I’m Survive

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca IIUMC. Aku merasa dekat sekali dengan penulisan saudara “Insan Hina”, (https://iiumc.com/cari-aku-di-mahsyar/). Sangat dekat sekali. Tetapi aku mempunyai penyudah yang agak berbeza sedikit. Mungkin dari segi emosi dan hati.

Seawal usia aku 8 tahun aku dikejutkan dengan berita yang disampaikan guru kelas aku bahawa ibuku sudah tenat di hospital. Petang itu, aku menangis melihat sekujur tubuh gempal yang diselimuti kain putih dari van jenazah hospital sampai di hadapan rumah.

Bermula la urusan menggunting pakaian untuk memandikan dan mengkafankan jenazah. Tangisan aku didengari oleh makcikku iaitu Makcik Lili. Makcik Lili ialah isteri kepada pakcik kandung aku, Pakcik Zain. Kusangkakan Makcik Lili nak menenangkan aku tetapi disentaknya aku dengan ayat yang takkan aku lupa.

“Buat apa kau menangis, itu bukan ibu kau pun. Lainlah diorang, itu baru ibu diorang.” Hah…. tercengang. Apa maksud Makcik Lili. Lepas itu baru lah aku tahu ibu ku merupakan ibu tiri aku. Yang menjaga aku yang menyusui aku dengan susunya sendiri selepas penceraian ayah dengan Umi aku.

Umi aku? Entah kemana.. benci aku padanya kerana meni ggalkan ku. Lama kelamaan, ingatan aku seakan akan flash back. Aku ingat semula peristiwa ayah aku melarikan aku dari Umi aku. Dikuncinya aku dalam kereta sambil bertengkar. Umi menangis teresak esak.

Pernah aku membuat karangan BM bertajuk “Umi aku Syaitan” gara gara ayah pernah kata Umi aku anggap aku anak syaitan. Budak….. dia terima saja apa orang cakap tanpa proses. Maafkan aku Umi.

Aku dibawa kerumah Mummy. Iya.. isteri pertama ayahku. Tetapi Mummy adalah BFF Makcik Lili. Mereka buat apa saja untuk sakitkan hati aku. Mengumpat mengeji. Gara gara Umi adalah musuh ketat mereka dan isteri terakhir ayah pada waktu dulu. Ibu pula isteri kedua. Tetapi Ibu berasal dari keluarga senang dan berpendidikan tinggi serta cantik dan baik hati. Mungkin bukan lawan mereka.

Jadi Umi adalah sasaran mudah. Hina, perampas, miskin dan lain lain. Sedangkan Umi dan ibu okey saja semasa arwah ibu masih hidup. Tak tahan dengan semua itu, aku dipujuk nenek untuk tinggal dengannya.

Nenek sangat baik dan warak. Rezeki nenek pula tidak putus dan melimpah ruah. Dikatanya orang aku mahu menumpang senang nenek. Mahukan emas dan berlian nenek. Masyallah, aku adalah budak 9tahun. Tidak malukah mengata seorang budak yang tak mampu nak mmpertahankan diri nya?

Ku sangkakan langit sentiasa cerah, rupanya hujan ditengah hari. Nenek jatuh sakit. Masih aku ingat nenek meminta segelas air. Ku hulur dan ku tatap wajah suci nenek. Nenek minta tolong. Jiha, nenek nak ambil wudhuk. Bawak nenek ke bilik air. Kupapah dan nenek semput.

Aku panggil Makcik Lili dan Pakcik Zain yang tinggal bersebelahan dengan rumah. Nenek dikejarkan ke hospital. Baru saja aku melabuhkan punggung, satu persatu anak anak nenek smpai. 11orang semuanya. Termasuk menantu. Makcik Lili menunding jari kearahku. ” Kau yang susahkan nenek sampai nenek jatuh dalam bilik air!!”. Masyallah,aku terkedu.

Sejak hari itu, aku menjdi susah sesusahnya. Jangan ditanya kemana ayahku menghilang. Saban hari bekerja tetapi hasilnya tidak tahu kemana. Asyik menambah bini entah betul atau tidak. Aku kesekolah tanpa wang saku. Balik sekolah lapar menusuk. Ku ambil pesanan kawan2 yang mahukan roti sosej atau roti bakar. Seawal jam 4 sudah aku bangun siapkan. Untung dari itu, ku buat belanja.

Umi aku cuba ambil aku tetapi dihalau Pakcik Zain. Guna cangkul beb. Umi tak berani. Masuk form 4 aku counting days, untuk tamatkan sekolah secepat mungkin. Hari terakhir dihujung form5 adalah hari bahagia. Keesokkannya aku berjalan kaki minta kerja di bandar. Dapatlah kerja sebagai jurujual di kedai fon, di kedai pakaian.

Iya, dua pekerjaan dengan hanya berjalan kaki pergi dan berjalan kaki balik di malam hari. UPU ku isi sebaiknya alhamdulillah dapat sambung diploma. Wang pndahuluan PTPTN amat membantu. Kurahsiakan perihal cek dari semua orang supaya tiada ekploitasi duit itu.

Di tempat belajar aku pulun habis habisan. Akedemik mahupun hal lain. Ketua itu ini, jawatan itu ini. Hanya pensyarah kebajikan pelajar sahaja tahu di hujung2 semester muka aku je yang isi borang minta duit nak makan. Tabung pelajar amat membantu. So bagi sape sape yang alami nasib macam aku, cuba la tanya di pejabat HEP tentang tabung itu mana tahu ada rezeki.

Masuk sem final, aku nak pakai banyak duit, baju kurung tak berganti tak apa. 2 tahun aku pakai 5 helai baju yang sama ke kelas. Aku perempuan. Baju kurung aku dah lusuh dan kusam. Tapi yang aku pentingkan duit untuk urusan FYP. Jadi aku mula kerja part time seawal jam 5 sehingga jam 10. Syukur aku ditemukan dgn bos yang baik. Mr Heong.

Balik je jam 10, Mr Heong akan collect duit sale dan closing. Mr Heong ada 5 buah kedai waffle dan aiskrim. Mr Heong juga akan jaga keselamatan aku dengan hantar aku balik. Best dapat merasa naik Mercedes. Tapi selalunya aku akan tolak dan balik jalan kaki sejauh 3km sebab aku takut orang salah sangka dan fikir bukan2.

Dan sterusnya aku ambil ijazah, master dan Phd. Umur 31 aku dah ada Phd, kereta dah habis bayar, suami, anak 3 dan kerjaya yang stabil di bank terkemuka. Tetapi hingga sekarang aku tidak membenci Makcik Lili, Pakcik Zain mahupun pakcik makcik ku yang lain. Bagi aku, what doesnt kill you makes you stronger. Alhamdulillah atas ujian.. aku bersyukur diberi ujian sebegitu..

– Yang Tak Dianggap (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *