Assalamualaikum semua. Nama aku Lily. Yes I am one of the silent reader here. Aku berumur 18 tahun dan seorang pelajar. Ini kisah seorang anak menadah kasih sayang ibu.
Mak aku bekerja di sektor kerajaan. Mak seorang yang baik, lemah lembut orangnya. Sejak kecil lagi, mak selalu balik lambat.
Kekadang 6.30 baru nak balik sampaikan bertengkar dengan ayah sebab kerap balik lambat.
Maklah satu-satunya pencari nafkah dalam rumah ni. Sebab ayah tak kerja macam aku pernah cakap dekat entry sebelum ini. Mak bertungkus-lumus bekerja nak bagi sesuap nasi pada anak-anaknya.
Kekadang aku menangis nak susu, mak aku tak buat sebab terlalu penat.
Semestinya budak berumur 4 tahun akan berkecil hati dekat ibunya. Ya, aku matang dari umur macam aku cakap sebelum ni. Aku bangun buat sendiri susu, sedih rasanya.
Bertahun menangis sebab rasa kekurangan dalam diri. Pengorbanan anak kecil yang nak rasa kasih sayang ibu buat bertahun lamanya.
Aku tak ada adik but everything yang aku rasa aku akan cerita kat mak aku. But juga surface of the story because my mom nampak macam tak interested nak dengar then I just shut up.
Then seawal umur 12 tahun aku jumpa solusinya. Solution yang aku buat adalah bersikap jujur dan jadi diri sendiri.
Aku tegur secara berhemah, ‘Mak boleh tak kalau mak bagi ruang untuk kita spend masa sama-sama. Adik sunyi. Adik faham kerja mak banyak, tapi tanggungjawab seorang ibu terhadap anaknya juga pelu dilaksanakan ‘.
Mak aku mula-mula terkedu, tak terima. Yelah, aku budak, bak kata orang tua lebih makan garam tapi nak menegur orang tua.
Itu biasa, proses kita nak terima teguran tu mengambil masa, itu biasa. Tapi kalau aku tak jujur takkan ada perubahan.
Mak dah tunjuk perubahan dari situ. Balik dah awal sikit, cuba mengenali aku. Alhamdulillah. Kami ibarat kawan.
Tak salah seorang anak nak tegur kesalahan ibunya. Ibu juga manusia. Dari pengalaman aku, aku sedar yang komunikasi tu sangat penting dalam sesebuah keluarga.
Aku menegur bukanlah simply je cakap mak aku tak jalankan tanggungjawab dia sebagai seorang ibu. Bukan!
Tapi bagi aku, tanggungjawab ibu tetap tanggungjawab ibu, aku tak boleh nak ambil tanggungjawab ibu itu sendiri sendangkan aku juga ada tanggungjawab sebagai seorang anak.
Apa yang aku buat sebagai anak adalah membantu mak aku mana yang kurang. Menegur mana salah. Dan jika aku salah, sebagai seorang ibu semestinya akan tegur anaknya.
Jadi, kat sini kita nampak, keluarga ni saling menyempurna, saling melengkapi.
Jadi seorang ibu bukanlah mudah, nak mendidik anak, pelbagai cabaran lagi-lagi pada zaman teknologi. Belajarlah ilmu parenting. Tak rugi pun.
Spend time dengan anak. Be open minded. Dengar apa anak nak cakap. Tak semua kata anak betul dan tak semua kata anak salah.
Family time sangat penting buat anak-anak. Anak-anak juga ada perasaan, mereka lahir dengn kosong. Janganlah buat mereka rasa diri mereka tidak patut dilahirkan.
Besar pengorbanan mak aku dekat aku. Aku tak sentuh duit mak aku sejak tingkatan 1. Cuba berdikari sendiri sampai sekarang. Duit bil pun aku pernah bayar.
Berbaktilah pada ibu. Ibu tiada ganti. Saya pasti ramai menghadapi perkara yang sama bahkan lagi teruk. Cubalah berkomunikasi dengan ibu anda. Ambillah pengajaran dari kisah ini.
Sekian, doakan saya, semua.
– Lily (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit