Assalamualaikum. Hi semua, umur aku baru masuk 30 an dan dah kahwin 10 tahun. Maaf jika ayat2 berterabur.
Aku dan suami asal pantai timur dan sekarang bekerja dan menetap di kl. Suami aku baik2 sahaja orangnya, selalu bertolak ansur dan rajin membantu aku menguruskan rumah dan anak.
Ceritanya macam ni, memandangkan aku dan suami tinggal di KL jadi sekali sekala sahaja kami akan pulang ke kampung halaman kami di pantai timur
Memandangkan jarak yang agak jauh. Kalau balik jumaat malam lepas kerja, sabtu subuh2 akan sampai di kampung. Ahad petang balik ke KL semula memandangkan isnin kerja.
Bukannya tak nak apply leave, tapi memandangkan AL yang company provide hanyalah 8 hari setahun memang tak cukup jika aku gunakan AL semata2 untuk balik ke kampung.
Jadi AL ni hanyalah digunakan ketika raya aidilfitri, raya haji, bercuti dan emergency cases jika anak demam atau apa2 urusan lain.
Rumah ayah aku dan ayah mertua dalam negeri yang sama tapi berbeza daerah, dalam 30 minit jarak nya.
Alhamdulillah keluarga aku boleh dikatakan senang, disana rumah keluargaku di ibu negeri tersebut dan berada dengan bandar.
Rumah ayah ku adalah banglo dua tingkat 7 bilik di mana setiap anak akan mempunyai bilik masing2. Jadi setiap kali pulang, memang aku akan stay dalam bilik aku selama ini.
Manakala ayah mertua ku pula ialah seorang businessman yang mempunyai pelbagai jenis business di sana, dan boleh dikatakan agak kaya.
Tetapi walaupun kaya, mungkin disebabkan ayah mertua ku adalah orang kampung yang tinggal di pedalaman pantai timur jadi bapa mertuaku tidak pernah mengambil berat hal2 rumah.
Jika pembaca2 mengenali orang2 pantai timur mungkin akan mengetahui bahawa orang2 di pantai timur agak pengotor.
Jika dilihat rumah mertua, pasti tidak akan sangka bapa mertua ku adalah seorang yang kaya raya.
Pernah semasa sebelum covid, sales satu branch nya mencecah RM700,000 sebulan. Imagine jika total dengan branch2 yang lain.
Rumah mertua ku sangat dan teramat kotor, jika pulang ke rumah mertua aku dan anak tiada tempat untuk bermalam.
Kadang2 kami tidur di ruang tamu. Terpaksa la aku bertudung 24 jam, ataupun suami akan menghalau adik2 nya bagi memberi ruang untuk kami tidur.
Apa yang menjadi masalah ialah, rumah mertua adalah rumah kayu beratapkan zink. Atap rumah mertua sangat rendah, dan rumah tersebut tidak mempunyai tingkap.
Ini kerana di sepanjang rumah tersebut bapa mertua ku telah extend dan membuat satu mini market di sekeliling rumah.
Jadi rumah mertua umpama penjara yang terkurung dengan mini market, dan tiada tingkap untuk pengudaraan langsung.
Pernah aku guna termometer dan check suhu dalam rumah tersebut, suhunya mencecah 55 celcius. Bayangkan betapa panasnya rumah tersebut yang tiada pengudaraan, berbau hapak, busuk dan sangat2 panas.
Jika aku ke rumah ibu2 saudara suami, semua akan complain rumah bapa mertua sangat2 panas kerana tiada tingkap. Jika dulu bapa mertua membuat business telur itik. Itik akan di bela di sekitar halaman rumah.
Hampir 1000 ekor itik di halaman rumah, dan bau najis2 itik yang teramat busuk. Akhirnya nenek mertua ku menasihati ayah mertua untuk menjual semua itik2 baru lah berkurang bau2 itik di dalam rumah.
Memandangkan aku dan suami hanyalah balik ke kampung dua hari, jadi setiap kali balik aku akan stay di rumah family ku dan suami akan pergi ke rumah bapa mertua.
Hanya pada waktu malam suami akan pulang ke rumah ku untuk tidur memandangkan di sana tiada bilik untuk kami. Ini yang kami amalkan selama 10 tahun. Tiada masalah antara kami suami isteri kerana masing2 rindukan family masing2.
Aku juga ingin spend time sepenuhnya dengan ayah ku, tambahan lagi ayah ku sudah tidak berapa sihat.
Terkilan jika tidak sempat berbakti dan meluangkan masa dengan ayah kerana ibuku telah meninggal dunia 9 tahun yang lalu. Hanya ayah satu2 nya yang ku ada selama ini.
Tidak pernah menjadi issue dalam hubungan kami suami isteri kerana masing2 rindukan keluarga masing2.
Yang jadi masalahnya sekarang ialah, minggu lepas aku balik lagi ke kampung after 3 bulan. Lama tidak dapat balik kerana terpaksa bekerja di hari sabtu pada bulan2 lepas.
Jadi ketika kami pulang, abang2 ku mengajak kami semua gathering makan2 di restoran beramai2 sempena kepulangan kami.
Setelah aku upload status dan gambar2 kami sekeluarga, adik suami ku reply status2 tersebut dan memerli katanya di pihak suami tiada makan2 seperti itu. Dan juga memerli aku yang sudah lama tidak pulang ke sana.
Kenapa dijadikan issue, sedangkan aku dan suami saling bertolak ansur dan memahami bahawa kami berdua mempunyai keluarga masing2. Kenapa mahu di sibukkan hal kami suami isteri sedangkan dia hanyalah orang luar.
Di pihak suami, hanya aku seorang menantu perempuan manakala lagi tiga adalah menantu lelaki,
Memang tiga2 adik beradik perempuan suami sangat rapat antara satu sama lain dan aku hanyalah orang asing yang tiada sesiapa di sana memandangkan hanya suami ku seorang anak lelaki yang sudah berkahwin, yang lain masih lagi bersekolah.
Pada bulan depan, katanya suami keluarganya akan datang ke KL menumpang rumah kami kerana sepupu mereka akan berkahwin. Tidak tahu macam mana mahu bertentang mata dengan adik ipar selepas peristiwa diperli ni.
Insan tersepit,
– Menantu pantai timur (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit