Ibu Yang Susah Hati

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Saya Mira (bukan nama sebenar) berusia 28 tahun, sudah berkhawin dan dikurniakan seorang bayi lelaki yang sangat comel berusia 4 bulan.

Alhamdulillah suami saya seorang yang baik dan dia lagi pandai uruskan anak kami berbanding saya. Dia bekerja technician di kilang. Walaupun begitu, masa saya lebih kepada Amar (anak kami) kerana saya tidak bekerja buat masa sekarang.

Sebelum ni saya pernah bekerja dan semasa saya mengandung 7 bulan saya nekad mahu berhenti dan mahu berehat dirumah sementara menunggu hari due saya. Selepas berpantang dan Amar berusia 3 bulan baru saya pulang ke rumah kami dan menjaga Amar sendiri tanpa bantuan ibu saya.

Alhamdulillah dia senang dijaga walaupun ada juga dia menangis mahu susu. Baru baru ini saya tertarik akan satu iklan jawatan kosong kerani di kawasan yang akan dibuka berdekatan dengan rumah dan suami bagi idea untuk saya cuba. Saya akhirnya ditawarkan bekerja di klinik pada akhir bulan november ini.

Perasaan saya agak gembira namun pada masa yang sama saya kesian kan Amar kerana dia akan dihantar ke pengasuh. Saya sudah fikir banyak kali. Jika saya bekerja saya boleh sediakan macam macam untuk Amar kerana saya faham keadaan ekonomi sekarang. Gaji suami cukup-cukup makan sahaja, saya bukan tidak bersyukur.

Namun saya juga faham dia penat, kadang hujung minggu pun dia tiada di rumah mengejar ot. Kalau ada kecemasan nak guna duit contohnya kereta rosak or tiba2 kena balik kampung, saya terpaksa bagi suami gelang saya untuk dia pajak dan dapat duit. Bulan depan dia akan ganti balik dan biasanya gaji dia tidak akan cukup untuk bulan tersebut dan terpaksa pinjam orang lain.

Saya berminat untuk belajar kelas buat kek online tetapi itu juga perlukan modal. Saya sedih bila tengok akaun sendiri tak sama macam dulu. Dulu tiap bulan boleh juga bagi dekat ibu ayah dikampung sekarang susah.

Saya sedih bila ibu dikampung bagitahu dia tidak cukup duit, sebelum ni saya dahulukan keperluan mereka dikampung kerana saya tahu hasil ibu berniaga memang tidak dapat untuk bayar semua. Keadaan jadi berbeza apabila saya berhenti kerja kerana saya tidak mampu bagi ibu duit bulan-bulan. Walaupun ibu faham situasi saya sekarang, saya yang rasa bersalah dengan ibu.

Contoh lain juga, bila ada sale barang baby saya teringin juga beli untuk Amar namun duit gaji suami didahulukan untuk yang lebih penting seperti pampers dia dan susu.

Memang saya dalam dilema sekarang kerana saya breastfeed Amar and mostly Amar kalau dia mahu tidur dia akan mengempeng sampai tertidur. Alhamdulillah saya ada peluang untuk menyusukan Affan walaupun saya bagi juga dia susu formula. Namun susu formula dalam sehari hanya dua kali dan saya lebih suka dia direct bf saya.

Sekarang saya rasa sedih bila nanti kalau saya dah kerja saya tak dapat nak bf dia lagi. Saya cuba perah susu cara marmet kerana saya tiada pam susu (nak beli untuk Amar tapi tak mampu lagi) tapi bila perah susu saya tak banyak pun dapat, nak dapat 2 oz pun payah.

Saya teringin nak simpan stok susu macam ibu lain dan guna handfree pam tapi saya tak mampu nak adakan semua tu untuk Amar. Macam mana nanti dia di rumah pengasuh.

Pengasuh sudah di cari sebelum ni dan dia bersetuju untuk menjaga Amar. Cuma dalam hal ni saya yang masih belum bersedia. Saya risau Amar di sana nanti. Saya takut jika keputusan saya untuk bekerja kembali adalah salah.

Harap ibu ibu boleh bagi semangat tidak pun nasihat. ANDAI kata keputusan ini menampakkan berat sebelah untuk Amar, saya akan tolak tawaran bekerja tersebut. Sekian…

– Ibu Amar (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *