Ibu Mertuaku Doktor

Assalamualaikum. Hari ni aku bukan nak cerita pasal ibu mertuaku filem P Ramlee yang memilih doktor sebagai menantu rather than pemuzik. Tapi aku nak cerita pasal ibu mertua aku yang menggalas tanggungjawab sebagai doktor.

Yelah, masa kecik2 dulu aku ada jugak pandang tinggi yang doktor ni kategori Heavyweight in term of career berbanding karier lain. Dulu aku rasa karier selain doktor taraf lightweight featherweight je. Ceh macam UFC plak. Tapi dah besar, jadilah kau apa nak, janji be the best version of yourself.

Cerita pasal mak mertua aku ni, terkenang macam mana aku boleh kahwin dengan isteri aku. Masa aku lepas grad dari yuiyaiyey dulu, mak aku selalu tak putus2 promote calon-calon menantu kat aku. Banyak calon datang dari anak kawan mak aku. Memang banyak yang aku reject sebab tak ready. Tiba la satu hari ni, mak aku datangkan satu calon ni (isteri aku), dan mak aku bagitau maknya outspoken. Aku macam hmm interesting.

Pastu aku dihidangkan dengan biodata isteri aku dari whatsapp mak aku. Tengok biodata aku rasa ada tarikan di situ. Tarikan itu yang mengisi lompong2 dan sisi kekurangan aku. Usai analisa, doa dan mohon petunjuk dari yang Esa, aku pun terus penuhi hajat untuk kahwini isteri aku. Merisik dan meminang, 2 bulan berikutnya bertunang. Bertunang 4 bulan aku berpeluang kenal isteri aku dan mak mertua aku.

Tapi dah lepas aku kahwin baru aku kenal lebih sikit. Kenal segala struggle dia menjalani hidup sebagai doktor. Mak mertua aku graduan OZ dan balik Malaysia buat housemanship di Kelantan. Masa tu dia PJJ dengan pak mertua aku sebab kerja di KL. Dan juga masa tu isteri aku baru lahir. Dan isteri aku dijaga oleh pengasuh di Kelantan. Walaupun mak mertua aku ni kerja di Kelantan, peluang nak jumpa anak dia sangat jarang. Sebab sibuk gila kot. Kerja 18 jam, 24 jam, 36 jam straight tu normal bagi doktor.

Usai housemanship, mak mertua aku jadi MO di hospital kerajaan kat Sg Buloh (doktor berdaftar, ye kot. haha). Period ni aku yakin merubah 1000000% kehidupan mak mertua aku dan keluarganya. Masa ni mak mertua aku dah ada dua orang anak, isteri aku dan anak lelakinya yang boleh tahan hyper dan tengah mengandungkan baby. Dan dikhabarkan berisiko besar nak melahirkan baby ni 50-50.

Tapi alhamdulillah dengan kuasa Allah berjaya juga melahirkan anak ketiganya. Selesai satu konflik, tapi datang lagi konflik baru. Dikhabarkan anak ketiganya mempunyai masalah tumbesaran dan pembelajaran. So mak mertua aku decide untuk berhenti jadi doktor hospital kerajaan dan open klinik sendiri.

Pada pemerhatian aku, jadi doktor hospital kerajaan awam sangat mencabar sebab patient ramai gila. Ditambah lagi katil tak cukup dengan sistem huru-hara. Tapi dari sudut pandang aku sebagai finance student dulu, doktor yang buka klinik sendiri punya struggle lain yang dari yang lain. Aku yang finance student ni boleh kata ada la asas tentang akaun, bisnes dan ekonomi.

So yang mencabarnya, doktor yang buka klinik ni bukan sekadar merawat kelukaan jatuh basikal atau motor tapi kena uruskan bisnes klinik tu sendiri! Yes, uruskan bisnes. Akaun klinik kena tengok, stok ubat kena tengok, hal pekerja pun kena tengok. Hari-hari bukan fikir tentang patient sahaja, confirm kena fikir stok ubat cukup ke tak, nak charge service rawatan berapa, berapa banyak gaji nak bagi kat pekerja.

Belum masuk cerita pekerja buat taik lagi. Fuh, dasat dugaan doktor yang buka klinik sendiri, memang respek tahap gaban. Masa aku kahwin terkejut gak la mak mertua aku terer bab akaun dan kewangan ni. Adat orang berbisnes, biasanya masa terluang dengan famili sangat terhad. Pernah isteri aku cerita yang mak mertua aku ni sangat sibuk run klinik. Tapi tulah nak kabor, nak berjaya kenalah struggle.

Banyak yang aku belajar dari mak mertua aku. Kejayaan dia selama ni adalah hasil tawakkal dan penyerahan dirinya pada Allah. Kalau tak, lingkup rasanya klinik. Di samping merawat orang jatuh basikal dan masyarakat, mak mertua aku pun aktif dalam aktivisme ummah sejagat. Terbang ke syria dan beberapa tempat untuk menyalurkan tenaga dan bantuan. Memang menginspirasikan.

Life is not about you, tapi untuk orang lain. Dan sekarang, mak mertua aku tengah tunggu viva phD, bukti kecintaannya untuk contribute for academic world. Pendek cerita biodatanya sahaja cukup buat orang terpegun. Dah la specialist, pastu PhD candidate. Gilak ah. Dan semua itu perlukan niat yang murni, hard work and struggle. Kalau tak, tinggallah sebuah mimpi yang berterbangan di angkasa. Eceh.

Betapa syukurnya aku pada Yang Esa dan bangga pada mak mertuaku. Terima kasih Ummi sebab terima seadanya diriku dan aku juga berbangga sebab melahirkan anak-anak yang hebat. Moga Allah merahmati Ummi. Wallahu A’lam.

– Shark

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *