau banyak. Macamana aku nak sedarkan ayah aku. Tolong aku guys.
– Jasmine
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit