1steri Patung Cendana

Aku tinggal dekat JB. Kehidupan yang sibuk sebagai seorang isteri yang berkerjaya membuatkan aku sentiasa mencari cara untuk mengurat suami sendiri.

Takpelah kan, suami sendiri. Sebab apa?

Sebab dah nak setahun usia perkahwinan aku, tapi aku tak pernah diberinya nafkah batin.

Nak katanya usia perkahwinan dah nak setahun ni, aku masih anak dara. Haa kau rasa?

Benda tu sebenarnya buatkan aku stress. Sebab aku tak dapat hak aku. Kenapa dia mesti menidakkan hak aku. Bukankah itu tanggungjawab dia.

Kadang kala aku berfikir, what for kita kahwin?

Adakah sekadar untuk menghalalkan sahaja, so that boleh salam before pergi kerja? Atau sekadar nak tengok aku tanpa tudung?

Perkara ni sebenarnya buatkan rumah tangga aku hambar. Aku rasa hilang respect pada dia.

Beriya dia mengingatkan aku jangan pandang lelaki lain, tapi dengan dia, aku hanya boleh sekadar pandang tak boleh lebih?

Okay aku faham sebab suami aku ni kerja malam. Yes permanently malam!

So kitorang ni dah macam bershift jaga rumah. Apa taknya, aku nak pergi kerja, dia baru balik. Sempat hai hai bai bai je dekat parking.

Kadang kalau jalan jem memang dia tak sempat la nak bai bai aku.

Aku balik kerja dah petang, dia pulak dah ke tempat kerja sebab nak elak jem.

Hmmm boleh dikatakan dalam seminggu tu aku jumpa dia berapa jam je. Isnin sampai sabtu kompem memang jumpa hai hai bai bai dekat parking je.

Ahad je dia cuti. Aku pun cuti so ingat macam boleh la spend masa berdua tapi siang dia rehat and tidur.

Malam pulak dia layan bola. Siap pesan kat aku, sayang tidur dulu abiey nak tengok bola kat luar.

Aku geram betul, menangis sendiri. Agaknya aku ni memang patung kot. Takde ke dia nak bermanja ke dengan aku,

Aku mintak nak baby so that aku ada kawan la kat rumah malam malam tu tapi dia cakap nanti.

Nanti apenya? Dah nak setahun kot kahwin..

Hmmm berborak pun kurang ye.. Pillow talk ? Apatah lagi, sedihnya hidup aku..

Keluarga dia, asyik tanya dah ade isi belum? Dalam hati aku cakap je anak kau tu yang tak nak ada anak ngan aku agaknya.

Dalam hati je la, sebab keluarga mertua aku layan aku baik so aku masih menghormati mereka.

Sampai satu tahap, aku google internet cari jalan dan penyelesaian. Tapi banyaknya yang aku jumpa isteri yang tidak diberi nafkah batin boleh menuntut fasakh.

Seram pulak bila aku fikir lebih lebih tapi entahlah tak tahu nasib masa depan aku macam mana.

Tapi asalnya aku berkahwin dengan lelaki yang mencintai aku.

Aku ni pulak baru nak pupuk rasa sayang tu, tapi bila begini yang aku lalui dalam rumah tangga, aku macam tak nampak rasionalnya untuk sayang pada dia.

Kalau betul dia sayangkan aku dan fikirkan kebajikan aku, dia dah ikut cakap aku untuk tukar kerja pada shift yang pagi atau kalau tak dapat tukar shift gi carik kerja lain.

Tapi aku tak nampak effort dia.

Aku pernah cakap kat dia sambil nangis lepas tak berjaya goda dia tu, aku cakap. Baik awak bagi saya cari kebahagian saya sendiri. Ingat takde orang nak saya ke?

Dia kata, takkan. Aku makin nangis.. Kadang aku terfikir yang aku ni salah buat keputusan ke? Salah pilih?

Hmm kusut lah semua ni. Rasa menyesal kahwin pun ada. Sejujurnya aku takde rasa bahgia, suami aku amek mudah je semua perkara. Sedih betul

Kadang aku fikir kasihan pulak pada suami aku kalau kami berpisah.

Suami aku ni baik orangnya. Jenis soft spoken. Bertanggungjawab kat part lain, kerja rumah semua dia buat. Aku tak pernah la sapu rumah ape semua tu. Memang dia akan buat. Basuh pinggan.

Masak pun dia tak bagi aku buat, katanya beli luar je. Kadang itu pun ku stress, sebab aku suka masak tapi takde support sistem. Kang aku masak dia tak makan.

Part belanja rumah, api air, rumah semua dia sedia. Satu tu je kelemahan dia. Nafkah batin! Yilekk.

Aku pun tak tahu nak buat macam mana. Dah berbagai cara aku buat untuk goda dia. Tapi sia sia je.

Dah la tiap ahad je boleh goda dia. Tu pun dia lagi selera tengok bola daripada isteri dia yang s3ksi nii.

Dan aku dibiarkannya tidur berseorangan dengan bekas bekas airmata yang setia menanti……

– Ayu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *