Is Hong Kong Safe to Travel?

Hong Kong dulu dikenali sebagai tempat selamat untuk orang pergi bercuti. Dengan bangunan skyscrapers yang cantik dan moden, pelbagai budaya yang unik Hong Kong memang menjadi tempat percutian ideal bagi ramai orang. Tapi, sekarang orang macam takut nak ke HK.

Ramai tanya, selamat ke nak ke HK? Sejak bulan Jun lalu, Hong Kong berdepan dengan demonstrasi luar biasa rakyatnya. Dan kemuncak protest adalah pada bulan August lalu, bila protester clash dengan polis di Hong Kong airport.

Bayangkan HK sebagai financial hub yang menjadi tapak headquarters for many international bank dan trading port di asia, pintu masuk ke negaranya airport, terpaksa ditutup? beratus flight cancelled? HK seakan lumpuh pada masa tu. Kenapa rakyat HK berdemo?

Mereka ni membantah extradition bill yang membolehkan perintah ekstradisi rakyat HK ke negara China. Extradition bill tu dikatakan boleh expose Hong Kongers to unfair trials, violent treatments dan memberi lebih kuasa kepada China terhadap Hong Kong dan boleh juga digunakan untuk target activist dan journalist.

Back to history Hong Kong dulunya di bawah jajahan British sebelum di serahkan semula ke China pada tahun 1997. Perjanjian penyerahan semula memberikan Hong Kong special status, HK ada autonomy nya sendiri di bawah rule ‘one country, two systems,’ yang mana di bawah rule ini Hong Kong berhak menggubal undang-undang sendiri dan memiliki Mahkamah sendiri walaupun di bawah China.

Ini termasuklah freedom of speech, access to internet, hak berpolitik yang lebih demokrasi dan banyak lagi. Beza dengan China negara komunis, semuanya di tentukan pemerintah, internet dikawal, Google, Facebook, Instagram semua di sekat. Hong Kong sama macam Macau, dan Taiwan tapi ‘privilege’ ni akan terhapus pada tahun 2043.

Sebab tu rakyat Hong Kong marah dengan extradition bill tu dan sekarang semakin aggressive dengan tagline “Free HK.” In fact, young Hong Kongers mostly tak suka di gelar ‘Chinese’ dan they feel like China banyak meddle dengan internal affairs in HK. Yalah, dari negara demokrasi nak kena tukar jadi negara komunis, mana orang nak kan, mana maunya.

Aku baru balik dari bercuti ke Hong Kong baru-baru ini, dan aku nak share tips kepada sesiapa yang dah ‘terbeli’ tiket ke Hong Kong dalam masa terdekat dan yang confuse nak pergi ke tak. Kalau baca kat internet, HK safe ke? Banyak negara keluarkan travel advise untuk rakyatnya melawat HK, tapi mereka takde la menghalang.

Actually, HK safe je. Protester ni tak kacau tourist pun. Diorang gaduh dengan polis je. Jangan dekat dengan group diorang, atau orang ramai berkumpul. Google schedule protest di HK, aku mmg ada jumpa then we map out our itinerary from there. So location kita sangat penting.

First tip, stay di Kowloon elakkan stay di Central. Central is island, kat sini la government office, kedutaan, pejabat kerajaan, bangunan pencakar langit, M&C offices, tower bank macam Bank of China, Standard Chartered, AIA, HSBC dll. Memang fokus protester kat area ni.

Tengok map, kalau MTR Prince edward, Wan Chai, Admiralty, Causeway Bay, itu semua island. Recommemed to choose area di Kowloon macam Tsim Tsa Tsui, Jordan, Austin, Mong Kok etc lah. Aku stay area Tsim Tsa Tsui, dekat Kowloon Mosque. Protest can also burst in Kowloon and everywhere but many instances, it happen in Central area.

Second tip, protest biasa berlaku on weekend, Sabtu dan Ahad dan start waktu tengah hari atau petang. Jadi itinerary tu flexible sikit, weekend tu pagi2, pergila ke attraction yang jauh dengan town. Contoh Disneyland, Ocean Park, Nong Ping ke, atau ambik one day trip ke Macau. Jadi kita boleh elak crisis area.

Third tip, kita kena research pasal transportation diorang betul2. Kalau MTR (train diorang) bermasalah apa back up plan. Biasanya kalau ada protest, dan protester menyerang MTR, memang service diorang akan suspend. Baru2 ni diorang serang Wan Chai dan Prince Edward station-ni semua kat Central.

Actually in case of emergency, boleh je contact hotel atau AirBnb host for help, diorang pun faham. Sebelum datang tu cakap dengan hotel/airbnb host, kita akan sampai bila dan in emegency situation please help us

. Kalau dari airport, alternative transportation ke town selain train ada bus. Aku naik bus A21 Cityflyer dari airport ke Tsim Tsa Tsui, turun dekat Nathan Road pastu jalan sikit je ke AirBnb kami. Murah pun murah, kalau naik train biasa HKD 160 utk 2 orang, kalau bas guna Octopus card HKD33 je.

Ni yang paling penting follow updates. Aku perasan update pasal riot di HK ni sangat kurang kat news di Malaysia. Biasa aku follow di twitter, cari lah tag “hongkong” , “hongkongprotest”, dan sebagainya, banyak sangat info dapat. Hari2 ada news baru. Dan even Hong Kong leader Carrie Lam tu dah withdraw extradition bill, but that is not the end of story.

Protesters ada 4 lagi tuntutan yang belum dipenuhi oleh HK government termasuklah menarik balik criminal charges against protesters, inquiry on police brutality against them dan yang lain you all baca sendiri. Ketua activist protest tu Joshua Wong dah di tangkap tapi dilepaskan semula, setakat harini dia kat Germany sana tu, tengah mendapatkan sokongan antarabangsa kepada HK.

Of course la, dalam situasi macam ni, China rasa macam tak best kan, especially bila ada sokongan USA to HK protesters. Remember trade war China-USA. What happen next kita pun tak tau, but very interesting to follow updates in HK ni.

But still, aku takdelah kata HK safe gila nak mati, kalau ada doubt, tak berani, mak abah tak bagi follow jelah advise diorang okeh, paling penting kena baca banyak sangat pasal HK ni sebelum mai. Yalah kena get ready apa2 kemungkinan.

So far, aku kat sana jumpa banyak je tourist from Malaysia, dan dari negara lain, ada yang backpacker sorang2 lagi, berani betul. Kurangla sikit tourist crowd kat HK, kalau ride kat Disney tu beratur 5 min je paling lama, sebab lengang orang tak ramai, harga hotel pun drop gila2. Overall yes business as usual in HK i would say.

– Aida (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *