I Want To Study Abroad

Assalammualaikum wbt semuanya.

Maafkan aku kalau penulisan kali ni tak seberapa nak “confession” sangat. Tapi aku dah tekad nak tulis sebab aku perlukan sangat segala tips, Hacks, Advice dari brother2 dan sister2 yang rata2 dekat sini bergelar STUDENT kan?

Okay so begini, aku ambik SPM 2015 dapat result bulan 3 tahun ni 2016. Aku masih keliru aku nak ambik course apa, nak jadi apa so time apply UPU semuanya merapu and finally bila result UPU u keluar, semua permohonan aku ditolak (yeayyy).

Dan aku pun bercadang nak ambik STPM so aku pun joined. Sebab kenapa tetiba nak ambik STPM? Lemme tell you why :-
1. Kos belajar murah
-takdelah murah sangat pun sebab buku2 setiap sem nak beli sendiri, photostate lah print lah memang takkan stop dari masa ke semasa dan nak join apa2 program pun kena bayar juga.
2. Pantas & Cepat nak ambik Degree
-memang betul cepat bagi yang golongan tidak mampu untuk FOUNDATION.

Tapi exam SEM1 aku tak lama je lagi, iaitu another 1 weeeeeek to go. Dan result aku time Tria haritu pun setakat lulus, Alhamdulillah memang lulus. Tapi…. Memang susah gila nak dapat B keatas. Padahal cikgu dah bagitahu tajuk2 apa yang masuk.

So, aku fikir kalau exam yang betul2 ni agak2 aku pass tak? Sebab aku bukan otak menghafal dan dalam masa singkat 6 bulan ni aku tak boleh nak fully hadam sebab tebal wehh buku2 STPM dan sangat rumit nak masuk kepala.

Jadi, aku pun dah buat sedikit research dan aku pun dah bincang dengan mak ayah aku. Alhamdulillah berkat doa dan usaha aku, dorang setuju dengan keputusan aku. Aku nak belajar luar negara! Kat mana? INDONESIA!!!

Aku memang dah pasang niat dari dulu tapi tak berani but then ada kawan perempuan aku sorang ni, ajak aku untuk study sana. Okay tak payahlah aku story pasal dia eh? Heee

Kenapa INDONESIA?
Sebab:-
1. Kos hidup rendah dan sangat murah
2. Boleh terus ambik DEGREE selama 4 tahun
3. Yuran belajar pun gila murah, paling rendah rm12K, paling mahal rm15K!
4. Aku suka culture dekat sana and in syaa Allah aku boleh cuba hidup berdikari dekat sana.

Sebenarnya, aku memang elakkan untuk ambik diploma sebab akan lagi tambah yuran belajar pastu ambik masa yang lama… Cuba korang fikir, kalau aku ambik Diploma dah 25K + Degree 25K dekat Msia ni. Hmm

Tapi aku buntu.. Mana aku nak dapat biasiswa dengan spm hanya 5A? Rata2 semua nak yg 7A ke atas… Lepastu aku plan nak ambik Pinjaman Pendidikan drpd Yayasan Sabah (imma sabahan but have been living in KL for more than a decade) dorang cakap persaingan tinggi so tak tahulah dapat ke tak…

So, kakak2 dan abam2 sekalian..
Dimanakah agaknya saya boleh dapatkan biasiswa? Tidak pun Pinjaman Pengajian? Dan silalah berikan apa2 sekalipun tips etc.

Saya harap takdelah orang racist comment kat sini pasal Indo dan kenapa banyak2 negara mesti nak pilih Indo pulak. It’s my choice lah bha huhu. Hopefully only positive vibes in here!!

Thank you sangat2 dan semoga Allah permudahkan segala urusan kita ya. Maafkan saya penulisan langsung tak teratur!

– Si Gadis yang Buntu Pertolongan

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit