Infak Ibu

Termasuklah dengan anak-anak. Ibu pernah bersuara kepadaku yang dia biarkan anak dan menantu beli sendiri semua barang. Takkan ibu pula nak belikan.

Assalamualaikum. Aku Mia. Masih punya kedua ibu bapa. Punya tiga orang abang, dan aku anak perempuan bongsu.

Tidak dinafikan, aku paling dimanjakan. Aku juga paling mengenali sifat kedua orang tuaku.

Ayahku berpoligami. Maka, kami adik beradik terpaksa menghulurkan wang belanja kepada dua bahagian. Separuh buat ayah dan separuh lagi buat ibu.

Aku sekadar ingin meluahkan rasa terkilan dengan ibuku.

Bunyinya seperti aku anak yang tidak baik tetapi aku rasa isu seakan ini bukan hanya aku yang hadap, bahkan ramai lagi anak-anak lain yang menghadapinya, mungkin lebih teruk dari ini.

Aku terpanggil untuk meluahkan rasa di sini kerana aku terlalu lama memendam rasa. Aku cuba untuk sabar, demi menjaga hati kedua ibu bapaku.

Isu pertama, infak. Mungkin ibuku tidak cukup faham tentang erti infak. Infak bukanlah hanya boleh dibuat kepada yang tidak berkemampuan tetapi boleh juga dibuat kepada yang mampu.

Ibu sejenis yang suka mengambil apa jua yang ditawarkan oleh jiran, keluarga besannya, anak-anak dan kawan-kawannya. Adakalanya makanan yang tidak dimakan juga diambil.

Aku selalu berpesan agar berpada-pada dalam menerima pemberian orang agar tidak berlaku pembaziran.

Tidak salah untuk menolak atau jika diterima, boleh juga dibahagikan kepada orang lain jika sekadar ingin menjaga hati si pemberi.

Namun, ibu akan menyimpan kesemuanya di dalam peti ais, sehiggalah makanan itu rosak. Adakalanya aku belikan buah yang banyak.

Kupesan agar diberikan kepada ayah dan saudara maraku tapi ibu hanya beri sedikit sahaja. Selebihnya disimpan, konon takut tak cukup untuk dimakan sendiri sehinggalah buah itu rosak.

Maaf, ceritaku panjang.

Aku selalu nasihat kepada ibu agar masak lebih untuk disedekahkan kepada jiran yang selalu memberi. Atau, belanjalah rakan yang sering belanja ibu.

Jawapan ibu, mereka belanja ibu seorang. Takkan ibu nak belanja mereka sekeluarga. Nilai duit sangat besar bagi ibu sedangkan duit simpanannya masoh banyak, dan dia takkan fakir semata-mata sedekah jarang-jarang.

Di mata ibu, siapa yang sudah berduit, tak perlu lagi kita belanja atau sedekahkan apa-apa. Ibu tak sedar yang dia juga berduit tapi orang sering memberi kepadanya.

Termasuklah dengan anak-anak. Ibu pernah bersuara kepadaku yang dia biarkan anak dan menantu beli sendiri semua barang. Takkan ibu nak belikan. Mereka bergaji.

Aku terkilan dengan kata-kata itu. Di hadapanku ibu bicara tentang abang kakak, mungkin di belakangku,dia menyebut perkara yang sama.

Pernah sekali, di rumahku kehabisan bawang. Plan asal, ibu ingin menyuruh suami belikan tapi aku cadangkan agar kami sama-sama ke pasar.

Kebetulan waktu itu wang dalam begku hanya ada RM40. Aku singgah beli sarapan. Berbaki RM25. Bila singga di pasar, ibu beli bawang dengan duitnya.

Aku gunakan baki wang aku untuk bayarkan makanan kudapan yang ibu ingin beli untuk dirinya. Kemudian, kubelikan sedikit buah.

Bila balik ke rumah, ibu ikat rapi plastik barang yang dibeli. Beberapa hari selepas itu, ibu suarakan konon dia terlupa untuk belikan bawang untuk kegunaan di rumahku.

Betapa aku terkejut kerana asalnya disebut untuk singgah beli bawang untuk makan dirumahku. Tiba-tiba ibu beritahu dia dah maklum padaku yang dia beli untuk dibawa balik ke rumahnya.

Nilai harga bawang itu tidaklah seberapa. Cuma RM3. Kebetulan ibu yang bayar dulu, maka bawang itu menjadi hak dia. Aku pula tak beli lain sebab aku ingat ibu dha belikan untuk digunakan di rumahku.

Untuk pengetahuan semua, ibu banyak tinggal di rumahku kerana aku tinggal paling hampir dengan ibu berbanding abang-abangku.

Setiap kali aku hulurkan wang, ibu mesti menghitung duit tersebut dah digunakan balik untuk keluargaku.

Apa yang buat aku terkilan lagi, setiap kali menghitung tentang duit yang dihulur kepadanya, ibi kerap menyebut tentang duit dari abang-abangku sahaja. Dia seakan lupa yang aku juga hulur walau sedikit.

Lagipun, kami banyak menghabiskan wang untuk belanja keperluan ibu di rumah kami. Suami juga tidak lokek membelikan makanan buat ibu.

Apa yang aku risau, ibu berkecil hati kerana aku jarang memberikan duit yang banyak kepadanya berbanding ayah.

Aku sudah terangkan yang aku gunakan duit bahagian ibu untuk belanja makan dan keperluan semasa ibu di rumahku. Duit untuk ayah pula lebih kerana dia tidak pernah tinggal denganku.

Isu kedua, ibu sering ralat untuk menjamah makanam yang kami beli. Aku agak kerana dia segan, dia sukar untuk keluarkan duitnya untuk membeli apa-apa yang dirasakan mahal, tapi dia ingin makan makanan tersebut.

Sebenarnya kami langsung tidak kisah kerana dia ibu kami sendiri.

Dia sering acah-acah ingin belanja ketika keluar makan. Mendengar jumlah mencecah RM20,dia terus diam. Dalam fikirannya, dia hanya makan seorang dan kami 4 beranak, tak berbaloi untuk dia belanja. Faham tak apa yang aku rasa?

Sebenarnya aku bukanlah orang susah. Aku bekerjaya, cuma aku rasa kecewa sebab ibu terlalu berkira walhal duitnya banyak. Ayat yang sering dia sebutkan, aku ni bukannya orang yang ada duit nak belanja besar-besar.

Isu ketiga. Pernah sekali, ibi menghalang untuk mengajak ayah singgah ke pasar basah, kononnya nanti kami terpaksa keluarkan belanja untuk membeli lauk buat ayah dan isteri mudanya.

Aku meminta ibu belikan ayam. Duit kuhulurkan. Aku minta ibu beli seekor ayam, untuk dimakan kami sekeluarga. Ibu bagitahu, tak perlu. Biar ayahmu makan apa yang dibeli.

Aku tahu ayah tidak makan ikan yang dibelinya itu kerana lauk itu untuk diberi kepada kucing sahaja. Kata ibu, dengan hanya sedikit duit belanja, ibu ingin ajar ayah makan benda yang semampunya sahaja.

Aku pernah nasihat ibu agar berkongsi rezeki yang ada dengan ayah. Lagipun, duit ibu bukan semata-mata dari ayah tapi anak-anak juga turut beri. Kalau mampu makan lebih, kenapa mahu dicatu semata-mata dendam.

Setiap kali aku menasihati ibu, mesti ibu ingatkan aku tentang kisah-kisah lampau ayah, dengan memburuk-burukkan ayah. Aku tau, aku kenal. Ayah memang ada kekurangannya.

Aku juga cuba sedarkan ibu yang dia juga punya kekurangan dan setiap daripada kita punya kekurangan. Maka, kita perlu saling memaafkan. Jangan diungkit semua benda demi keharmonian keluarga.

Bantu aku, beri pendapat tentang cara untuk lembutkan hati ibu, sedarkan ibu betapa infak kepada keluarga sendiri lebih afdhal,

Dan tak salah jika ingin bersedekah kepada orang yang tidak susah, sekadar membalas pemberian orang tersebut kepada kita. Berilah semampunya kita, bukan beri lebihan setelah kita tidak mahu.

– Mia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit