Ibadah Yang Tergendala

Assalamualaikum wbt. Salam Ramadan buat semua pembaca. Merujuk pada tajuk, mungkin ramai yang curiuos ibadah apa yang tergendala.

Lagi-lagi pada bulan Ramadan ini, harusnya kita lipat gandakan ibadah, bukan?

Sedikit tentang saya, saya seorang suami yang mempunyai isteri yang bekerjaya dan seorang anak yang berusia 3 tahun.

Saya menulis luahan ini kerana benar-benar mengalami situasi tersepit antara niat mahu meraikan Ramadan dan juga menyantuni keluarga.

Saya pernah baca beberapa confession di sini yang diceritakan isteri masing-masing bahasawanya suami mereka jenis tidak memberi komitmen penuh terhadap pengurusan keluarga.

Selain faktor suami ada hobi tersendiri, bersosial dengan rakan-rakan, cari side income dan sebagainya, ada juga keadaan di mana suami kaki masjid.

Bagi suami kaki masjid, apabila tidak menunaikan tanggungjawab dalam mengurus keluarga, harus sangatlah kecaman diberikan.

Ini bukan sunnah rasul yang mengabaikan keluarga walau pun ahli ibadah dan sentiasa aktif dengan aktiviti masjid dan dakwah.

Saya pula begini. Dari kecil saya dilatih untuk ke masjid dan surau. Semakin dewasa, saya mendengar ceramah selain jika pada bulan puasa Terawih dan tadarus bersama2 ahli kariah.

Namun apabila bekerja, jadual makin padat dan aktivit-aktiviti di masjid surau sudah jarang saya ikuti.

Malah terawih pun kadang-kadang hanya di rumah, tadarus pun dah jarang khatam pada penghujung Ramadan.

Kala ini, saya memang rasa kossong sangat-sangat dalam hati. tetapi, kerana kerja, saya tidak mampu mengubah apa-apa.

Namun, selepas berkahwin, saya mendapat kerja yang lebih fleksible masanya berbanding kerja sebelum ini yang memerlukan komitmen masa yang lebih di tempat kerja.

Memang matlamat saya untuk lebih banyak masa bersama-sama keluarga.

Namun, isteri saya pula nature kerjanya memang sibuk sentiasa. Jadi, saya mula kembali mengikuti program masjid.

Isteri saya yang sibuk dengan kerjayanya tidak saya kisahkan. Dia pun tak kisah dengan perkara yang saya buat lantaran hampir setiap hari dia pulang ke rumah menjelang senja.

Dengan kerja yang fleksible masanya (saya kerja dalam sektor pengurusan di pejabat), urusan-urusan rumah banyak saya uruskan.

Menguruskan pakaian kotor dan memasak serta menyediakan juadah malam adalah peranan saya.

Isteri hanya pesan tinggalkan sinki yang penuh untuk dia uruskan kemudian selain mengemas rumah disifatkan sebagai tanggungjawab dia.

Lagipun, dia memang cerewet hal-hal kemas rumah berbanding saya yang cincai.

Cuma bab melipat baju kalau dia tidak sempat, saya yang akan lipat ikut gaya saya biar pun selepas itu jika dia rajin, dia akan melipat semula.

Rutin ke majid saya mula berubah sedikit setelah dikurniakan anak. Bukan kerana anak hubungan saya dengan Allah kembali jauh.

Tidak, saya hanya kurangkan masa berlama-lamaan di masjid. Jika ada ceramah yang panjang merentasi waktu Isyak, saya memang tidak akan pergi.

Jika ada aktiviti komuniti gotong royong masjid contohnya, saya memang jarang terlibat. Tak mengapa, saya ada tanggungjawab utama mana yang perlu diuruskan tatkala anak masih bayi.

Memang tidak mudah menguruskan keluarga kecil ini di mana isteri saya sendiri seorang wanita bekerjaya yang komited dengan kerjanya.

Jadi, saya yang hantar anak ke pengasuh setiap pagi dan ambil semula anak pada petang hari. Jadi, pada waktu Maghrib jika dia pulang awal sedikit sempatlah saya ke masjid sehingga Isyak.

Jika sebaliknya, Isyak sahaja. Subuh, alhamdulillah, selalu diberi kesempatan berjema’ah di masjid. Ada kala dia perlu outstation keluar awal pagi sesudah subuh, memang saya solat subuh di rumah sahaja.

Cuma, sekarang sesuatu yang saya mula tidak senang dengan isteri apabila malam tadi, setelah pulang daripada berterawih, isteri meluahkan rasa tidak puas hatinya. Katanya, saya pentingkan diri berlama-lamaan di masjid.

Ya, saya mendegar tazkirah dan ikuti tadarus sehingga jam 10:30 malam.

Katanya, dia hanya benarkan saya berterawih sahaja dan terus pulang lepas witir.

Astaghfirullah… Saya faham dia penat urus anak yang semakin lasak sendirian di rumah. Tetapi, dia hanya urus anak sahaja. Bab makan munum telah saya sediakan yang kebetulan semalamnya saya belikan saja makanan di kedai.

Anak telah saya makan dan mandikan sebelum dia pulang menjelang senja. Ya, dia kata dia penat. Kalau dapat dia nak berahan dan tidur sahaja terus tetapi anak tidak mahu tidur.

Mendengarkan kata-katanya, saya jadi ralat. Tidak cukupkah komitmen saya beri kepada keluarga sebagai ketua keluarga?

Jika ada yang sarankan isteri berhenti kerja gara-gara dia penat bekerja selain travel berpagi-pagian dan pulang Maghrib, saya pernah suarakannya ketika anak kami masih bayi.

Masa itu saya tidak betah menguruskan bayi seorang diri sejurus dia keluar awal pagi. Tapi saya belajar juga urus bayi sebaik-baiknya.

Alhamdulillah, sesukar mana pun, rasa bahagia itu datang bila anak saya dah wangi dan smart sebelum dihantar ke pengasuh.

Cadangan saya untuk dia berhenti kerja membuatkan kami tidak bertegur sapa beberapa hari. Dia merajuk.

Memang soal kerja ini sensitif baginya. Even minta bertukar kerja pun dia akan marah katanya saya tidak menghormati privasi dirinya yang mahu mencari duit sendiri.

Saya faham, dia mahu bantu saya menyumbang untuk perbelanjaan rumah, tetapi saya tidak pernah minta, Hanya saya minta dia uruskan anak sahaja termasuk bayaran pengasuh. Itu memang tangungjawab dia.

Hal-hal lain, itu saya uruskan. Jika dia berhenti kerja pun, saya mampu menafkahi keluarga dengan pendapatan bulanan 7k. Tapi dia tidak mahu. Dia memiliki kelayakan masters yang tidak mahu disia-siakannya.

Jika dia berhanti kerja dan cari kerja lain, dengan umurnya dah pertengahan 30-an, memang sukar mendapat kerja yang setara yang ada sekarang dalam sektor media.

Saya rasa ralat sangat-sangat sekarang. Keinginan saya untuk aktif dalam kominiti masjid surau benar-benar tergendala.

Saya tidak mahu menyalahkan anak kami yang hadir dalam lingkungan keluarga kecil kami. Saya dah jalankan tanggungjawab dan mengurus keluarga dengan baik, insya-Allah.

Tetapi situasi isteri yang membuatkan dia terkekang. Dia mengaku rasa berdosa kerana menghalang niat saya untuk mengikuti aktiviti masjid surau sebab saya bulkan melepak dan bersosial dengan kawan-kawan.

Tentang itu dia bersyukur. Tapi dia terpaksa meluahkan kata-kata begitu terhadap saya seakan-akan fikir saya pentingkan diri dan tidak memikirkan tentang situasnya itu.

Saya buntu bagaimana mahu membantunya. Dan, untuk meninggalkan terus aktiviti-aktiviti di masjid seusai terawih dan pulangs sahaja, saya ok sahaja.

Ada cara lain untuk buat inadah seperti dengan ceramah di youtube dan tv, baca al-Quran sendiri selain ada kesempatan isteri, kami berjema’ah bersama-sama.

Untuk tadarus memang tiadalah. Tak mengapa. Cuma kedudukan kami sebagai ahli masyarakat dalam kejiranan kami ni sedikit terjejas.

Jiran-jiran ladies ada saya dengar kata isteri sombong. Nanti tak pasal-pasal pula bila saya jau daripada komuniti, saya dicop sombong juga.

Terima kasih pada semua pembaca hingga ke ahir ayat pada perenggan ini. Doakan kebahagian keluarga kecil saya ini. Boleh saya katakan, situasi ini boleh jadi trigger kepada hubungan yang tiada persefahaman.

Saya takut untuk fikir lebih jauh. Hanya harap ada win-win situation yang dapat diambil kelak.

– Ahsan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *