In Loving Memories of Quyah

Assalamualaikum semua. Thanks admin sudi siarkan post saya ni. Saya Wawa. Baru saja kehilangan kawan baik saya, Quyah. Quyah dah pergi selama-lamanya menghadap Ilahi pada Jumaat malam, 7 Disember 2018. Sedihnya tak terungkap dengan kata2. Quyah sangat unik. Semua kawan2 sayangkan Quyah. Persahabatan Wawa dan Quyah bermula semasa kami belajar di sebuah universiti swasta di Selangor.

2006 – Kenal Quyah setelah diperkenalkan oleh sorang lagi best friend Wawa, Anna. Diorang serumah di Kelompok I (nama bangunan hostel kami). Kami new intake batch Mei 2006 di universiti tersebut. Wawa dan Anna, Fresh Degree. Quyah Transfer Credit. Kenal gitu2 je!

2007 Special Sem – Wawa, Anna dan Quyah apply jadi fasi orientasi intake Mei 2007. Alasannya sebab nak duduk Kelompok I lagi. Dengar2 new intake ramai. Senior kena duduk Kelompok M (bangunan hostel lain). Fasi mungkin boleh dapat rumah di Kelompok I (rumah yg duduk masa orientasi). Alhamdulillah, misi berjaya! Dapat level 1 pulak tu atas rumah Fellow. Kelompok I xde lif, sebab 4 tingkat je. Dpt level 1 suatu nikmat. Syukur! Wawa, Anna sebilik. Quyah sebilik dgn Nad, kawan yg kami baru kenal masa tu. Wawa semakin rapat dengan Quyah sebab kami banyak minat benda yang sama. Salah satunya, kami suka menulis. Masa tu gila menulis blog. Saya dengan blog saya Wawachubby dan dia Gadisgombak. Kami saling bertukar komen di setiap posts. Zaman tu zaman Friendster dan Myspace juga. Seronoknya zaman belajar!

2007 Sem 1 – Dengar2 sem depan fasi pun xtentu dapat duduk Kelompok I. Kenapa kami suka sangat duduk Kelompok I dari Kelompok M? Lagi murah sebab sharing (2 orang 1 bilik, 2 bilik 1 rumah) n malas nak angkut barang jauh2. Hubungan dengan housemate pun rapat sikit sebab sharing kan. So Quyah cadangkan kami apply jadi AJK Kelompok. Dia ambil borang untuk kami berempat. Jadi kami pun isi lah dengan harapan akan dapat duduk Kelompok I lagi next sem. Dalam borang tu ada 1 ruangan soalan dia lebih kurang gini, “What could you contribute to the Kelompok?”. Wawa dan Quyah bersemangat betul tulis sampai xcukup ruangan tu kami tambah sehelai kertas A4 kat belakang.

Karangan kami penuh 1 kertas A4 dan stapler skali dengan borang. Alhamdulillah, kami terpilih jadi AJK. Yang paling terkejut Wawa dan Quyah terpilih pegi interview di rumah pengetua untuk ahlis Majlis Tertinggi Kelompok. Pengetua dan Penolong Pengetua, Pn. F dan Dr. H panggil kami berdua bersama-sama dan kata. “Quyah, Wawa, kami nak lantik salah seorang jadi Presiden dan Timbalan Presiden”. Terkejut betul kami. Diorang pilih kami sebab apa yang kami tulis kat dalam karangan tu. Kami buat karangan lain2 tapi sebab banyak sangat idea kami dalam tu, maka diorang pun tertarik.

Sebelum tu, AJK Kelompok I memang kurang buat aktiviti. So diorang kalau boleh nak buat lagi meriahlah Kelompok dengan aktiviti2 yg dijalankan. Bincang punya bincang, Pn. F dan Dr. H pilih Wawa jadi Presiden dan Quyah Timbalan Presiden, walaupun dalam hati Wawa rasa Quyah lg layak jadi Presiden. Tapi kami ok je. Kebanyakan aktiviti atau keputusan kami bincang bersama. Seronok betul keje dengan Quyah, bersemangat sangat! Anna, Nad dan AJK lain pun banyak tolong kami. Terima kasih semua!

2007 Sem 2 – Kami masih lagi duduk 1 rumah xpindah2. Wawa dan Anna cukup suka mengusik Quyah sebab kadang2 Quyah suka kelam kabut buat kerja. Tapi semua kerjanya menjadi je. Semangat sangat sampai semua orang sekeliling rasa auranya. Kadang2 kami panggil Quyah ni, Qunyah, sebab dekat2 aje bunyinya kan…hehe. Quyah hanya tersengih je. Happy-go-lucky type of person. Quyah mana pernah marah orang. Masa Sem ni, Wawa nak jadi calon MPP. Wawa tanya Quyah, “Kau rasa ok x kalau aku bertanding MPP? Tapi aku x banyak pengalaman. Baru 2nd year.” Quyah sangat positif.

Dia yakinkan yg Wawa boleh dan dia akan support Wawa dari belakang. Quyah jadi Pencadang Wawa masa hari pencalonan. Wawa jadi MPP dalam 2 sem dan masa tu Wawa lepaskan jawatan Presiden Kelompok I. Cuma Wawa terkilan jugak kenapa bukan Quyah yg ganti Wawa, tapi orang lain, x ingt siapa. Quyah kata dia yg xnak sebab dia rasa ada orang lain yg lagi layak. Humble sangat Quyah ni!

2008 Sem 1 – Kami masih lg duduk di rumah yg sama. Alasannya, Quyah masih AJK dan Wawa pula MPP. Tapi Anna pindah duduk dengan kawan2 coursemate dia. Kami ok je. Wawa duduk dgn roommate yg baru kenal.

2008 Sem 2 – Kami dah bukan AJK atau MPP, kami xdapat duduk Kelompok I. Merayu pun kena tunggu bukak sem kalau ada orang tolak. Jadi, Wawa ajak diorang duduk luar. Sebab duduk luar lagi murah dari Kelompok M dan xperlu pindah2 barang dalam stor lagi bila cuti. Tapi Quyah xnak sebab dia xde transport. Dia xnak susahkan Wawa dan Nad nanti. So hanya Wawa dan Nad pindah duduk di luar kampus, Quyah setia tunggu jawapan rayuan untuk tinggal di Kelompok I. Ya, Quyah dapat duduk di sana setelah bukak sem. Kadang2 sementara ada gap between kelas Wawa pegi melawat Quyah atau kami jumpa dekat foodcourt aje. Rumah Quyah tingkat atas sekali. Mengah juga naik tangga!

2010 – Kami pun grad dengan jayanya dengan course masing2. Wawa dan Anna sambung Master. Quyah pulak bekerja.

Lepas 2010 – Kami takde la lost contact langsung, cuma masing2 dah busy dengan kerjaya dan family. So kami cuma berhubung melalui telefon sama ada call atau whatsapp. Quyah tak suka taip panjang2, nanti dia pening. Dia suka call. Kami cakap kadang2 boleh sampai sejam atau lebih. Macam2 yg kami ceritakan. Dalam sebulan sekali atau 2x.

Quyah ni ada join 1 program anjuran TV3 untuk dapatkan fund. Masa Quyah pegi audition Wawa xdapat ikut sebab sibuk dengan thesis master. Sebelum audition dia call, “Wawa, doakan kita dapat fund ni tau. Kita nak tolong orang2 yg kelaparan.” Berbekalkan niat yg murni, Quyah dapat fund tersebut. Dari fund tersebut Quyah banyak tolong orang, bagi makan kat orang yg susah dan gelandangan. Wawa pernah join beberapa aktiviti Quyah bagi makan kat gelandangan, pegi rumah anak yatim dan pusat jagaan orang2 tua dan cacat. Bila kita join program macam ni, kita rasa insaf sangat.

Betapa bertuahnya kita dengan hidup kita kalau nak dibandingkan dengan orang2 lain yg lebih susah. Terima kasih Quyah ajak Wawa! Quyah juga murah rezeki, sebab ramai orang tolong niat murni Quyah dari segi pertolongan duit dan tenaga. Kalau tak cukup pula, Quyah akan guna duit gajinya sendiri. Quyah selalu juga di interview oleh rancangan2 TV atas niat murni Quyah ni. Biasanya dia akan mintak Wawa atau kawan2 rapat yg lain untuk temankan dia. Contohnya rancangan Nasi Lemak Kopi O (TV9) dan MHI (TV3). Quyah jugak pernah call Wawa suruh doakan dia. Dia pegi interview nak jadi DJ Hotfm pada 2014. Hehe…Macam2 lah Quyah ni!

2015 – Wawa memang dah bekerja lepas master, tapi nak berniaga untuk dapatkan side income. Tak cukup modal. Quyah tolong dan bagi sikit modal. Baiknya Quyah. Wawa tanya, “Quyah, kenapa bagi aku pinjam duit?”. Quyah kata dia percaya Wawa kalau buat apa2 mesti nak buat sampai berjaya. Tinggi melambung pujian Quyah. Tq Quyah sebab percayakan Wawa! Nak dekat setahun ada pulangan modal dan untung sikit, Wawa pulangkan duit Quyah sebab Quyah xboleh bagi komitmen n busy dengan master. Tq Quyah! Tolong Wawa and selalu percayakan Wawa. Sampai tajuk thesis pun nak mintak pendapat Wawa…hehe. Katanya ayat yg Wawa bagi biasanya sedap disebut. Suka betul Quyah sedapkan hati Wawa!

2017 – Masa berlalu dan kami pun makin kurang contact. Hanya call@whatsapp sekali sekala. Masing2 busy dengan hal masing2. Wawa selalu berspekulasi dengan Anna sebab kami 1 tempat kerja. Tertanya-tanya kenapa Quyah jauhkan diri dari kami. Wawa tanya kawan baik kami yg lain, Ayu. Dia jugak selalu contact Quyah sebab beli rumah berdekatan. Dia pun xcerita apa2. So Wawa pun beranikan diri whatsapp tanya Quyah kenapa Quyah jauhkan diri? Kalau Wawa buat silap maafkan Wawa. Quyah kata fon dia hilang dan xtau nombor Wawa. Dia cakap yg dia sakit. Sakit dari tahun lepas. Sedihnya Wawa. Kenapa Wawa xsedar Quyah sakit??? Wawa ingatkan dia baik2 aje. Sejak hari tu Wawa call dan whatsapp Quyah selalu. Tapi Quyah suruh rahsiakan sakit dia. Sampai Anna pun dia xbagi bagitau. Serba salah betul Wawa tapi Wawa turutkan aje!

Mei 2018 – Quyah nak kena operate. Dia whatsapp n call mintak bacakan Yasin dan doakan dia. Ada ketumbuhan kat kepala. Operation 4 -6 jam. Alhamdulillah operation berjaya! Wawa pegi melawat dia lepas dia dah sedar dan balik rumah. Wawa datang dengan Ayu sebab Ayu kata dia tau pasal sakit Quyah. Maafkan Wawa, Anna! Wawa xbagitau sebab Quyah xbagi bagitau. Quyah sakit2 pun senyum aje…happy sangat tengok Quyah. Doktor kata bukan kanser, tapi doktor nak buat follow up lagi lepas ni. Quyah dapat MC 2 bulan. Bulan 7 baru kerja semula. Quyah kata nak jual kereta sebab Quyah xboleh bawak kereta dah. Pergi mana2 naik public transport. Kesiannya Quyah!

Oktober 2018 – Quyah grad Master. Congrats Quyah! Bangganya Wawa dengan sakit2 Quyah dapat grad. Masa convocation Quyah make-up cantik sangat!

November 2018 – Isnin, 26 November, Ayu cakap Quyah masuk hospital. Dia call Quyah tapi orang lain jawab. Housemate Quyah. Dia hantarkan Quyah pegi hospital. Ayu ajak Wawa pegi hospital Selasa petang tu tapi Quyah tengah buat MRI dan Wawa juga ada kelas petang tu. So kami decide nak datang Rabu. Subuh2 Rabu tu, adik Quyah whatsapp kata Quyah dah kritikal suruh inform semua kawan2. Ada kawan2 yg dah tau jugak. Wawa bagitau kawan2. Semua orang terkejut sangat especially Anna.

Maafkan Wawa, Anna! Wawa jaga rahsia Quyah supaya xbagitau siapa2 yg dia sakit. Rabu lunch hour Wawa dengan Ayu pegi melawat Quyah. Quyah separa sedar. Tak ingat pun Wawa ni siapa. Sedih menangis2 semua orang yg datang melawat Quyah. Quyah bercakap tapi mata Quyah tertutup. Daddy dengan Mommy Quyah kata doktor suruh bawak balik sebab takde apa boleh buat sebab Quyah menghidap BRAIN CANCER STAGE 4. Ya Allah! Xpercaya nya Wawa. Xpuas hati Wawa mintak tolong kawan Wawa, Siti. Siti ni doktor kat hospital tu. Siti kata based on 1st report lepas operate tu memang bukan cancer. Cancer ni baru lagi la macam tu. HIGH GRADE GLIOMA.

Doktor memang xboleh buat apa dah, palliative care saja. Khamis lunch hour Wawa ajak Ayu dan Anna pegi lagi jumpa Quyah sebab Mommy Quyah call kata nak bawak balik Quyah dah. Jauh rumah Mommy Quyah. 7-8 jam perjalanan. Wawa, Ayu dengan Anna bacakan Yasin sebelah Quyah supaya Quyah sentiasa mendengar ayat2 Quran di akhir hayat Quyah. Kami buat solat hajat agar Allah hilangkan sakit Quyah. Malam tu Quyah keluar hospital dan Jumaat baru Quyah sampai ke rumah Mommy.

Disember 2018 – Isnin, 3 Disember, adik Quyah kata Quyah dan semakin stabil di rumah Mommy. Dah boleh ingat sikit2. Happynya Wawa. Alhamdulillah Allah perkenankan doa kami. Selasa Wawa dengan Ayu call Mommy. Dapat cakap ngan Quyah. “Quyah, Wawa ni. Dengan Ayu. Quyah rasa macam mana sekarang?” Quyah cakap dia kenal Wawa dengan Ayu. Quyah suruh kirim salam kat semua. Quyah nak pegi check up dengan doktor minggu depan katanya. Wawa pun xsangka. Jumaat malam Wawa penat sangat. Mengantuk sampai tak boleh tahan2. Wawa tidur awal. Biasa Wawa tidur lepas pukul 12. Tapi ni Wawa tidur pukul 10 lebih.

Wawa xtengok fon sampai la bangun Subuh. Terkejutnya Wawa!!! Pukul 12 Nad mesej, pukul 1 adik Quyah whatsapp kata Quyah dah pergi menghadap Ilahi. Terasa gugur jantung Wawa. Quyah dah x ada. Wawa nangis semau-maunya. Wawa bagitau kawan2 lain. Wawa solat Subuh dan bacakan Yasin untuk Quyah. Semua kawan2 rapat Quyah betul2 terkesan dengan pemergian Quyah. Wawa sedih. Tapi Wawa redha dengan ujian Allah ini. Berehatlah Quyah. Dah banyak Quyah menderita. Semoga ganjaran syurga untuk Quyah atas kebaikan yang Quyah lakukan semasa hayat Quyah di dunia. Nama Quyah akan sentiasa ada dalam doa Wawa, insyaAllah!

“kullu nafsin zaaiqatul maut..” setiap jiwa akan merasai mati.. Sama ada cepat atau lambat, kematian pasti datang. Bila? Di mana? Bagaimana cara atau apa sebabnya? Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

She touched people mostly without touching them. She touched people with her kindness, her smile and her sincerity. Her beautiful soul will never be forgotten.

– Wawa

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *