Islam Agama Baru Aku

Islam Agama Baru Aku

Assalamualaikum. Aku memperkenalkan diriku dahulu. Nama islamku adalah Aisyah, aku sebenarnya dulunya adalah bangsa india dan beragama kristian. Kehidupan aku dari kecil sehingga kebesar tidak ada memori yang terindah untuk aku simpan. Aku tak macam kebanyakkan orang waktu kecilnya penuh dengan girang gembira.

Bapak ku seorang pemandu lori dan keluarga ku sering tidak kecukupan. Bila ayah aku balik je selalu mabuk hari-hari begitu. Lepas mabuk mak aku sering dijadikan sesaran sebagai punch bag bapak aku. Ibuku sering dipukul dia kata kami berdua menyusahkan hidupnya saja. Sebenarnya mak aku juga sering memanggilku anak sial. Mak aku memang tidak senang dengan kehadiranku dalam hidupnya.

Aku adalah anak haram atas nama percintaan nafsu mereka. Lepas ibuku mendapat tau bahawa aku hadir dalam perutnya mak ayah aku terpaksa kahwin walaupun belum bersedia. Pada umur aku sembilan tahun ketika seronok menonton tv tiba-tiba ada polis mengetuk pintu. Ibuku pun buka dan polis mengatakan harap puan bersabar suami puan baru meninggal kemalangan tadi di hospital sultanah aminah. Harap puan boleh membuat pengecaman….

Waktu ibuku terus terduduk dan menangis sepuas nya. Lepas saja ayah aku meninggal hidupku berubah 360 darjah. Dulu walaupun ayahku kaki pukul mak aku tapi aku tau dia sangat menyayangi aku sering membelikan aku mainan, snek dan tidak pernah langsung mengangkat tangan kepada ku.

Detik hitam mula jadi bila mak aku sudah bercinta dengan lelaki lain di tempat kerjanya. Yelah dulu ibuku tidak bekerja sekarang terpaksa bekerja untuk menyara hidup. Setiap hari aku melihat ibuku bawa lelaki balik rumah. Siap berpeluk-peluk pegang sana pegang sini. Kehadiran aku dalam hidupnya seperti aku cakap hanya menyusahkan.

Disebabkan dia mau hidup dan berkahwin dengan lelaki tu aku dihantar kerumah anak yatim. Aku menangis kerana ibuku sanggup meninggalkan aku. Di rumah anak yatim ni lah aku dibesarkan diberi makan minum ke sekolah. Hidup aku disini agak menyeronokkan lah juga daripada sebelumnya sebab kami dijaga dengan baik dapat ramai kawan… Aku tidak lagi merasa tergangu emosiku.

Di sini aku tidak lagi melihat penderitaan ibuku, ayahku yang mabuk… Disini semuanya lebih baik. Memang aku percaya semua yang jadi ada hikmahnya. Bila aku mencapai umur 11 tahun baru aku tau. Hidup disini juga ada kisah gelapnya ada juga yang dijadikan sebagai hamba seks oleh pekerja disini. Dijadikan sebagai pemuas nafsu bila menonton citer silenced korean drama lebih kurang macam tulah.

Aku malas nak ingat balik cerita yang tak menyeronokkan tu. Rumah anak yatim yang aku duduk tu semua orang bukan beragama islam. Bila aku aku datang period untuk pertama kalinya, orang pengurusan disana menelefon ibuku supaya membawa aku pulang semula ke pangkuanya kerana aku sudah dewasa atau pun mereka takut kelakuan keji dorang diketahui…

Bila umur mencapai 13 tahun, aku duduk semula dengan ibuku. Aku perlu melakukan tugas tugas ibuku seperti menjaga adik aku, mengemas rumah, memasak kerana ibuku kerja. Bila aku balik sekolah aku akan menolong ibuku seperti biasa. Bila aku tidak membuat kerja rumah aku akan dipukul oleh ibuku. Ibuku memang betul membenciku hidupku dirumah bagaikan neraka.

Aku dah beberapa kali fikir untuk lari dari rumah tapi aku bukan tau mau kemana lagi. Jadi aku terpaksa juga hadap dengan mak aku bukan hanya dipukul tapi pernah dicili mataku, disiram dengan air panas, diseterika. Penderitaan demi penderitaan hidupku disini.

Kekadang aku terfikir juga nak buat laporan polis pasal ibuku yang menderitaku tapi aku fikir kalau buat begitu bagaimana dengan adik-adikku. Siapa mau menjaga mereka bila ibuku dipenjarakan. Aku sanggup menahan derita asalkan adik-adikku tak membenciku. Adik adik yang aku jaga ni merupakan adik lain ayah.

Bila masa aku tidak tahan lagi dengan penderaan ibu kepadaku aku mula meminta tolong dengan seorang makcik ni. Aku menghampiri mak cik ni. ‘Mak cik tolong saya, saya dah tak tahan didera, mahu saja lari’. Disebabkan perasaan belas kasihan mak cik ni pon memberi perlindungan kepadaku. Aku dibawa pulang kerumahnya. Rumahnnya besar juga suaminya kerja bagus.

Kedatangan ku diterima oleh anak-anaknya dengan baik. Aku diberi makan dan ditumpang tidur disini. Aku banyak juga berbual dengan anak-anaknyaa mereka semuanya baik. Aku kekadang rasa cemburu kalau lah aku anak mak cik ni.. Untung nya hidup..

Keesokan harinya mak cik ni membawa aku ke hospital untuk dirawat. Hasil rawatan memang doktor tau luka dekat badanku adalah kesan daripada dera. Doktor menyuruhku supaya membuat laporan polis….Tapi macam aku cakap aku tak sanggup tengok ibuku dipenjarakan.

Setelah aku sembuh sepenuhnya, aku tinggal dekat rumah mak mak cik yang tolong aku tu, dan bekerja. Waktu tu aku dah lepas PMR. Jadi bolehlah kerja di kawasan yang berhampiran dan lindung diri daripada dicari mak aku. Tahun ni first time aku merasa suasana raya walaupon aku bangsa india. Aku dapat juga duit raya sikit sebanyak. Tengok keluarga ni banyak membantuku.

Aku merasa sangat lain orang islam dengan agamaku sendiri. Jauh beza sebenarnya aku tak tau langsung pasal agamaku yang aku tau Nabi Isa tu Tuhan.Tapi semenjak duduk dengan mak cik ni semua citer tak sama macam dalam kitab aku bible. Bible dan Al-Quran sangat berbeza. Soalan soalan demi soalan yang diacukan kepadaku kekadang buat aku terfikir oleh akal logik aku.

Pujukkan demi pujukkan membuatkan aku mula memasuki islam. Mereka selalu memunjukku supaya memeluk islam. Aku ni bukan apa bila dah peluk islam kenalah pakai tudung solat 5 waktu kan menyusahkan. Akhirnya aku memeluk islam sebab tidak mau mengecewakan mereka. Aku memeluk islam dan Aisyah nama islamku. Aku mengatakan hasrat aku dan mereka sangat gembira dengan pengislamanku.

Akhirnya aku mendaftarkan diri di majlis agama islam dan mengucap dua kalimah syahadah. Aku diberi buku untuk belajar mengenai islam seperti tauhid, ibadat, dan sebagainya. Aku juga diajar untuk solat dan sebagainya. Tidak lama kemudian aku melarikan diri daripada mereka bukan sebab aku membenci mereka tapi aku takut ibuku tau akan mengislamanku dan aku risau ibuku menuduh mak cik yang membantuku sebagai penculik dan macam-macam hal yang bermain didalam benak fikiranku.

Aku pon risau dengan duit yang masih berbaki sewaktu kerja aku melarikan diri meninggalkan mereka. Aku lari waktu tengah-tengah malam semasa semua penghuni rumah masih lena tidur tanpa mengucapkan apa-apa selamat tinggal ke apa. Tapi aku sangat bersyukur Tuhan temukan aku dengan makcik tu dan keluarganya. Mereka banyak membantuku sewaktu aku mula teruk didera sampai aku sembuh, menumpangkan aku dirumahnya, memberikan aku duit belanja dan sudi kesana kemari untuk mencarikan aku kerja. Tuhan saja yang dapat membantu mak cik ni.

Setelah lari dari rumah tu aku mulakan kehidupanku semula. Berdiri dikaki sendiri aku mulakan hidup baruku. Mencari duit dan menyara hidupku sendiri. Lagipon waktu lari tu umur aku 17 tahun jadi sudah tiba masanya lupakan perkara lama. Walau didalam lubuk hati ku aku masih trauma dengan segala bentuk penderaan yang pernah aku alami. Detik2 hitam, menjadikan aku kekadang rasa macam orang sakit mental. Kekadang aku terfikir juga untuk bunuh diri.

Masa berlalu dan kini umurku sudah 20 lebih. Aku kini bekerja sebagai baby sitter dengan majikan orang melayu. Sebab aku tau islam tu mengajar umatnya supaya membantu orang lain walaupun bukan beragama islam. Semua yang jadi dalam hidupku semuanya ada hikmah. Ilmu uruskan rumah tangga dulu waktu duduk dengan mak aku boleh digunakan balik untuk mencari rezeki. Para pembaca semua, doakan aku dipermudahkan segala urusan ya.

– Miss A (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit