Inilah Kehidupan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Terima kasih admin jika siarkan confessions aku ini. Aku terdetik nak berkongsi tentang pencarian jodohku. Kenapa Allah hadirkan jodoh pada masa masa itu.

Ditakdirkan Allah aku mendirikan rumahtangga setahun yang lepas. Sebelum itu, ada beberapa orang pernah datang merisik aku di rumah. Tak kurang juga aku berkawan dengan beberapa orang dengan niat untuk berumahtangga.

Setiap kali perkenalan itu terjadi ada saja hal yang menyebabkan aku di-reject. Sampai satu tahap memang aku pasrah dan lebih kepada putus asa sebenarnya. Saat itulah tiba-tiba hadir seorang lelaki dalam hidup aku. Orang yang tak pernah aku jumpa, kenal pun sebab orang yang kenalkan. Aku tak jangka apa pun masa awal perkenalan sebab aku dah serik.

Dalam tempoh perkenalan tu aku betul-betul jadi diri sendiri. Aku siap confess aku ada sakit, takut tak boleh mengandung. Aku siap cakap aku ada hutang itu ini. Susah kalau nak tanggung aku, kahwin dengan aku. Ajaibnya si dia macam tak endah je dengan segala sisi keburukan yang aku cuba dedahkan.

Apabila masing-masing bertemu dengan keluarga masing-masing seolah dah kenal lama. Boleh terima diri masing-masing. Mungkin sebab adik-adik aku bakal berumahtangga, jadi ibu bapa aku agak risau dengan aku. Tapi apabila dah lihat sendiri si dia dan keluarganya datang merisik aku segalanya dipermudahkan.

Rupanya episod duka yang selama ini tak jadi sebab Allah nak kuatkan mental dan jiwa aku untuk mengenali manusia. Alhamdulillah moga suamiku ini menjadi jodoh hingga ke jannah.

Apabila dah berkahwin tentu sekali terdetik perasaan rindu semasa zaman bujang. Semasa bujang dulu aku seorang yang sukakan aktiviti luar. Aku banyak habiskan masa dengan aktiviti, program dan mengenali ramai orang.

Aku seorang yang ekstrovet. Apabila aku berkahwin aku dah tiada langsung lagi aktiviti-aktiviti seperti itu. Kehidupan aku kini lebih kepada pergi dan balik kerja serta menguruskan rumahtangga.

Aku juga sudah jarang pulang ke kampung halaman. Apabila dah berkeluarga, banyak pembahagian dan pengorbanan yang perlu dilakukan. Adakala tak boleh balik sebab suami bekerja. Adakala balik rumah mertua dulu. Adakala balik rumah keluarga sendiri. Tapi dah tak boleh sekerap dulu.

Terasa betapa sekejapnya masa yang dipinjamkan untuk bersama keluarga. Ibu dan bapa aku makin tua, aku sendiri semakin sibuk dengan keluarga. Terasa rindu untuk bersama dengan mereka kembali. Terasa tidak puas berbakti kepada mereka.

Sebenarnya apa yang hendak kukongsikan ialah betapa sekejapnya kita dipinjamkan dalam garis waktu. Jika dulu risau mengenai jodoh, kini risau tidak dapat berbakti lama dengan keluarga sendiri.

Garis masa setiap manusia tentu berbeza. Ada sebab kenapa Allah tangguhkan sesuatu itu. Dan ada sebab mengapa Allah takdirkan pada waktu itu. Sebagai manusia, kita perlu hargai dan bersyukur dengan apa jua situasi yang kita alami saat ini.

Sebagai manusia biasa aku tak nafikan perasaan down adakalanya menjentik hati kita. Cuma perlahan-lahan lah memujuk diri. Perkahwinan tampak indah, hakikatnya pelbagai pengorbanan perlu dilakukan. Kau juga boleh jatuh cinta berkali-kali, dan kau juga boleh patah hati dengan orang yang sama. Itulah ajaibnya sebuah perkahwinan.

Apa pun kena sentiasa berangka baik dengan Allah. Berdoalah. Walaupun orang cakap doa is cliche. Sebenarnya hanya Dialah tempat segalanya dicurahkan. Berdoa tentang rasa kita. Ada pasangan tak bermakna dia memahami segalanya tentang kau. Berseorangan tak bermakna kau sunyi tanpa teman. Cipta suasana dan berbahagialah.

Semasa dalam proses perkenalan, aku tak pernah tinggalkan doa ini. Walau dengan siapa pun aku berkawan. Hakikatnya hanya Allah yang mengetahui.

Ya Allah, jika (sebut nama penuh si dia) terbaik untuk diriku, agamaku, duniaku dan akhirat ku maka permudahkan urusan ini ya Allah. Jika tidak jauhkan ia daripadaku. Amalkan selalu dan yakinlah. Akan ada tanda-tanda yang Allah berikan. Sesungguhnya kita tak akan tahu apa pun tentang si dia dan masa depan kita.

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat pada para pembaca.

– S. P (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *